| Isnin, Mei 26, 2008 |
| Novel untuk merawat UMNO |
 "Cakap politik tak selalu ikhlas, ragam politik tak selalu indah, janji politik tak selalu betul, pentas politik tak selalu adil, rakan politik tak selalu kekal, orang politik tak selalu jujur, matlamat politik tak selalu sampai".
Itulah salah satu ungkapan yang terkandung dalam sebuah novel futuristik yang dilancarkan hari ini. Bunyi tajuknya "Politik Hantu" seolah-olah memaksa atau mengingatkan kita agar memfokus kepada pengundi-pengundi hantu yang seringkali dikaitkan dengan musim PRU atau paling tidak mempersoalkan ketelusan SPR.
Namun, bagi mereka yang telah membaca novel ini, intipatinya ialah menyindir secara sinis pengamal politik atau pemain politik di negara ini khususnya Umno yang mula diterjah dengan pelbagai kontroversi hingga tiang seri parti yang kononnya merupakan `Zorro' Melayu itu sedikit goyah.
Apatah lagi kegoyahan itu berlaku disaat-saat ranting parti itu mula bercabang-cabang rentetan tersungkur pada PRU sebelum ini yang kemudian diterjah pula dengan dentuman halilintar setelah pengunduran Tun Mahathir bersama beberapa ahli Umno lain disifatkan sebagai memulau P.Lah atau setidak-tidaknya disifatkan sebagai mengikut taboo kepimpinan parti sebelum ini. RAHMAN adakah 'A' & 'N' akan mengikut jejak?
Padahal sebaliknya, ada udang di sebalik batu. Apapun sebagai peminat dan pencinta novel aku `mark' bacaan ini sebagai cuba trylah..
KAMPUNG BARU - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Datuk Muhammad Muhd. Taib berharap penerbitan novel politik futuristik bertajuk politik hantu hasil karya Datuk Raja Ahmad Niza yang dilancarkan hari ini bakal menjadi panduan kepada ahli-ahli Umno untuk merawat masalah dalaman parti dominan Melayu itu.
Ini kerana katanya, walaupun banyak pandangan yang diterima oleh Umno berhubung kaedah dan cara merawat parti tersebut sejak berlalunya krisis kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum awal tahun ini namun, pandangan yang diketengahkan melalui karya novel ini sangat berbeza.
`` Saya sedar terdapat sindiran sinis di dalam novel ini yang boleh menyentuh perasaan seseorang tetapi percayalah ubat yang pahit pasti adalah ubat paling mujarab untuk merawat pelbagai penyakit.
`` Dan untuk itu saya berharap benar agar semua ahli Umno dapat membaca dan menghayati isi kandungan buku ini kemudian mengambil iktibar daripada situ bagaimana cara untuk memantapkan semula kedudukan parti supaya ia kembali kepada landasannya,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan novel setebal 303 muka surat itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Yayasan Ikhlas, Datin Pangeran Juliana Pangeran Tambi, Sasterawan Negara, Datuk Dr. A. Sama Said dan Pengerusi Majlis Pelancaran novel Politik Hantu, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman.
Jelas Muhammad, dalam pun demikian beliau meluahkan rasa yakinnya bahawa Umno akan kembali kepada perjuangannya yang sebenar apabila polemik dalaman yang melanda parti buat masa ini bakal reda tidak lama lagi.
Hal ini kerana, katanya, sejak Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, tidak kira apapun yang melanda parti sama ada ribut atau taufan, Umno akan tetap mara dan menyelesaikan setiap masalah dihadapi demi untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.
`` Jadi untuk memperkatakan Umno akan berkubur menjelang tahun 2057 sebagaimana yang terkandung dalam tulisan novel ini adalah amat mustahil kerana hanya Umno sahajalah yang benar-benar memperjuangkan nasib orang Melayu.
`` Walaupun terdapat parti-parti lain yang mengistiharkan perkara sama tetapi mereka harus ingat bahawa perjuangan yang dibawa oleh mereka itu adalah bersifat umum dan tidak memfokus kepada kaum Melayu berbanding Umno itu sendiri,’’ ujarnya.
Jelas beliau lagi, mengimbau saat-saat penubuhan Umno suatu ketika dahulu, Tun Hussien Onn pernah berkata, orang Melayu akan selamat sekiranya mereka kuat dan bersatu sebaliknya jika mereka berpecah belah nescaya ia akan mendatangkan masalah besar.
`` Jadi dalam hal ini tidak kira apa jua keadaan orang Melayu perlulah bersatu. Kerana perpecahan dikalangan orang Melayu kelak menjadikan bangsa ini tidak lagi dominant dalam arena politik pada masa depan dan tiada lagi kuasa dalam pemerintahan.
`` Untuk itu, apa yang penting di sini ialah pastikan semua ahli Umno sudah bersedia menjalani pembedahan bagi membuang ‘virus’ kerana terdapat diantara anak-anak kita sendiri bertindak membunuh Umno,’’ jelasnya.
Dalam pada itu beliau turut menyelar tindakan sesetengah ahli parti yang bertindak mendesak agar syarat-syarat pemilihan dalam Umno diubah kerana ia dilihat sangat bertentangan dengan pegangan parti.
`` Seharusnya mereka yang mahu bertanding dalam pemilihan pada penghujung tahun ini bertanding dengan cara baik. Ini bukan perlawanan bola sepak apabila separuh masa terakhir peraturan boleh diubah begitu sahaja. Mereka perlu faham situasi sekarang.
`` Kalau kita berpecah belah dan suka mencantas antara satu sama lain kita akan menjadi lemah,’’ jelasnya.
 Muhammad Muhd. Taib ketika merasmikan novel berjudul Politik Hantu karya Raja Ahmad Niza |
posted by . @ 12:03 AM   |
|
|
|