Kekayaan Online
Selasa, Januari 29, 2008
Rayuan untuk Tabung Gaza
Datuk Mukriz Mahathir (tiga dari kiri) menerima sumbangan cek daripada Sri Dhammananda sambil diperhatikan oleh Duta Palestin ke Malaysia Abd. Elaziz Abu Ghoush (sebelah kiri Mukriz)


Bermula hari ini, Perikatan Keamanan Malaysia (Aman Malaysia) melancarkan `Tabung Kemanusiaan Gaza’ bagi merayu sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia - yang sememangnya terkenal dengan sikap pemurahnya - untuk disalurkan kepada penduduk Gaza yang kini hanya bergantung hidup kepada bantuan kemanusiaan dari seluruh negara.

Koordinator Aman Malaysia yang juga merangkap Exco Pemuda UMNO Datuk Mukriz Mahathir, memberitahu sumbangan itu akan digunakan untuk membeli makanan dan ubat-ubatan bagi penduduk Gaza yang kini berdepan dengan situasi getir apabila sekatan yang dilakukan oleh tentera Israel telah mendesak tembok pemisah di sempadan Rafah ke Mesir terpaksa diletupkan mereka.

Oleh yang demikian orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan untuk Tabung Kemanusiaan Gaza bolehlah berbuat demikian dengan menulis cek kepada Aman Malaysia dan dialamatkan kepada;

Blok B-13-D2,
Plaza Mont Kiara,
No.2, Jalan Kiara ,
50480
Kuala Lumpur

Atau melalui akaun bank CIMB 142090007389058.
posted by . @ 11:47 AM   0 comments
Isnin, Januari 28, 2008
Perginya bapa keamanan Indonesia
SELAMAT TINGGAL... Lambaian akhir bapa keamanan Republik Indonesia - Kepada semua maafkanlah Allahyarham diatas keterlanjurannya kerana dia juga manusia sama seperti kita yang tidak terlepas daripada melakukan dosa baik kecil mahupun besar lagipun keluarganya sudah memohon kemaafan terbuka -al Fatiha


Innalillahi wa inna ilaihi raji'un'...Takziah buat keluarga Allahyarham Haji Muhammad Suharto, 87, dan semoga bersemadi dengan aman kepada mantan Presiden Indonesia yang ke-2 diatas pemergiannya ke rahmatullah pada 27 Januari 2008 di Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP) kira-kira 1.10pm (waktu tempatan) atau pukul 2.10 (waktu Malaysia).

Pemergian beliau setelah genap 24 hari menerima rawatan rapi dengan kawalan ketat oleh para doktor dan jururawat di pusat perubatan berkenaan.

Ahh..inilah lumrah kehidupan! teringat lagu yang pernah popular di Malaysia suatu ketika dahulu `..patah tumbuh hilang berganti mengertilah...' yang pergi tetap akan pergi tetapi kita yang hidup ini mesti meneruskan kehidupan. Soal bagaimana untuk meneruskannya terpulang kepada diri sendiri ke mana arahnya kerana apa yang pasti saat kita pasti akan kunjung tiba jua cuma menunggu seru daripada Allah S.W.T sahaja. Ya itulah hakikatnya!!

Aku kurang mengenali Allahyarham Suharto pada dasarnya malah, jauh sekali berjabat tangan atau melihatnya in real person. Cuma yang pasti aku pernah mendengar namanya ketika zaman Rano Karno iaitu seorang penyanyi Indonesia tidak lama dahulu. Saat itu kiranya aku masih lagi belum bersekolah dan melalui saat-saat bahagia bersama bapak, mak, abang dua orang kakak dan seorang adik aku.

Sehinggalah beliau dimasukkan ke RSPP awal bulan ini aku mula mendengar latar belakang Allahyarham melalui corong-corng radio, telivisyen, dada-dada akhbar dan internet. Bermula dari itulah aku begitu tertarik untuk mengetahui lebih lanjut siapa beliau sebenarnya.

Sungguhpun selama 32 tahun pemerintahannya iaitu dari 12 Mac 1967 sehinggalah 21 Mei 1998 - di mana beliau disingkirkan tatkala seluruh negara berdepan dengan krisis ekonomi rantau Asia pada penghujung tahun 1997 (ketika aku berada di tingkatan 3 di SMK Kabogan, Semporna) namun, kecekalannya dan sumbangannya kepada rakyat Indonesia tidak seharusnya diragui. Beliau adalah bapa keamanan Republik Indonesia yang sebenarnya!

Lihat sahaja bagaimana dia menjalin semula hubungan baik Malaysia-Indonesia pada awal tahun 1965 yang sebelum ini tegang berpunca daripada pemimpin pertama negara itu, Sukarno. Seharusnya dia mendapat pujian melalui sumbangannya itu kerana sehinga tahun ini berapa ramai rakyat Indonesia yang berada di negara ini mendapat peluang menyumbang pendapatan kepada Indonesia melalui kiriman wang hasil bayaran gaji oleh majikan-majikan di negara ini. Kenapa tidak berterima kasih kepadanya.

Malah, kenapa ada diantara rakyat Indonesia sendiri mengecam beliau di saat-saat dia nazak padahal keluarga Allahyarham tidak putus-putus memohon kemaafan diatas kesilapan dan dosa yang pernah dilakukan beliau bermula dari Allahyarham dimasukkan ke hospital sehinggalah pemergiannya. Kejam sangatkah dia? Mungkin aku tidak merasai pahit-maung yang ditanggung boleh rakyat Indonesia sebab itu aku mengajukan persoalan sedemikian.

Tetapi bagi aku perkara yang lepas, lepaskan sahaja ia pergi kerana suatu hari nanti kita pasti berada di dalam situasinya. Hal ini kerana, kita sendiri tidak mengetahui sesiapa yang pernah kita lukai sebelum sempat kita dimaafkan.
posted by . @ 11:37 AM   0 comments
Rabu, Januari 16, 2008
Macam saya, tapi siapa ya??
Alah mamat ni main tarik tali pula, dah jelas-jelas muka dia dan suara dia dalam klip video tu cuba pula menafikannya dan secara slamba berkata “macam suara saya, macam rupa saya” apabila ditanya jawapan peguamnya, R. Thayalan setelah diminta mengulas reaksi Datuk V. K. Lingam tentang kesahihan klip video rakaman perbualan seorang peguam mengatur pelantikan hakim-hakim oleh ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja, Datuk Mahadev Shankar semalam.

Apa salahnya mengaku dan jangan menipu rakyat negara ini. Lihat sahaja `kesatriaan' Chua Soi Lek, walaupun aksi panasnya dalam dua DVD yang diedarkan secara percuma di kawasan takluknya di Johor kurang jelas, malah, kalau dia kata itu bukan dia sekalipun rasanya orang masih boleh percaya. Tetapi lihatlah apa yang dia buat dia akur dan mengaku persis begini bunyinya "sayalah orangnya dalam DVD itu".

Lihat pula apa jawapan peguam Lingam - ada bunyi `takut-takut' - seolah-olah Lingam yang menguasainya .

Petikan Utusan Online....‘‘Berhubung perkara ini, beliau hanya berkata macam suara saya, macam rupa saya,’’ ujar Thayalan.

Jawapan itu menyebabkan Mahadev berkata: ‘‘Maksudnya, mungkin ada seseorang di mana-mana dalam dunia ini yang suara sama dengan dia, rupanya sama macam dia.

‘‘Macam saya, tapi saya tak bersedia untuk itu, begitu?’’

Thayalan yang agak terpinga-pinga dengan soalan itu hanya menjawab: ‘‘Saya tidak ada jawapan buat masa ini, Saya akan dapatkan arahan anak guam saya.’’

Mahadev kemudian menyusul dengan soalan kedua: ‘‘Awak ada transkrip perbualan klip video itu. Adakah anak guam awak beritahu sama ada dia ada berkata demikian atau tidak?’’

‘‘Kalau boleh dapat jawapan terus, boleh jimat masa suruhanjaya.’’


Kelakar dan amat memalukan apabila diri sendiri tidak mengaku bahawa itu adalah dirinya. Lihat pula gambar yang didedahkan dalam MalaysiaKini.com bukankah ia dah bersuluh? Tetapi kenapa masih berdolak-dalih dan sengaja memperlambat-lambatkan prosiding mahkamah sebagaimana yang diperkatakan dan dimaksudkan oleh peguamnya ketika soalan kedua oleh suruhanjaya.

Itu bukan kamu juga ke? Ohh..itu rasanya bukan dia maybe someone yang berada di India yang datang ke Malaysia dan berborak-borak dengan seorang ahli perniagaan tempatan yang bernama Loh Mui Fah serta seorang perempuan yang juga menyerupai adik perempuan Lingam sendiri.

Kesian sahabat Lingam, (Loh dan Gwo Burne) yang diundang makan malam di rumahnya sendiri lewat tahun 2001 lepas seolah-olah tidak diakui pernah dijemput makan malam kerana Lingam sendiri tidak mengaku bahawa dialah orangnya yang terlibat dalam skandal video klip hakim (rakaman curi-curi oleh anak Loh) yang kini hangat pasarannya tetapi malangnya, tidak dijual kerana ia diberi free melalui laman web sebagaimana DVD free Chua Soi Lek yang sebaliknya tidak pula berada di laman web.
posted by . @ 7:57 AM   0 comments
Isnin, Januari 14, 2008
Crime VS election
Sejak ura-ura mengatakan tentang musim pilihanraya yang semakin hampir diadakan di negara ini kita pula tidak putus-putus disajikan dengan kejadian jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini bermula dengan kasus pembunuhan Nurin Jazlin disusuli dengan perhimpunan haram oleh beberapa pihak yang kesudahannya hanya mempopularkan Malaysia dikalangan media barat.

Kemudian beberapa lagi siri penculikan melibatkan kanak-kanak yang kononnya dikaitkan dengan pencabul Kampung Baru atau `abang kucing' yang sehingga kini masih menemui jalan buntu untuk mecari jalan penyelesaian `plus' polis masih gagal menjejak siapa dalang di sebalik semua ini.

Serentak dengan itu hangat pula tentang isu kenaikan harga barangan pengguna hingga beberapa orang dilaporkan ditahan kerana terlibat dalam penyeludupan barang kawalan seperti minyak masak, tepung, ayam dll. Tindakan yang diambil beberapa NGO untuk mengatasi hal ini pula ialah cuba memboikot barangan tersebut yang aku sendiri tidak yakin akan keberkesanannya disebabkan kita ini tidak bersatu apabila bercakap soal hak.

Selang beberapa hari isu bekas menteri KKM yang bukan main hebat isunya mengalahkan filem amatur artis melampau dan pramugara melampau muncul pula kes bunuh membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy.

Kalau nak disorot semua kejadian jenayah yang berlaku kini, jenuh otak nak fikir serta mengingatnya.
posted by . @ 2:03 AM   0 comments
Rabu, Januari 09, 2008
Sharlinie + Kucing - Nurin = ???
Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya Sharliena, 8, yang ponteng kelas agama semata-mata mahu bermain di taman kanak-kanak.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

Sesiapa yang terlihat atau terjumpa atau mengsyaki sebarang kejadian mencurigakan di kawasan anda tolong hubungi talian ini 019-6680261 atau balai polis yang terdekat...
posted by . @ 12:42 AM   0 comments
Rabu, Januari 02, 2008
Paluan berundur Soi Lek
Ahh..siapa sangka beginilah kehidupan seorang ahli politik yang penuh warna-warni. Tersilap sikit padah jawabnya. Sungguhpun minat aku dalam arena politik amat kurang dan begitu cetek sekali tetapi sejak kebelakangan ini kecenderungan aku untuk mendalami bidang ini begitu meluap-luap hinggakan hampir setiap jam aku dahagakan berita semasa yang dikeudarakan oleh corong-corong radio especialy radio 24.

Ibarat drama bersiri yang kebanyakannya disiar ulang di kaca-kaca televisyen! Sungguhpun aku belum lagi menonton filem `cinta berahi' Chua Soi Lek tetapi berdasarkan maklumat daripada rakan media yang telah menontonnya, filem itu tiada value (berdasarkan kaca mata pro yang telah biasa dengan aksi mengaibkan ini).

Aku tidak begitu mengenali Chua secara mendalam tetapi perkembangan semasanya seringkali aku ikuti melalui media negara ini sehinggalah kemuncak kejatuhan kariernya baru-baru ini. Secara peribadi aku anggap Chua sebagai seorang yang tabah dan sanggup menerima kekalahan yang diciptanya sendiri. Dan kerana itu seharusnya sikap beliau dicontohi oleh mereka yang merasa bernasib baik kerana skandal mereka belum didedahkan lagi oleh musuh-musuh `kotor' ini.

Agaknya apa yang Chua buat sekarang ye... kawan-kawan semua pergilah buat susulan??
Selamat tinggal KKM...segalanya kini tinggal kenangan terindah..


Utusan Online - Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bersedia untuk menjelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan kontroversi penyebaran rakaman video aksi seksnya yang memaksa beliau meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan pada Rabu lalu.

Soi Lek berkata, bagaimanapun `road show' itu hanya wajar dilakukan terutama kepada ahli MCA sekiranya diminta berbuat demikian oleh Presidennya, Datuk Seri Ong Ka Ting.

Ini kerana, kata beliau, masalah peribadinya tidak boleh dijadikan alasan untuk rakyat menolak Barisan Nasional (BN) kerana beliau telah pun meletakkan jawatan.

``Saya meletakkan semua jawatan dalam parti dan Kabinet agar ia tidak akan menjadi beban dan menjadi isu yang bakal ditimbulkan dalam pilihan raya nanti,'' katanya.
posted by . @ 11:44 AM   0 comments
Selasa, Januari 01, 2008
Sihatkah pemimpin kita?
Patutkah kita menghormati seorang pemimpin yang tidak menunjukkan contoh baik atau paling tidak memiliki karktor bersih dan jauh dari segala perbuatan mengaibkan yang boleh menjatuhkan air muka diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara khasnya.

Lebih-lebih lagi jika apa yang diperkatakannya (larangan) sebelum ini supaya menjauhi perbuatan seks bebas bagi mengelakkan jangkitan HIV hanyalah `omongan kosong'.Sedangkan pada masa yang sama dia pula lebih-lebih `taruh' sambil mengatakan pada media secara slamba `Saya adalah lelaki dalam video tersebut. Wanita itu adalah kawan peribadi saya,'. Kenyataan terbuka itu merujuk kepada video `pecah pekung di dada' yang kini laris seperti pisang goreng di pasaran tempatan.

Ah..siapa aku untuk ambil tahu semua ini!

Petikan dari Malaysiakini.com

..Menurut saksi yang telah menonton video tersebut, terdapada dua DVD yang menunjukkan babak seks itu yang dikatakan dirakam melalui televisyen litar tutup (CCTV).

DVD pertama selama 56 minit menunjukkan keseluruhan babak perhubungan seks itu dari empat kamera yang dihalakan ke bahagian katil, pintu utama dan bilik tetamu.

Seorang lelaki kelihatan berjalan masuk ke dalam sebuah bilik yang dipercayai bilik hotel dan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Sementara itu, DVD kedua sepanjang 44 minit pula menunjukkan babak hubungan seks yang sama dari satu kamera sahaja yang difokuskan ke arah katil.

Imej pasangan itu didakwa agak jelas dilihat dalam video tersebut dan mereka berbual dalam longhat Hokkien.

Menurut saksi lagi, video tersebut bermula dengan lelaki yang didakwa ahli politik tersebut sedang mandi dan kemudiannya menukar pakaian dalam bilik berkenaan. Seorang wanita kemudian mengetuk pintu dan dilihat masuk ke dalam bilik tersebut. Pasangan itu nampak seperti sudah mengenali satu sama lain.

Video tersebut kemudiannya menunjuk wanita itu mengeluarkan komputer riba dan meletakkannya di atas katil, dan kemudiannya masuk ke bilik air dan muncul semula dalam keadaan berbogel.

Wanita itu kemudian melakukan seks oral ke atas lelaki yang didakwa ahli politk berkenaan dan diikuti dengan babak hubungan seks di atas katil. Pasangan tersebut kelihatan sedang melihat sesuatu daripada komputer riba itu sepanjang mereka melakukan hubungan seks.

Label:

posted by . @ 10:01 AM   1 comments


Siapa Aku?

Blog aku tulis
Bebaskan Suara
Tinta Lepas
Arkib
Borak

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Aku Baca Blog Si..
Media
Online TV
Komuniti
Artis VS Penulis
Tutorial
Portal
Muat Turun
Artikal
Powered by


Blog saya bernilaiRM11,307,840.
Berapa nilai blog anda?

Web Terbaik Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog My Blog Juice
Powered by IP2Location.com
Locations of visitors to this page Page copy protected against web site content infringement by Copyscape Free Blogger Templates Subscribe to RSS Feed Subscribe in NewsGator Online EatonWeb Blog Directory
Michael Buble Lyrics
Michael Buble Music Codes
Music Codes by SongArea.com