Kekayaan Online
Ahad, Februari 18, 2007
Bicara terakhir

Dari kanan; K.Hanifah, Wan Zul (bos biro Utusan), A. Radzuan (bos biro Kosmo), Zulhanifah, 2 rakan dari media lain, Rosni aka Wak dan K.Hafizah.

Terima kasih kpd rakan2 media, Kota Bharu tidak kiralah ia Utusan, Kosmo, Bernama dll sesungguhnya pengalaman yang aku kongsi bersama kalian sepanjang berada di Kota Darulnaim ini akan tersemat dalam lubuk jiwa. Malah, aku akan gunakan pengalaman itu untuk dikongsikan kepada anak2 didik ku yang masih menagih ilmu untuk berdepan dengan dunia pekerjaan kelak.

Anyway, Gambatte Kudasai...
posted by . @ 1:24 PM   0 comments
Sabtu, Februari 17, 2007
Happy CNY 2007

This picture taken from Sheih aka kickdafella blog. Nice pic ist'nt it! Yet, thanks to him (Sheih)also, for the pic `i blog for peace' above which very match with my tamplete. Arigato gozaimasu...yorushiku onegaishimasu!!
posted by . @ 2:32 PM   0 comments
Selasa, Februari 13, 2007
SAR ke Sar's
Sila ambil perhatian...dan beri komen anda!!

Jangan kaitkan isu pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) negeri Kelantan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan polimik politik negeri.

Itulah luahan Pengarah Pelajaran Kelantan, Ismail Mohd. Noor yang turut kesal dengan Kerajaan Pas menyalahtafsir pendaftaran SAR di bawah KPM itu sebagai `pengambil alihan'.

Katanya, perkara itu telah diterangkan dengan jelas kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku pemimpin parti minoriti itu termasuk Exco kerajaan negeri.

`` Kita terangkan satu persatu dalam perbincangan itu. KPM bukannya nak ambil alih tetapi mendaftarkannya agar banyak bantuan dapat disalurkan kepada SAR.

`` Dalam hal ini kita berbicara bukan soal politik tetapi soal masa depan dan hala tuju para pelajar, guru-guru sekaligus sekolah agama di Kelantan yang semakin terpinggir dan terhakis,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelasnya, lihat saja apa sudah jadi dengan 71 buah SAR di negeri ini dan bandingkannya dengan SAR yang berdaftar dengan KPM di seluruh negara yang kebanyakannya berjaya melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam pelbagai aspek.

`` Tetapi kenapa PAS masih berdolak-dalik dan mengatakan bahawa sekolah aliran perdana yang bernaung di bawah KPM sebagai tidak memenuhi kreteria Islam seperti yang mereka kehendaki.

`` Walhal kalau dilihat ramai juga pemimpin-pemimpin kerajaan negeri menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah naungan KPM.

`` KPM benar-benar kecewa dengan sikap kerajaan negeri kerana kita ingin membantu tetapi diperlekeh,'' ujarnya.

Antara syarat dan cadangan yang dikemukakan KPM kepada kerajaan negeri Kelantan agar SAR berdaftar dibawah naungan KPM termasuklah;

* Guru-guru dan kakitangan SAR diserap ke dalam sistem Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.
* Peruntukan kewangan dan prasarana akan disediakan oleh KPM.
* Kurikulum Kebangsaan diselaraskan untuk semua SAR namun kurikulum agama yang sedia ada tidak dihapuskan malah, masih diguna pakai seperti yang diluluskan oleh Majlis Raja-Raja.
* KPM akan berurusan dalam soal pentadbiran sekolah secara langsung dengan Jemaah Pengelola SAR yang turut dikekalkan.
* Tapak sekolah kekal hak milik SAR.

Ismail turut memberitahu terdapat ramai guru-guru dari KPM yang berkelulusan, berpengalaman dan terlatih ditempatkan di SAR dan Sekolah Agama Negeri (SAN) bagi membantu sekolah-sekolah agama ini.

`` Kerajaan negeri seharusnya sedar bahawa melalui program ini SAR sudah tentu akan mendapat mandat sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) apabila ia berdaftar di bawah KPM.

`` Juteru, saya meminta agar ketepikan kepentingan politik dan fikirkanlah kebaikan program ini untuk para pelajar, guru-guru sekaligus kesinambungan SAR di negeri ini,'' katanya.
posted by . @ 5:10 PM   1 comments
Rakan media kecelakaan
Itulah yang dikatakan malang tidak berbau! Bila kecelakaan yang bakal menimpa memang ditakdikan untuk diri, sekalipun kita berhati-hati ia tetap tidak boleh dielak. Begitulah dengan dua rakan media dari Kumpulan NSTP ini yang bersama-sama berjuang di Kota Bharu. Terperanjatpun ada, simpati pun ada malah, jauh di sudut hati ini menginsafi segala ketentuan Ilahi kerana pabila Dia mengatakan `Kun' maka terjadilah ia sungguhpun kejadian itu sudah tentu membinasakan kita yang sememangnya milik Nya.

Haris Fadzlillah Ibrahim,34, yang merupakan jurugambar akhbar NST mula ku kenali sewaktu hari pertama aku bertugas di Kota Darul Naim ini iaitu pada 1 Januari. Pada masa itu tugasan pertama aku di Rantau Panjang yang bersempadanan dengan wilayah bergolak, Thailand. Haris sangat peramah dan suka menolong rakan2 media yang lain lebih2 lagi mereka yang baru sahaja ditukarkan dari Kuala Lumpur. Setakat yang aku kenal dirinya pada masa yang singkat ini, dia sangat komited dengan kerjanya!

Sementara isterinya pula yang merupakan wartawan Berita Harian, Mona Ahmad, 34, aku jarang berjumpa atau berada pada assignment sama dengannya. Tetapi adalah pernah jumpa dia. Cuma tidak banyak yang aku tahu mengenai Mona. Hanya rakan sekerja di Utusan selalulah menyebut-nyebut namanya.
Cadangan

Apa yang sangat menyedihkan ialah, Ahmad Najmi Shaari, 26 yang meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Gua Musang. Bayangkan jarak hospital Gua Musang tersebut dengan Jalan Kuala Lipis-Merapoh (insiden berlaku). Kalaulah ada kelengkapan khas seperti hospital yang diwujudkan di kawasan `jalan maut' tersebut sudah tentu ia sempat diselamatkan. Tetapi seperti yang dikatakan, ajal tetap ajal!

Berikut adalah beberapa insiden maut yang berlaku di kawasan `jalan maut' itu seperti yang terdapat dalam arkib media (tidak termasuk insiden-insiden kecil);

-12 Feb 2007; Tiga lelaki terbunuh, dua wartawan cedera parah dalam kemalangan ngeri yang membabitkan dua kereta di Kilometer 70, Jalan Kuala Lipis-Merapoh.

-12 Jun 2006; Dua terbunuh, empat cedera, tiga daripadanya parah apabila kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Mitsubishi Pajero yang dinaiki bertembung dengan bas ekspres Budaya di Kilometer 49 Jalan Lipis-Merapoh.

-18 Sept 2006; Seorang imam terbunuh dengan kepala terputus selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kancil di Kilometer 43, Jalan Lipis-Merapoh

-31 Okt 2006; Seorang lelaki maut, sepasang suami isteri parah apabila kereta dinaiki untuk pulang berhari raya di Kelantan, terlibat dalam nahas di Kilometer 22 Jalan Lipis-Merapoh dekat Simpang Selborne.

-19 Nov 2006; Dua beradik terbunuh, empat anggota keluarga cedera, dua parah apabila kereta Perodua Kancil bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Kilometer 6 Jalan Lipis-Merapoh, Kampung Tempoyang.

-16 Dis 2006; Dua beradik yang dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan untuk melawat nenek mereka yang akan berlepas ke Mekah, maut dalam satu kemalangan di Kilometer 22 Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kuala Lipis.

-30 Nov 2005; 15 orang terkorban dalam nahas membabitkan dua buah bas di Kilometer 63, Jalan Kuala Lipis-Merapoh dekat Kampung Chegar Perah.

Sebenarnya ada banyak lagi insiden2 kemalangan berlaku di kawasan maut itu dan rata-rata daripadanya maut ketika dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis atau Gua Musang. Jadi adalah elok sekiranya sebuah hospital yang lengkap dengan kemudahan menyelamat dibangunkan di kawasan tersebut agar jumlah kematian dapat dikurangkan. Mohon kerjasama semua pihak sokong cadangan ini!!

**Apapun aku doakan semoga mereka cepat sihat dan kepada tiga remaja yang maut itu al-Fatiha...

Di sini aku sertakan story asal aku sebelum di edit dan yang telah di edit kilik di sini. ;



KUALA LIPIS 12 Feb. _ Tiga lelaki terbunuh manakala dua lagi wartawan cedera parah dalam satu kemalangan ngeri membabitkan dua buah kereta di Kilometer 70,Jalan Kuala Lipis - Merapoh, berhampiran Gua Musang dekat sini, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu mangsa Mohd. Suhaimi Osman, 22, dan Mohd. Suhaimi Ismail, 22, maut ditempat kejadian manakala Ahmad Najmi Shaari, 26 yang turut berada dalam kereta jenis Honda Accord itu mati ketika dikejarkan ke Hospital Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supritenden Muhd. Sakaruddin Che Mood berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang apabila kereta yang dipandu Suhaimi dari arah Gua Musang itu terbabas sebelum merempuh kereta yang dipandu pasangan wartawan berkenaan.

`` Pertembungan itu menyebabkan wartawan dari Kumpulan The News Stret Times (NST) Berhad itu, yang juga pasangan suami isteri, Mona Ahmad, 34 dan suaminya seorang jurugambar, Haris Fadzlilah Ibrahim, 34, cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal.

`` Mona patah tangan dan kaki sementara suaminya, Haris, cedera parah di tangan dan kaki serta biji matanya pecah. Haris buat masa ini masih tidak sedarkan diri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kedua-dua pasangan itu kini terlantar di Hospital Gua Musang manakala tiga remaja terbabit berada di rumah mayat Hospital Kuala Lipis.

Jelas Sakaruddin, polis menerima panggilan kira-kira 30 minit selepas insiden tersebut berlaku.

`` Berikutan itu sepasukan polis termasuk Bomba dan Penyelamat dari Kuala Lipis termasuk Gua Musang berkejar ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

`` Bagaimanapun, ketika pasukan itu tiba,keadaan lalu lintas kucar-kacir seketika menyebabkan jalan utama yang menjadi laluan utama Kuala Lumpur - Gua Musang itu sesak teruk.

`` Namun ia kembali terkawal selepas kenderaan tersebut dialihkan,'' ujarnya.

Difahamkan pasangan wartawan tersebut akan bertugas seperti biasa pada hari esok selepas bercuti di ibukota untuk tempoh empat hari.

Namun ketika menghampiri kawasan Gua Musang mereka dirempuh menyebabkan hajat mereka untuk kembali bertugas tidak kesampaian.
posted by . @ 10:52 AM   0 comments
Ahad, Februari 11, 2007
Runtuh lagi meruntuhkan
Semalam Kementerian Pelajaran (Kewangan dan Pembangunan) Datuk Fatimah Md. Deni mengumumkan kepada media bahawa kerajaan `pada dasarnya' bersetuju menambah elaun bayaran insentif sehingga RM1,500 iaitu `durian runtuh’ bagi guru-guru yang sanggup bertugas di kawasan pedalaman termasuklah ke Sabah dan Sarawak. Wah memang menarik sungguh tawaran yang diberi itu. Lebih-lebih lagi kepada `cikgu-cikgu' yang sanggup bertugas lebih lama di kawasan tersebut. Itulah nilai dan harga berjuta pengobanan guru-guru di Malaysia ini. Syabas KPM!!

Kalau difikirkan, mana tidaknya kerajaan mempertimbangkan `pada dasarnya' bersetuju itu kalau perdagangan negara pada tahun lalu melepasi paras RM1 trilion, iaitu nilai dagangan yang tertinggi dalam sejarah Malaysia. Itu kata Pejabat Perdana Menterilah kelmarin yang jelasnya pada tahun 2006 Malaysia berjaya mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM1.069 trilion, iaitu kenaikan sebanyak 10.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Itulah berita gembira untuk para guru yang dedikasi dan negara juga selepas berlakunya bencana tsunami kecil yang anda boleh lihat sendiri bahananya disini
(sumbangan masyarakat oleh anak Marina Mahathir) hingga penduduk di kawasan Johor yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir kerugian berjuta-juta ringgit.

Namun, rakyat Johor sememangnya beruntung kerana banyak kerajaan, NGO dan orang perseorangan sanggup membantu mereka termasuklah mereka yang berkemampuan dari segi masa dan fizikal melawat serta membantu apa yang patut untuk mengurangkan sedikit kepayahan yang dihadapi mereka. Jambatan yang runtuh telah dibaiki, rumah yang rosak dapat pengganti, baju yang kotor diganti dengan yang baru. Pendek kata yang sangat susah sebelum ini, kini mendapat pembelaan. Serba serbi baru!!

Bagaimana pula dengan mereka yang menerima tempias sama dek kerana aura el-nino itu? Sabah khususnya mana pembelaan yang `mereka-mereka' janjikan sebelum ini. Adakah kerana kepayahan penduduk di Sabah yang kurang mendapat publisiti media Semenanjung Malaysia menyebabkan `mereka-mereka' ini tidak tertarik menghulurkan bantuan walaupun sekadar memperbaiki fasiliti yang telah hilang khususnya jambatan di Kota Marudu?

Tidakkah `mereka-mereka' ini simpati barang secebis melihat penduduk-penduduk di 16 buah kampung di kawasan itu terperangkap dek kerana kejadian tanah runtuh sejak awal Januari iaitu permulaan `tsunami kecil'? Mana pemimpin2 yang kononnya akan membela nasib rakyat sekiranya `kuli-kuli' ini mengundi untuk mereka. Lihatlah wajah mereka yang riang, bersusah payah meredah jalan berkilo-kilo meter semata-mata berjuang untuk kesinambungan hidup mereka walaupun dalam keadaan tidak selesa. Sebaliknya `mereka-mereka' ini pula hanya goyang kaki sehinggalah media mendedahkannya (terima kasih rakan media yang melaporkannya). Hati begitu tersentuh melihat bangsa sendiri yang entah mungkin sengaja dilupakan oleh mereka yang bertanggungjawab dek kerana mereka ini tiada kepentingan peribadi buat mereka. Kasihan bangsa ku...Inilah yang dikatakan runtuh lagi meruntuhkan bangsa sendiri!
posted by . @ 5:26 PM   0 comments
Khamis, Februari 08, 2007
Santapan untuk si jutawan

Mahukah anda menjamu selera dengan bayaran sekitar USD29,000 atau RM107,300 bagi hidangan lengkap makan malam? Tentu anda berfikir gila apa?? atau paling tidak alasan yang diberi baik aku gunakan duit tersebut untuk membeli sesuatu yang lebih berfaedah.

Tetapi sekiranya anda bergelar jutawan, harga hidangan itu bukanlah menjadi masalah buat anda. Malah anda mungkin tidak akan mengeluh dengan tawaran harga hidangan itu sekiranya anda sememangnya jutawan. Lain ceritalah sekiranya anda jutawan bakhil!

Bagi para jutawan yang berminat pula, anda dijemput ke Thailand untuk menghadiri majlis makan malam yang dikenali sebagai "Epicurean Masters of the World" atau (Ahli Pemuas Selera Dunia) yang seringkali dikaitkan dengan gelaran harga makanan yang sangat mahal di dunia.

Dikatakan seramai 15 orang jutawan bersama 25 tetamu khas yang sangat mencintai dan gemar mencuba makanan baru telah membuat tempahan dan akan terbang ke Bangkok dalam masa terdekat ini untuk menikmati jamuan makan malam yang disediakn oleh enam chef ternama dari Perancis, Jerman dan Itali.

Hidangan itu akan disediakan oleh chef yang juga dikenali sebagai `kumpulan bintang tiga Michelin' di restoran The Dome dekat State Tower yang berlantai 65 dalam sebuah hotel mewah di Bangkok.

Menurut pengelola restoran tersebut, mereka masih menerima tempahan daripada tetamu yang berminat. Mahu try ka??

Chef2 itu akan menyediakan satu atau dua hidangan istimewa (tersedaplah) dalam majlis makan malam tersebut. Ada 11 hidangan yang disediakn termasuklah krim brulee dari liver angsa, beef tartare Jepun, kaviar, dan setiap bahagian hidangan turut dihiasi pelbagai jenis anggur yang berkualiti tinggi.

Kebanyakan para tetamu yang menghadiri majlis itu adalah dari Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat yang rata-rata daripadanya berkecimpung dalam industri perkapalan, perladangan dan perjudian.

Namun, menariknya majlis ini ialah setiap keuntungan dari majlis ini akan disumbangkan untuk keperluan sosial selain untuk memperkenalkan Thailand sebagai sasaran pelaburan yang berada dikelas satu. Malaysia ada terfikir ke idea sebegini?

TAHUKAH ANDA? selain London, Thailand adalah satu-satunya yang berjaya menyandang bintang satu Michelin dengan pemiliknya adalah oleh warga Singapura sementara ketua chefnya adalah dari Australia. Waa cayalah....
posted by . @ 5:58 PM   1 comments
Rabu, Februari 07, 2007
Perjuangan belum selesai
Sebut perkataan perjuangan belum selesai everyone know that itulah kata2 semangat (poems) yang pernah dideklamasikan oleh TDM sebelum pengundurannya menerajui negara-yang mencapai kegemilangan sepanjang pimpinannya. Uniknya insan ini tiada siapapun yang dapat mengagak apa yang berada dalam benaknya. Nah, habuannya inilah wajah baru Malaysia!

Tetapi selepas sahaja dia mengundur diri dengan penuh tertib, insan2 keparat berpura-pura menghalangnya agar teruskan perjuangan ini, kerana katanya perjuangan kita belum selesai. Tetapi dia nekad juga kerana ingin memberi laluan kepada mereka yang lain. Lantas mereka merelakannya dengan senang hati. Tersimpul senyuman lebar diwajah mereka dan anak mata mereka melirik memberi amaran selepas ini kau jangan sekali-kali cuba masuk campur dengan urusan kami. Perjuangan mu telah selesai! (titik)

Sehinggalah hari itu tersemat dalam jiwaku untuk mengikut jejak langkahnya. Tetapi dalam haluan yang berbeza. Dia orang politik aku hanyalah penulis. Menulis apa yang tersemat dalam kalbu untuk dikongsi dengan mereka yang sama seperti aku dalam ketandusan.

Itulah dia `Perjuangan ku belum selesai'! Utusan aku menyintaimu tetapi apakan daya aku tidak berdaya untuk berada disampingmu sekiranya aku berada jauh di bumi sana. Aku mahu hidup dan bekerja dalam suasana yang menyenangkan kerana kita bukan lagi berada di zaman darurat sebagaimana dahulu - propaganda penubuhan Utusan Malaya aka Utusan Melayu aka Utusan Malaysia.
Aku akan teruskan perjuangan kita menerusi paparan ini biar warga kita yang aneh atau masih alpa terjaga dari tidur yang lena. Melayu biar terus kukuh bak kata Hang Tuah ` Melayu takkan hilang di dunia' walaupun jatinya buat masa ini telah hilang. Sayang seribu kali sayang...

Teringat pula salah seorang `bos'yang bersama-sama dengan Utusan sejak dulu2 lagi. Hamzah (bersara tahun lepas) dia berbicara mengenai pengalaman di negeri PAS pendek kata jelasnya, pejabat Utusan adalah rumah keduanya. Manakan tidak siang menjadi pejabat malam manjadi rumah. Hebat! aku sangat kagum! Tetapi itu zaman dahulu. Zaman aku dengannya banyak berlaku transisi. Pemuda seperti aku mahu kehidupan yang bebas dan seronok dalam mengecapi setiap kejayaan yang di cita. Aku tidak kisah soal gaji yang penting aku berpuas hati dengan kerja!

Tak apalah mungkin rezeki aku dengan Utusan sampai di sini sahaja. Tetapi berat hati juga untuk meninggalkannya. Cukuplah aku menyusahkan rakan sejawat di KB. Biarlah mereka tenang, kerana kehadiran ku di sana tidak menyumbang apa2 yang ada hanya menyusahkan mereka. Memikir assignment apa yang sesuai dengan aku yang tidak memiliki apa2 kemudahan.

Tetapi aku akan teruskan perjuangan ini mungkin ditempat lain. Dan serasa aku inilah peluang aku untuk memperbaiki diri dan memiliki apa yang tidak dimiliki sebelum ini. Katakanlah yang aku tidak mengambil jalan pintas tetapi berusaha mencari jalan yang betul. Jangan dibangkang kerana aku yang menentukan sendiri masa depan ku!
posted by . @ 6:17 PM   0 comments
Selasa, Februari 06, 2007
Never say good bye
Maybe this song will remind us to old singer, Bob Dylan. I think it's time to me to sing this songs to all of you guys... here you are; I'm gonna sing it loudly till world knows that i'm in stress with this fuckin** resignations. I'm off from Utusan! I make this with dificult dicesion. Arghhh...

Twilight on the frozen lake
North wind about to break
On footprints in the snow
Silence down below.

You're beautiful beyond words
You're beautiful to me
You can make me cry
Never say goodbye.

Time is all I have to give
You can have it if you choose
With me you can live
Never say goodbye.

My dreams are made of iron and steel
With a big bouquet
Of roses hanging down
From the heavens to the ground.

The crashing waves roll over me
As I stand upon the sand
Wait for you to come
And grab hold of my hand.

Oh, baby, baby, baby blue
You'll change your last name, too
You've turned your hair to brown
Love to see it hangin' down.

** I love Utusan because it's history. But, i have to go because...? who cares!
posted by . @ 5:24 PM   0 comments


Siapa Aku?

Blog aku tulis
Bebaskan Suara
Tinta Lepas
Arkib
Borak

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Aku Baca Blog Si..
Media
Online TV
Komuniti
Artis VS Penulis
Tutorial
Portal
Muat Turun
Artikal
Powered by


Blog saya bernilaiRM11,307,840.
Berapa nilai blog anda?

Web Terbaik Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog My Blog Juice
Powered by IP2Location.com
Locations of visitors to this page Page copy protected against web site content infringement by Copyscape Free Blogger Templates Subscribe to RSS Feed Subscribe in NewsGator Online EatonWeb Blog Directory
Michael Buble Lyrics
Michael Buble Music Codes
Music Codes by SongArea.com