Perjuangan lagi..

Setelah  seminggu bermalam di office akhirnya kerja-kerja editing dan grafik siap. Tetapi perjuangan belum selesai.Banyak perkara lagi yang perlu aku, grafik dan editor Jutawan perlu selesaikan. Salah satu daripadanya, make sure kerja-kerja printing berjalan dengan lancar. Disamping itu memastikan color menepati standard yang kami mahu. Kalau dahulu dalam akhbar, tugas-tugas seperti ini tidak perlu aku fikirkan.Tetapi sekarang lain ceritanya. Since aku dah terlanjur membantu banyak perkara terhadap transformasi Jutawan why not aku belajar banyak perkara dari editor aku yang sememangnya banyak pengalaman. Siapa tahu ada rezeki aku akan memiliki syarikat publshing sendiri hehehehe...

Esok adalah hari berharga dalam hidupku apabila berpeluang untuk mewawancara Tun Mahathir Mohamad di Putrajaya. Kalau mengikut perbincangan awal sepatutnya lokasi interview di tingkat 84 KLCC. Tetapi tidak mengapa yang penting aku nak bersemuka dengan Tun dan nak tengok tindak balasnya terhadap soalan-soalan yang telah kami rancang bersama editor.

Lagi mengujakan apabila CEO aku yang merupakan founder DCL dan beberapa puluh anak syarikat di bawah naungannya ikut sama menemubual Tun.Semalam sahaja kami menghabiskan masa hampir dua jam berbincang tentang soalan-soalan yang akan ditanya memandangkan masa diberi kepada kami hanya 45 minit sahaja.Malam ini perbincangan akan bersambung lagi di rumah Dato Stapa Omar di Country Height, Kajang. Yang bestnya aku turut berpeluang bermalam di rumah bernilai hampir RM10 juta miliknya itu. Nak tahu kisah Dato Stapa Omar?

** Bilik tetamunya sahaja menyamai ruang tamu rumah aku!!

No comments: