| Sabtu, Disember 02, 2006 |
| Aku akan kembali? |
Mungkin untuk saat ini, aku akan tinggalkan dunia ini buat sementara waktu buat anda. Tetapi bukan selamanya aku akan menitipkannya kepada kalian. Kerana sesungguhnya aku juga ingin hidup dan berjuang bersama-sama kalian dalam dunia kalian.
Dunia yang boleh menggegarkan dunia walau sepatah ayat yang ditarikan oleh jari-jemari diatas bongkah-bongkah huruf yang tidak tersusun urutannya.
Kerana saat ini aku harus memberi laluan kepada orang tua ku untuk menurunkan petua dan ilmu-ilmu yang aku tidak pelajari secara formal saat pengajianku. Sesungguhnya amat payah ku hadapi segala dugaan ini. Malah, aku harus membuat perhitungan jiwa samada menurut kata mereka atau kata masa depanku.
Biarlah kali ini aku pasrah menurut kata mereka yang arif dalam asam garam dunia. Aku pasti suatu saat akan tiba, yang aku akan kembali lagi...menyeringai buana sehingga sesak belantara, bedesing gegendang! |
posted by . @ 11:03 AM   |
|
|
|
| Jumaat, Disember 01, 2006 |
| Karenah dunia sekarang |
Sejak akhir-akhir ini banyak kes jenayah yang melibatkan bunuh di negara kita. Semalam sahaja pembunuhan kejam seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan lengkap dengan tali pusat dibuang dari sebuah bangunan flat hingga kepalanya berkecai. Anda boleh membacanya di sini. Terbaru pula, pasangan suami isteri membunuh tiga orang anak lelaki mereka dengan CLOROX. Kejam sangat manusia sekarang!
Sementara itu, selepas solat jumaat hari ini pula, adalah seorang hamba Allah ni memaki hamun seorang lagi hamba Allah kerana lupa tutup handset. Ketika itu, aku rasa semua orang kat dalam masjid tu tak kusyuk dek kerana dibuai lagu yang dimainkan rington handset hamba Allah tu. Tahu lagu apa? lagu sengau `pencinta wanita' hehehehe...
Bukannya apa, seelok-eloknya biarlah handset tu off tatkala melangkah masuk masjid. Kita solat bukannya macam orang kafir, menyanyi! Bak kata TmNet, Panggilan Allah lebih penting dari panggilan telefon [titik]
Dikesempatan ini juga sempena 1 Disember, aku nak ucapkan selamat menyambut hari Aids sedunia yang kini disambut semua orang di seluruh dunia khususnya mereka yang sememangnya menghidap penyakit ini. Elakkan persetubuhan bebas dan jauhi dadah.
Ingatlah kita ini hanyalah peminjam anugerah pemberian Yang Maha Esa. Biarlah kita menjaganya dan menghargainya sebelum ia diambil dari kita. Seelok-eloknya pulangkanlah ia sebagaimana ia pernah diberikan kepada kita tatkala kita masih dalam zuriat lagi... |
posted by . @ 10:01 PM   |
|
|
|
|
|