This article actually been published in Sinar Harian which exactly i wrote based on my obeservation and interviewed towards Tian Chua. Lets find out...
`` Tak perlulah formal sangat dengan saya, panggil saya dengan nama Tian, itu lagi menyenangkan saya berbanding anda panggil saya Yang Berhormat (YB),’’ demikian luahan spontan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, 45, acapkali disapa orang ramai pada setiap majlis yang dihadirinya. Malah, sikap merendah diri beliau itu tidak pernah berubah lebih-lebih lagi apabila penduduk di kawasannya datang mengadu masalah di pejabatnya di Jalan Sentul.
Hatinya sentiasa terbuka mendengar apa sahaja luahan penduduk tanpa mengira sama ada penduduk berkenaan mewakili kaum Melayu, Cina mahupun India. Baginya semua masalah yang diperdengarkan kepadanya merupakan kemahuan, janji dan harapan kolektif rakyat. Dan adalah menjadi tanggung jawabnya untuk berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang membelenggu penduduk tersebut.
Terkenal sebagai seorang pemimpin politik yang lantang dan berani, Tian Chua kerap dilihat keluar masuk mahkamah termasuk ditahan pihak berkuasa kerana tindakannya yang begitu aktif terlibat dalam perhimpunan-perhimpunan jalanan.
Namun perkara yang membawa kepada popularitinya meningkat secara mendadak berpunca daripada, aksi kontorversi duduk beliau ketika era Reformasi di hadapan jentera Unit Simpanan Persekutuan (FRU) lewat tahun 1999.
Tetapi itu semua tidak membantu dirinya memenangi Kerusi P115 Batu dalam Pilihan Raya Umum (PRU-11) pada tahun 2004.Sungguhpun kecewa, dia tidak pernah pernah kenal erti berputus asa malah, kekalahan pada PRU-11 itu dijadikan sebagai peluang untuk memperbaiki diri bagi membuat persiapan menghadapi sesi PRU ke-12. Kemuncaknya dia berjaya membuka satu lembaran sejarah untuk dirinya dan penduduk kawasan Parlimen Batu setelah menerima jumlah `pangkah’ sebanyak 29,785, 8 Mac lalu.
Kejayaan tersebut sekaligus mengiktiraf dirinya dan sebahagian pemimpin sayap Pakatan Rakyat (PR) sebagai pemerintah di Kuala Lumpur setelah menang majoriti (kecuali Setiawangsa) walaupun ibunegara Malaysia itu menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Latar Belakang.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang lahir pada 21 Disember 1963 di Melaka dan membesar bersama tiga adik beradiknya, Tian Chien, 43; Thien See, 38 dan Thein Ting, 35. Ibunya bernama Chan Yuet Chein merupakan bekas guru bahasa Cina sementara bapanya, Chua Neo Lai, 71 pernah bekerja sebagai pemborong beras.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Siang Lin dan Sekolah Tinggi Katolik Melaka sebelum berpindah ke Sekolah Tinggi Gajah Berang untuk menyambung pelajaran di tingkatan enam.
Kini beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Falsafah dari Universiti New South Wales, Australia. dan telahpun menyambung pengajiannya untuk peringkat Sarjana dalam jurusan Kajian Pekerjaan dan Buruh di Institut Pengajian Sosial Hague, Belanda beberapa tahun selepas dia berhijrah ke Hong Kong.
Menariknya tentang Tian Chua ialah, sebelum mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Falsafah beliau pada asalnya merupakan pelajar dalam bidang Sains Pertanian di Universiti Sydney. Namun, masuk tahun ketiga pengajiannya dalam bidang tersebut, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat pertukaran kursus ke bidang Falsafah pada tahun 1980-an yang membawa kepada pertemuannya dengan pengasas berita online Malaysia (malaysiakini.com), Premesh Chandran dan Steven Gan.
Bermula dari detik-detik itulah Tian Chua berkecimpung dan bergiat aktif sebagai seorang aktivis sosial dan masyarakat yang seringkali di lihat turun di jalan-jalan raya bagi mengadakan demonstrasi.
Penjalanan politik
`` Permulaan perjalanan saya dalam bidang politik sebenarnya bertitik tolak dari penglibatan saya sebagai seorang aktivis sosial.
`` Dunia seorang aktivis dipenuhi dengan banyak liku-liku yang perlu dihadapi dengan pasrah kerana kita sendiri tidak tahu apa yang menanti kita di masa hadapan,’’ katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis tidak formal bagi meraikan kemenangannya di Plaza Pekeliling, Sentul di sini baru-baru ini.Sepanjang penglibatannya sebagai seorang aktivis, beliau telah ditahan beberapa kali. Namun, sejarah penahanan pertama beliau berlaku di Sydney iaitu ketika dia dan rakan-rakan sepengajiannya cuba memperjuangkan kadar bayaran yuran pengajian untuk pelajar-pelajar luar negara yang dikenakan pihak pengurusan universiti sekitar tahun 1985.
Di Malaysia Tian Chua melalui banyak pengalaman getir sejak penglibatannya dalam bidang politik secara aktif pada tahun 1999 iaitu ketika dia menawarkan diri sebagai wakil kaum Cina dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional sebelum bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia pada tahun 2004.
Dia pernah ditahan secara berperingkat di bawah Akta Hasutan Dalam Negeri (ISA) bermula tahun 1996 sehingga kemuncaknya pada 10 April 2001 di mana dia ditahan selama dua tahun di Kem Tahanan Kemunting, Perak kerana terlibat dalam gerakan Reformasi yang tercetus rentetan daripada perlucutan jawatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1999.
Tatkala itu dia telah menggemparkan seluruh dunia apabila gambar beliau yang duduk di hadapan sebuah lori meriam air milik Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik seluruh negara.
Namun, dia akhirnya dibebaskan dari tahanan ISA pada 4 Jun 2003. Pun begitu menjelang bulan Februari 2004 iaitu sembilan bulan selepas pembebasannya dia ditahan kembali oleh pihak polis atas beberapa kesalahan termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan.
Sebulan selepas itu dia menentang calon Gerakan, NG Lip Yong pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tetapi tewas dengan majoriti undian sebanyak 11,000.
Pada 10 November tahun lalu, Tian Chua yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR sekali lagi terlibat dalam perhimpunan jalanan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang tidak mendapat permit dari pihak berkuasa di ibu kota.Dalam siri perhimpunan itu di beberapa lokasi di ibunegara dia dikatakan cuba mencetuskan kekecohan ketika cuba menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Negara. Rentetan daripada itu, pada bulan Februari 2008 dia sekali lagi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk soal siasat kerana didakwa cuba menghalang tugas polis pada perhimpunan Bersih tersebut.
Perancangan
`` Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’ begitulah perjuangan kental Tian Chua yang akhirnya berbaloi apabila dia dinobatkan sebagai wakil rakyat baru pada PRU-12 untuk kawasan dia bertanding setelah menewaskan calon dari parti kompenan Barisan Nasional (BN ) - Gerakan, Lim Si Pin dengan majoroti undian sebanyak 9,455.
Kini berbekalkan semangat utuh hasratnya untuk memperjuangkan harapan kolektif rakyat menanti dihadapan.
`` Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memperjuangkan hak penduduk kerana kepercayaan yang mereka beri kepada saya pada seisi PRU sebelum ini adalah tanggungjawab besar yang harus saya lunaskan.
`` Dan untuk merialisasikan hasrat tersebut, saya telah mengenal pasti tiga perkara yang sering kali menjadi rungutan penduduk di kawasan Batu ini iaitu masalah banjir, rumah dan kesesakan lalu lintas,’’ jelasnya yang mudah senyum.
Mengulas lanjut katanya, daripada ketiga-tiga perkara tersebut masalah Projek Perumahan Rakyat (PPR) antara yang paling banyak diutarakan oleh penduduk baik kaum Melayu, Cina mahupun India.
`` Mereka (penduduk) masih berharap untuk mendapat kediaman sendiri yang jauh lebih baik dan pilihan mereka adalah PPR memandangkan ia lebih murah dan mampu dimiliki oleh semua golongan.
`` Justeru, dalam hal ini saya akan memastikan semua penduduk bakal mendapat rumah sendiri dengan memperbanyakkan PPR dibangunkan di kawasan Batu dalam tempoh ima tahun ini,’’ ujarnya.
Menyentuh soal mengatasi masalah banjir dan kesesakan lalu lintas (trafik), jelas Tian Chua, dia akan melihat perkara ini dari pelbagai sudut dan berusaha sebaik mungkin untuk mencari jalam penyelesaian agar ia tidak terus menyusahkan penduduk.
`` Sentul sering kali berdepan dengan masalah banjir dan kesesakan lalu lintas. Begitu juga dengan kawasan Selayang dan Jinjang yang merupakan kawasan penempatan lama di Parlimen Batu.
`` Oleh yang demikian, saya akan mencuba pelbagai pendekatan termasuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap masalah berbangkit ini,’’ tegasnya.
He is truely hero nor a zero. Do we dare to be like this guys
Until the end of his life he'll remember as one of the good leader we ever had since. No one doubt it! even our recent leader beat him much imposibble. There is something about Tun which we can't expect what he was think about. Every steep that he makes will come-up with a new era.
Here some quote from The man who makes us proud..
On the Anglo-Saxon race:
"The European use to call us lazy Malays, incompetent Malays, untrustworthy Malays, we couldn’t say a thing about you [the Anglo-Saxon race]. So when I was in the position to say what we think about you, and say it then and then you don’t like it. When you say it to us [what you think], you expect us to like it? We didn’t like it, but we didn’t have a way to make our voices heard."
On democracy:
"If you look at the history of the West, they come up with all kinds of ideologies and they use it for sometimes and they found it defective and then they dropped it and start on another. One day they will forget about democracy, because in some countries democracies actually end up in anarchy and they were practically no government. It’s not the system that can feed everybody. You must have a certain understanding of the limitation of democracy in order to make it work."
"The great civilization of the past did not have democracy and yet they became great. It’s not necessary the system that will work for everybody. If we had a bad leader even in the democratic system would fail. You must remember that it is a democratic country which dropped the atomic bomb and killing two hundreds thousand peoples."
- Dr. Mahathir bin Mohamad - 17th April 2008, BBC Hardtalk, London
She was a very popular because of her genius and now, again, she shocked the world because of her prostitution which makes her become much more popular.
Can you guys imagine what she'll doing if excidently she infected by HIV because of her sex-habbit. `nauzubillah'
My dearest Safiah, since your father is a freak abuser, doesnt mean you inherit a freak behavior too by turning yourself into a whore. You got the brain girl, use it wisely.
Why dont you used your brain to find out on how to help other people out from any kind of suffer or at least makes them inspired by you.
You know girl, you not only ruind yourself but more then that you also give an idea to our teneger to free themself form the problem which you faced right now.