| Selasa, Januari 30, 2007 |
| Tol + tol = tolol |
Mungkin ramai yang telah mengetahui bahawa terowong bawah tanah atau SMART iaitu laluan alternatif kepada 200,000 pengguna jalan raya di Kuala Lumpur akan dibuka untuk laluan pada penghujung Mac ini. Terwong ini yang juga merangkap `longkang pintar' negara bagi mengelakkan banjir kilat menenggelami ibukota bernilai RM1.9 bilion. Duit rakyat!
SYABAS kepada Malaysia, satu lagi kejayaan yang patut kita banggakan. Mana tidaknya terwong ini adalah satu-satunya terwong yang mempunyai dwi-fungsi iaitu mengelakkan kesesakan tegar di jalan raya dan banjir besar.
Apa yang menarik tentang terwong dengan jarak empat kilometer ini ialah jangka masa perjalanan dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sungai Besi menuju ke Bulatan Kampung Pandan dapat disingkatkan daripada 30 minit kepada lima minit. Maksudnya, tak perlu lagi tergesa-gesa untuk datang ke tempat kerja sebab banyak laluan alternatif yang membolehkan kita sampai dengan pantas.
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu, termong ini akan dibuka kepada orang ramai secara percuma selama sebulan sebelum bayaran tol yang ditentukan Kabinet akan dikuatkuasakan dalam tempoh tersebut. Wahhh tol lagi...
Semalam pula dikatakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)merancang untuk mengenakan bayaran kepada orang ramai yang memandu secara bersendirian ketika memasuki pusat bandar raya sebagai langkah mengurangkan kesesakan lalu lintas. Nak isi kantung lagi ke?
Awal tahun ini pula dilaporkan dokumen sulit kerajaan mengenai konsesi tol antara kerajaan dan sebuah syarikat dilaporkan hilang dan telah didedahkan oleh pihak tertentu hingga menyebabkan Pejabat Peguam Negara digesa mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak bertanggungjawab yang mendedahkannya. Dokumen rahsia??
Apapun ia, tol sebenarnya menyusakan banyak pihak terutamanya mereka yang berulang-alik setiap hari melalui jalan yang sama. Hentikan kenaikan tol dan jangan sekali-kali menambah susah rakyat!
**GERAK Demo anti kenaikan tol ke 4, jam 4 petang di depan IOImall, Puchong. |
posted by . @ 12:34 PM   |
|
|
|
| Ahad, Januari 21, 2007 |
| Calling one, calling all! Defend your right to free speech! |
 Blogger United Condemn Action Against Rocky Bru and Jeff Ooi & Demand Level Playing Field in All Action Against Bloggers.
This statement is jointly drafted by Susan Loone and Sheih of Kickdefella. All those who believe in justice and right to free speech, please sign on and put this up in your blogs. Spread it around; let it grow far and wide. The fight is on! See also kickdefella.
We are a group of Malaysian bloggers who believe in justice and right to free speech. We, who endorse the Bloggers United movement , unanimously condemn the action taken by media conglomerate NST against bloggers Rocky Bru and Jeff Ooi. The action by the newspaper against the duo is an action against all bloggers who believe in their right to free speech, freedom of expression and justice.
The recent event may seem like a grave development in the path of bloggers, but it can never and must never impede or stop us from defending our right to speak, to express, to write and to tell the truth, to be the watchdog, eyes and ears of the people, or simply to share our view, and give fair comment on any subject which involves and affects us as humans, as rightful citizens of this country.
The recent event may very well give the government owned media the opportunity to dictate the so-called ‘truth” but such actions only prove that bloggers must unite , continue to uphold the right to free speech and freedom of expression, fight for justice, even if it is not our own, be more alert, committed to the cause of free speech, relentless and persistence in the face of such persecution like the one which had befallen on the two of us.What YOU do to any of US, is what YOU do to ALL.
As responsible bloggers, we demand and claim our space on the blogosphere for free and fair comment, where important national issues and prominent personalities are discussed.
Although it may seem as if the NSTP defamation suits will have a chilling effect on freedom of bloggers, as litigation can be expensive and may jeorpadise a blogger’s economic position, we will not be cowed or silenced by those who have no regard for free speech.If you find our post offensive, you may refute us with correct facts and figures and fair comment, in the spirit of free speech.
The first two cases will have grave impact not only on the internet, but country as a whole as the country celebates VMY2007. The healthy, mature and democratic growth for free speech and expression in our midst is at stake.
The reputation of the nation as it strives to promote our multimedia supercorridor and love for IT will be a national joke for all the world to feast on.
We demand for a level playing field in all action meted out to bloggers and in particular in the defamation proceedings particularly in terms of financial resources and capabilities, and secondly, that the legal rights of bloggers et al are properly protected in keeping with the imperatives of an information society and knowledge economy which Malaysia aspires to become.
For further information, please contact me at susanloone@gmail.com and my partner in crime Sheih of kickdefella at kickdefella@yahoo.com |
posted by . @ 6:09 PM   |
|
|
|
| Khamis, Januari 18, 2007 |
| NeST-UM merger plan aborted |
Hear newsmen talk about NeST-UM merger; Here is an invitation from Strategic Information Research & Development Centre (SIRD) to a public forum, themed: "The Implications of Utusan-NST Merger: Challenges for Malaysian Media under Globalisation"
The Speakers & Moderator:-Abdullah Ahmad (Former NST's Group Editor-in-Chief, Ambassador to United Nations and Political Secretary to second premier Tun Razak), A. Kadir Jasin (Group Editor-in-Chief of Berita Publishing Sdn. Bhd and former NST's Group Editor-in-Chief), Kou Yok Liong (Veteran Chinese-language media practitioner with Sin Chew and Nanyang Press)
Moderator: Fathi Aris Omar (Blogger and Chief Reporter of MStar Online)
The forum will be conducted primarily in Bahasa Malaysia. When & Where:
Date: 17 Jan 2007 (Wednesday) Time: 8:00 - 10:00 pm Venue: Auditorium, Selangor Chinese Assembly Hall (SCAH), No. 1 Jalan Maharajalela
Pointers to ponder:
If the merger of News Straits Times Press (NSTP) and Utusan Melayu Bhd goes as planned, the largest Malay-language newspaper entity will emerge. At the same time, timber tycoon Tiong Hiew King has taken control of three major Chinese-language newspapers, Sin Chew Jit Poh, Nanyang and China Press.
Are these mere business transactions? How will this affect the state of press freedom in this country? How does the issue of media ownership come into play? Why is media ownership becoming a cause of concern?
Hurl your questions at the speakers, will you?
Due to very limited number of seats at the forum, please book your place with the SIRD Office (03-79578342) or Khai Loon (013-3970519). You may also email to: sird@streamyx.com, to confirm your place.
SIRD is an independent publishing and research centre. It has, in the past few years, we organised various talks and seminars on topics ranging from socio-cultural to political issues.
-Posted by Jeff Ooi
The result is:
 KUALA LUMPUR - The proposed merger between the New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) and Utusan Melayu (Malaysia) Bhd has been aborted, the NSTP announced Thursday.
"After a series of discussions, NSTP and Utusan were not able to reach a scheme of merger that would be beneficial to both parties and its stakeholders," it said.
As such, both groups have decided to terminate any further discussions on the proposed merger, the NSTP said in a filing to Bursa Malaysia Thursday.
Last month, NSTP announced that both the board of directors of NSTP and Utusan Melayu had commenced negotiations on a possible merger of both groups.
NSTP and Utusan had entered into a non-disclosure agreement on Nov 30, 2006.
Thursday, NSTP shares closed one sen down at RM2.52, while Utusan counter went up two sen to close at RM1.47.
-BERNAMA |
posted by . @ 6:42 PM   |
|
|
|
|
| G Darul Naim |

KELANTAN adalah sebuah negeri yang berkeluasan 14,922 km² dengan populasinya yang pelbagai iaitu gabungan Melayu-Siam. Ini berdasarkan sejarah Kelantan itu sendiri yang pernah dikuasai oleh kerajaan Siam sejak tahun 1603 menyebabkan ada diantara penduduknya yang berperanakan Siam. Pada zaman itu juga (seperti yang aku pelajari semasa tingkatan 3) Kerajaan Kelantan menghantar ufti berupa bunga emas kepada Siam. Ini diikuti dengan kedatangan British pada tahun 1909, Jepun (1942-1946) sehinggalah ia merdeka sepenuhnya di bawah satu nama iaitu Malaysia.
Tetapi apa yang berlaku sekarang ini ialah Kelantan seolah-olah sebuah negara kecil yang tersisih daripada `ibunya' disebabkan sebuah parti yang bernama PAS. Dalam pun begitu, ketika menjejakan kaki ke negeri ini, terasa begitu asing apabila kebanyakan papan tanda perniagaan dan iklan ditulis dalam tulisan jawi. Seolah-olah berada di negara luar! Tetapi kesibukan jalan rayanya terutama tatkala waktu petang mengalahkan negeri-negeri lain di Malaysia kecuali ibukota.
Mungkin tidak keterlaluan kalau dikatakan Kelantan ini lebih maju daripada negeri-negeri kecil yang dikuasai parti politik lain (tidak perlulah aku mention parti mana). Ini kerana, melihat dari segi pembangunan Kelantan sangat mengujahkan. Walupun sumber pendapatan kerajaan negeri daripada kerajaan persekutuan tidak seberapa, tetapi dia dapat membuktikan kemampuannya untuk maju bersama-sama negeri lain. Cuma anda perlu tahu, pakir kereta di sini semuanya kena bayar. Tiada satu ruang pun yang menyediakan pakir free melainkan anda meletak kereta di dalam pusat membeli belah iaitu KB Mall (yang hanya menyediakan pas masuk tetapi percuma) atau mana-mana bangunan besar yang lain. Dan anda juga perlu ingat payah nak cari nasi lemak ini kerana makanan pagi masyarakat Kelantan ialah nasi berlauk, kerabu (nasi berwarna biru) dan nasi kuning. Pilihan ikan hanyalah tongkol dan kebanyakan makanan adalah manis dan masam.
Jangan terperanjat kalau anda tidak menemui tempat berhibur seperti pusat karaoke, disco, kelab-kelab hiburan yang lain sebagaimana terdapat dikebanyakan negeri. Ini kerana, mengikut sahabat yang juga merupakan penduduk pribumi Kelantan dahulu memang banyak pusat-pusat hiburan sedemikian. Tetapi lesen mereka dibatalkan dek kerana khuatir akan merebak penyakit sosial disamping ingin mengekalkan status negari Islam yang menjadi intipati perjuangan PAS itu sendiri.
Semua mengenali Tok Guru, Nik Aziz  yang sentiasa bersifat rendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk. Malah, aku juga tidak menyangka sikapnya yang tegas itu dan sentiasa bergaul dengan rakyat Kelantan menyebabkan ia disanjungi dan disayangai. Pendek kata setiap kedai termasuk kedai gunting rambut memuja tokoh politik sayap pembangkang ini. Manakan tidak, semalam aku berjumpa dengan `hero Kelantan' ini, beliau hanya memakai sandle dan bukannya kasut yang beribu harganya. Hal ini juga mengingatkan aku tentang buku mengisahkan para sahabat Rasulullah yang menceritakan perihal pesuruh Allah itu yang sentiasa merendah diri. (tetapi Nabi Muhammad itu jauh lebih sempurna dan tiada tandingan dengan mana-mana pemimpin dunia `lah' ni). |
posted by . @ 2:41 PM   |
|
|
|
| Jumaat, Januari 12, 2007 |
| Banjir + Hikmah = Rakis |
Bila aku dapat tahu Johor dinaiki air (banjir) hingga menyebabkan 2,000 penduduk terpaksa berpindah ke penempatan sementara, aku seolah-olah berfikir kenapa Kota Bharu, Kelantan yang sinonim dengan bencana tersebut tidak dilanda. Sebaliknya negeri lain pula yang menerima bahana.
Kadangkala bila kawan rapat tanya sama ada pejabat pengarang Utusan, KB tu banjir aku siap buat lawak kononnya sebab aku dipindahkan kat sini kut KB tak banjir . Kadangkala aku percaya juga dengan lawak aku tu wakakakaka..! Apa yang pasti untuk tahun ini, dah enam orang dah warga Utusan resign. Ekonomi, Foreign, News, Crime, & State kurang orang. Dengar daripada senior repoter, Utusan tengah nak cari repoter senior dari media lain. Well, ada berminat?
Sometimes, aku terfikir juga apa rasional Utusan Malaysia hantar repoter jauh2 especialy ke state. And why mereka tak hantar sahaja repoter tersebut ke negeri asalnya? Aku tak nampak langsung kebaikan daripada tindakan Utusan ni. Buat pekerja stress & psiko adalah. Now, banyak repoter yang nak resign. Saya cadangkan ada baiknya syarikat fikirkan semula apabila nak transfer pekerja. Biar offer sapa yang nak. barulah pekerja happy & marketing meningkat.
Ini tidak suka-suka hantar pekerja walaupun pekerja tersebut merayu-rayu minta tidak ditukarkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berumah tangga terpaksa bejauhan dengan anak atau suami dan isteri apabila diarah bertugas ke state. Mahu tak mahu mereka terpaksa berhenti kerja. Kesian..! Harap fikirkan semula. Bak kata `bos2' ini soal periuk nasi pekerja. Mahu sales meningkat, juga mahu story yang gempak. Tapi bila part pekerja nak consideration, mulalah bagi alasan basih yang dok still digunakan tak tahu zaman bila. Fikirkan semula demi kebaikan syarikat dan pekerja.
Kebaikannya kalau pekerja ke negeri sendiri, sure dia tak kan miss apa2 story coz dia sudah maklum selok-belok negerinya |
posted by . @ 3:25 PM   |
|
|
|
| Khamis, Januari 11, 2007 |
| Its my day |
I'm getting old now. How fast do i grow-up. Thanks God for still keep on me breathing in this nice and peace country, Malaysia. Today as my closed few-friends know is my 25th birthday, and although I think I reached a point several birthdays ago where turning a year older wasn’t necessarily a thing to celebrate, I’d have to say that this birthday in particular is the one I’ve been trying to stave off more than any other.
There is nothing even remotely redeeming about turning 25; it doesn’t come with special privileges, and there isn’t even a “turning 25” section in the birthday section at...dunno! It’s totally forgettable, and the only purpose it serves it to remind me that I’m inching ever closer toward death.
I guess I’m scared more than anything, not of getting old, necessarily, but of what could possibly happen to me in this 25th year. I honestly thought my life couldn’t get any more hectic than when I was 22, and then I turned 24 and all HELL broke loose: I got a jobs then my bos ask me to moved to Kelantan, I lived alone here, no friends, AND I prepared to send my tenderer as soon as i dunno when... arghhhhhh! |
posted by . @ 5:52 PM   |
|
|
|
| Ahad, Januari 07, 2007 |
| Selamat datang |
WELCOME, AHLAN WAHSAHLAN, YOKOSHO MALAYSIA... Itulah ungkapan untuk para pelancong yang mengunjungi negara kita yang sinonim dengan perkataan `Malaysia turely Asia' nyanyian penyanyi wanita tersohor negara, Datin Nurhaliza.
Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM 2007) oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam sudah pasti mencipta sejarahnya yang tersendiri. Wow gempak Taman Tasik Titiwangsa dibuatnya Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita berbangga kerana kita maju lagi setapak untuk `berdiri sama tinggi duduk sama rendah' dengan negara luar apabila `terlancarnya' semalam buaian roda, Eye on Malaysia setinggi 60 meter menyamai London Eye di United Kingdom. Wah, tak perlu pergi ke sana lagi, segala-galanya ada di Malaysia. Ada berani mahu cuba? mesti try beb!
Namun, itu semua tidak bermakna sekiranya kita tidak bekerjasama menarik perhatian pelancong dengan menjaga tatasusila dan memberi layanan bermoral kepada mereka. Ini kerana pelancong-pelancong tersebut jugalah yang boleh menilai kita sekaligus memberi gambaran sebenar negara kita pada tahap mana kepada dunia mereka yang budayanya jauh berbeza.
TMM 2007 dijangka dapat menarik 20.1 juta pelancong ke negara ini beserta dengan tukaran wang asing sebanyak RM44.5 bilion. So, tunggu apa lagi jom kita sahut...!
**Eye on Malaysia berharga RM30 juta dengan kemudahan 42 gondola berhawa dingin boleh memuatkan lapan penumpang pada satu-satu masa. |
posted by . @ 4:14 PM   |
|
|
|
| Sabtu, Januari 06, 2007 |
| Ikon baru diwujud lagi |
SEKALI lagi ASTRO menampilkan program realitinya yang banyak menambat hati para penonton stesen TV berbayar pertama Malaysia itu. Kali ini dia tampil untuk mencari ikon ke-5 sekaligus mengundang para penderma yang mewah untuk mengundi.
Tetapi bagi mereka yang ingin menjadi jutawan segera atau mempunyai misi untuk mengubah dunia, adalah lebih baik anda menyertainya. Tetapi dengan syarat anda mestilah berbakat dan bersedia untuk berdepan dengan dunia hiburan yang penuh dengan cabaran psiko.
Apapun yang anda fikirkan, janganlah salah anggap dengan program reliti sebegini, ini kerana ia sebenarnya lebih banyak mendatangkan kebaikan apabila ikon yang lahir itu menonjolkan imej yang positif. Tidak semestinya apabila bergelar artis, kita harus berubah menjadi jahat.
Ikon sebenarnya boleh mengubah dunia melalui penampilan dan imej positif. Jangan risau setiap apa yang anda lakukan akan menjadi ikutan para peminat. Baik buruk itu anda yang bertanggungjawab.
Jom auditions...
13 & 14 Januari 2007 - ASTRO, Bukit Jalil 20 & 21 Januari 2007 - Selesa Hotel Johor Bahru 20 & 21 Januari 2007 - Grand Continental Alor Setar 27 & 28 Januari 2007 - Merdeka Palace Kuching 25 & 28 Januari 2007 - Berjaya Palace Kota Kinabalu 03 & 4 Februari 2007 - ASTRO, Bukit Jalil
**Pendaftaran akan dibuka mulai pukul 9 pagi hingga 1 tengahari.
Jangan lupa bawa sekali foto terkini anda bersaiz 3R, salinan kad pengenalan (KPT) dan syaratnya anda mestilah berumur 18 hingga 27 tahun pada 1 Januari 2007. Senarai Lagu Wajib yang anda boleh download katsini
Lelaki -Diari Seorang Lelaki (Pretty Ugly) -Kian (Mawi) -Dealova (Once) -Lonely No More (Rob Thomas)
Perempuan -Teman Tapi Mesra (Ratu) -Biarlah Rahsia (Datuk Siti Nurhaliza) -Langit Ke Tujuh (Sharifah Zarina) -Because Of You (Kelly Clarkson) |
posted by . @ 4:27 PM   |
|
|
|
| Rabu, Januari 03, 2007 |
| Jelajah pantai timur |
Perjalanan ke Kelantan sekurang-kurangnya mengambil masa selama lapan jam. Itupun kalau drive mengikut jalan arah Gua Musang dan purata kelajuan kenalah 90km/h. Baru cantekkk time sampai tuh. Tetapi biasalah, bila drive lapan jam tu kena juga rehat. Makan kat tepi-tepi jalan memang syok habis. Aku lantak makanan pelik-pelik yang tak pernah aku nikmati.
Ini kira 3rd time juga aku pijak bumi KB sekaligus menyahut cabaran kerjaya di sini. Sungguh mengujakan! Manakan tidak hari pertama aku dah ikut senior ke Rantau Panjang dekat dengan boder Malaysia-Thailand untuk buat tinjauan berhubung teksi dan motosikal yang turut berperanan sebagai teksi pirate :-p Suka-suka diorang masuk boder Malaysia buat duit!
Apa yang menarik minat aku, ialah warga Golok dan yang sekutu dengannya berkebolehan bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Thai tak payah cerita. Aku hanya paham kalau dia cakap `sawadikha' ataupun `kap' hehehe. Lagi, orang Cina dan India Kelantan ni punyalah fasih kecek klate hingga aku jadi malu pula nak interview diorang.
Bagi aku culture kat Kelantan ni unik. Makan nasi berlauk awal pagi adalah perkara biasa. Cuma aku tidak berapa selesa bila makan makanan yang manis-manis kat sini. Coz orang kat sini suka makanan manis-manis dan pedas-pedas. Cuma demo boleh meleleh tengok awek-aweknya yang comeh sokmo.
Ada satu masa tuh aku jalan dengan abang, kakak dan abang ipar ke KB Mall. Aku siap terlanggar baju yang tersusun rapi di rak kedai dok kerana syok tengok awek-awek yang genit dan comeh2 hehehe... Awek Thai lagi hot beb! Tangkap leleh aku dibuatnya.
Tapi itu just for fun. Kata orang kat KB apalah sangat hiburan yang ada. Jadi benda2 macam tulah yang menjadi daya penarik aku. Hampeh..
** Gambo kat klate karang aku upload |
posted by . @ 12:40 PM   |
|
|
|
| Selasa, Januari 02, 2007 |
| Aku perantau |
Hari ini merupakan hari kedua aku berada di negeri Kelantan, negeri yang penuh dengan misteri tetapi menarik! Sebelum menjejak kaki di bumi PAS ini, aku telah nekad untuk putus harapan dan berhenti dari Utusan Malaysia. Tetapi, atas nasihat senior terutama mentor aku, Abg. Syahril, aku teruskan juga perjuangan ini dengan berat hati meninggalkan kota warna-warni, KL. `Sabor jelah'...
Tetapi pemergian ku ke Kota Bharu ini bukanlah jaminan untuk aku tidak meneruskan niat aku berhenti kerja [beware]. Kalau enviroment sini memuaskan InsyahAllah adalah story aku masuk. Kalau aku senyap tu alamat hai-hai bye-bye. Bersiaplah pengurusan Utusan, sapa suruh hantar aku ke Kelantan dengan tiba-tiba. Aku tak sempat langsung bernafas di Chan Sow Lin tu.
Apa yang pasti aku akan cuba yang terbaik di sini. Sebelum itu aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kadet yang tak lekang memberi semangat terutamanya kadet-kadet semua wakakakaka...
Semalam aku sempat g sempadan Malaysia-Thailand. Syok siut tengok awek-awek Siam. Mau try atau asa berani? meh aramaiti kita sini. |
posted by . @ 4:42 PM   |
|
|
|
|
|