Kekayaan Online
Jumaat, Februari 29, 2008
Undi calon bukan parti
Shhhh...Pilihan Raya sedang dijalankan
Masih ramai yang kabur akan hak mereka sebagai pengundi! Bila ditanya antara calon dan parti mana yang lebih utama. Rata-rata yang aku temubual ketika penamaan calon 24Mac lalu di sekitar ibukota mengatakan mereka lebih mementingkan kemenangan parti berbanding dengan calon.

Nampaknya masyarakat kita hakikatnya, sungguhpun berada pada abad teknologi malumat tahap pemikiran mereka mengenai soal hak dan tanggungjawab dalam pilihan raya umum (PRU) masih berada pada tahap yang cetek . Berbanding negara-negara lain (berdasarkan pembacaan dan perkongsian pengalaman dengan rakan2) mereka lebih mengutamakan calon yang benar-benar berkelayakan seperti Benazir (Pakistan), Aung San (Myanmar), Obama (Amerika).

Semangat wanita PAS

Apa yang mengecewakan juga, penyokong taksub parti-parti tertentu ini begitu yakin dengan parti mereka hingga ada yang nekad mengatakan soal calon yang bertanding belakang kira yang penting kemenangan parti. Ahh..naifnya!

Bangsaku pastikan anda membuat keputusan yang bijak untuk kebaikan agama, bangsa, dan negara. Pilih calon yang benar-benar berkelayakan tidak kira dia dari parti mana kerana apa yang penting matlamat calon itu berada pada landasan yang betul.

Kita bertanggunjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat. Silap langkah anak-anak kita, cucu-cucu kita, cicit-cicit kita dan tatkala kita tinggal sejarah, mereka (generasi akan datang) akan menerima padah baik dan buruk keputusan kita masa kini.
Kemaraan wanita BN
Jangan biarkan calon-calon yang memiliki agenda tertentu atau berkepentingan diri sendiri menaiki tahtah pemerintahan negara ini. Takut nanti kekayaan negara diagih-agaihkan kepada kaum-kerabatnya untuk menjadi kaya-raya. Kita rakyat yang dikenakan pelbagai cukai ini terus-menerus menambah kekayaan mereka.

INGAT pada 8 Mac ini tunjukkan kekuasaan rakyat. Kita (rakyat) yang berhak menentukan siapa (pemimpin) yang bakal menguruskan khazanah negara yang `dicedok' dan disatukan hasil dari titik peluh kita.

Semak hak anda di sini;
Semakan Daftar Pemilih 2008



** Tertarik dengan manifesto calon yang tewas di Bukit Lanjan pada seisi lepas berbanding lawannya.
posted by . @ 9:54 AM   0 comments
Selasa, Februari 19, 2008
When our leader tell us..his secret
History of Che Det


Tok Guru talking about his journey


Pak Lah tell reporter that he is fallin in love with his new wife - Jeanne


Semak hak anda di sini;
Semakan Daftar Pemilih 2008

posted by . @ 9:34 PM   1 comments
Sabtu, Februari 16, 2008
UNDI vs AFUNDI
Memandangkan pilihanraya semakin hampir, suasana yang dahulunya kelam pasti bertukar sebaliknya. Pakcik, makcik yang dahulunya hanya menempek di rumah kini mula ke hulu ke hilir meminta itu ini kepada calon-calon pilihanraya. Maklumlah time ni sahaja segala permintaan dimakbulkan. `Mahu apa makcik, pakcik, tuan, puan, anak-anak, semua saya boleh bagi dengan syarat AFUNDI...(opss silap taip) UNDILAH saya'. Nah, tetapi ingat, selepas pilihanraya jangan jumpa aku lagi okehh...ambil saja apa yang kalian mahu time pilihanraya ini, janji AFUNDI (..aik tersilap taip lagi).

Hakikatnya semua tempat, malah, tanah kelahiran aku sendiri mengalami situasi `pulitik' (yang membawa maksud penipu dalam bahasa Bajau) sedemikian. Segala janji ditabur bagai nak rak tetapi setelah berjaya menjadi YB habis dikurasnya duit rakyat. Segala projek besar yang sepatutnya membawa banyak kesenangan kepada orang yang memberi kepercayaan kepada dirinya - yang bakal menjadi YB diagih-agihkan kepada kaum kerabatnya. Malah, subsidipun di balunnya. Kesian bangsaku..!!

Kata orang hendak seribu daya tak hendak berdalihlah ikut suka hati engko. berjutapun tak apa. Lagipun siapa peduli! Biar rugi sikit nanti untung banyak. Demikian pepatah yang seringkali aku dengar ketika aku masih kecil. Pada ketika itu aku tidak tahu lagi apa itu makna politik.

Namun, yang menyedihkan aku, time pilihanraya inilah bangsaku sangat2 seronok. Tetapi seronok mereka bukan kerana memikirkan masa inilah mereka menunjukkan kuasa rakyat untuk menentukan pemimpin yang benar-benar dan telus membela rakyat. Sebaliknya mereka hanya memikirkan dan mengejar meterial. Lebih-lebih lagi apabila mereka disogok dengan ratusan malah puluhan wang sekalipun.

Terngiang-ngiang di telinga ku sehingga kini kata-kata daripada kaum se`Bajau'ku kepada ibu bapaku ketika zaman pilihanraya yang sudah-sudah. Antara lain bunyinya seperti ini `angundi ka mahelek maka'ak ka ahekah sin' (dalam dialik Bajau - yang bermaksud kalau engkau mengundi di sana (parti sekian-sekian) kau akan diberi banyak duit). Atau ayat yang lebih brutal `da'a ka angundi parti ili tarupang ka ai lu. Embal ka ai lu nibuanan sin' (maksudnya; Jangan undi parti sekian-sekian kalau tidak mahu diperbodohkan. Mereka tidak akan memberi kamu wang).

Sedih!!! sekali lagi aku kesian dengan bangsaku...

Mungkin aku lebih beruntung kerana sampai ke tahap ini. Setidak-tidaknya aku dapat membezakan antara hak aku sebagai rakyat atau berfikiran seperti bangsaku di sana.

Kepada para calon yang bertanding, selamat berkempen. Kepada bangsaku yang memiliki kuasa mengundi keputusan di tangan anda. Anda berhak berbuat apa sahaja dengan hak anda itu. Kerana hak itu hanya anda sahaja yang berhak.

TETAPI ingat hak itu kita kongsi bersama setelah ia disatukan. Jadi fikirlah yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara!!

Semak hak anda di sini;
Semakan Daftar Pemilih 2008

posted by . @ 11:35 PM   0 comments


Siapa Aku?

Blog aku tulis
Bebaskan Suara
Tinta Lepas
Arkib
Borak

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Aku Baca Blog Si..
Media
Online TV
Komuniti
Artis VS Penulis
Tutorial
Portal
Muat Turun
Artikal
Powered by


Blog saya bernilaiRM11,307,840.
Berapa nilai blog anda?

Web Terbaik Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog My Blog Juice
Powered by IP2Location.com
Locations of visitors to this page Page copy protected against web site content infringement by Copyscape Free Blogger Templates Subscribe to RSS Feed Subscribe in NewsGator Online EatonWeb Blog Directory
Michael Buble Lyrics
Michael Buble Music Codes
Music Codes by SongArea.com