Kekayaan Online
Jumaat, Ogos 17, 2007
Writer
Today is my last day working as a PR Executive here in service line (executive public transportation). No more stress & I'm happy to do this!! I'm back as a journalist soon...very soon...
posted by . @ 3:40 AM   0 comments
Rabu, Ogos 15, 2007
Lambat ke lembab
Pasti sudah ramai mengetahui bagaimana strategi pemasaran Kumpulan Karangkraf untuk `baby' baru mereka Akhbar Tabloid Sinar Harian yang begitu popular dengan Skuad Cakananya. Bermula dengan pelancaran pertamanya di Kelantan dan Terengganu, kemudian menyusul pula Pahang dan kini tidak lama lagi ia akan berada di sekitar Lembah Klang.

Sungguh menakjubkan! Malah, ada rakan media juga memberitahu akhbar tabloid Kosmo! semakin terpinggir di Pahang dek kerana kehadiran Sinar Harian. Sesuai dengan namanya sinar...? Namun apa yang ingin aku kongsikan sebenarnya bukanlah hendak membandingkan dua akhbar tabloid yang baru setahun jagung ni. Sebaliknya dari segi perancangan dan penggunaan teknologi ICT akhbar tersebut harus dikupas dan dibincangkan agar variasi akhbar di negara kita yang makmur ini lebih seimbang dan mengikut peredaran zaman.

Pasti ada dikalangan kita tergerak untuk melihat wajah Kosmo! secara online tetapi, setelah membukanya, apa yang kita dapat `nothing' dan menghampakan. Padahal, jika dibandingkan dengan Akhbar Sinar Harian, Kosmo! bolehlah dikatakan senior. Apa yang berlaku sebenarnya dengan pihak pengurusan dan perancangan Kosmo! adakah sebab lambat perancangan yang dibuat atau mereka yang ditugaskan untuk menjayakan projek `mengonlinekan' Kosmo! lembab?. Lihatlah Sinar Harian yang jauh lebih muda, telah menawarkan perkhidmatan onlinenya. Kosmo! bila lagi? Anda mampu mengubahnya...!
posted by . @ 11:19 AM   1 comments
Selasa, Ogos 14, 2007
Korban kecuaian
Dua minggu lepas aku baru sahaja selesai menduduki ujian PTD. Memang benar soalan yang diajukan sangat mudah tetapi faktor masa yang tidak mencukupi menyebabkan ada yang terkial-kial kerana tidak sempat menjawab soalan. Namun, seperti biasalah kalau dah tak sempat `tembaklah' jawabnya. Siapa tahu mengena! hehehehe...

Salah satu soalan esei yang aku berpuas hati menjawabnya ialah punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya. Bercerita berkenaan jalan raya ni, teringat insiden semalam yang menyebabkan seramai 20 penumpang sebuah bas ekspres maut manakala 10 lagi cedera di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Gantang, Taiping kira-kira pukul 4.48 pagi semalam.Tragedi tersebut adalah yang terburuk dan terbesar angka maut yang dicatatkan selepas tahun 2003. Lebih menyayat hati ialah seorang kanak-kanak terselamat dek kerana pelukan ibunya (si ibu terkorban dalam nahas itu. Sedih woo macam kisah Nabilah @ tv9 yang baru melabuhkan tirainya semalam. Aku sebak hingga nak meleleh air mata....
posted by . @ 12:16 AM   0 comments
Selasa, Ogos 07, 2007
North Corridor Economic Region
Most of us, Malaysian - knew that the NCER development programme is a Government initiative to accelerate economic growth and elevate income levels in the north of Peninsular Malaysia – encompassing the states of Perlis, Kedah, Pulau Pinang and the north of Perak. Unfortunately, no one know, when such project development will be plan for Sabah & Sarawak. Am i need to use this words, `Hey, Pak Lah how about Sabah and Sarawak? When is our turn?

But, sadly, some other people might think who care about you people in Sabah and Sarawak. Poor us...! World, maybe some of you, no matter where do you come from in this part of the world has visit Sabah or maybe Sarawak. How is your first impression's to be honest? Let me guess, Off course you might think we're classic, exotic and peace. That's true in terms of our culture. And i love being that kind of living.

But, how about our development, the old building, education - most of our people still can't read, our children working to support their parents, our `kampung' business don't know its vision because the point market only in that region and many things we face. How could we survive like this, even though others region ongoing to be consider as urban city? We, still `seperti katak di bawah tempurung'!

World, if you think you had what it calls RESPONSIBILITY, i would like to welcome you to visit our poor town, Semporna to feel and see am i saying right or whatsoever. Help us to build our poor-town-people please.
posted by . @ 1:39 AM   0 comments


Siapa Aku?

Blog aku tulis
Bebaskan Suara
Tinta Lepas
Arkib
Borak

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Aku Baca Blog Si..
Media
Online TV
Komuniti
Artis VS Penulis
Tutorial
Portal
Muat Turun
Artikal
Powered by


Blog saya bernilaiRM11,307,840.
Berapa nilai blog anda?

Web Terbaik Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog My Blog Juice
Powered by IP2Location.com
Locations of visitors to this page Page copy protected against web site content infringement by Copyscape Free Blogger Templates Subscribe to RSS Feed Subscribe in NewsGator Online EatonWeb Blog Directory
Michael Buble Lyrics
Michael Buble Music Codes
Music Codes by SongArea.com