Kekayaan Online
Khamis, November 30, 2006
Utusan = Media Prima
Aku sedikit terperanjat apabila ada cakap2 kononnya Utusan dan Media Prima akan bergabung. Betulkah? Mungkin senior2 aku lebih arif mengenai perkara ini. Maklumat lanjut mengenai penggabungan ini, anda boleh membacanya dalam dua versi bahasa iaitu
  • Melayu
  • dan
  • English
  • . Soal baik dan buruk tu adalah urusan syarikat. Tetapi aku sebenarnya kurang bersetuju dengan cadangan itu.

    Kenapa? sebabnya Utusan Malaysia adalah sebuah akhbar ulung yang pernah menyebarkan propaganda kemerdekaan negara sebelum kita bebas sepenuhnya dari cengkaman penjajah. Sepatutnya akhbar ini bisa berdiri di kaki sendiridan ia seharusnya dijaga dan dibanggai kerana ia juga merupakan salah satu khazanah negara dan kita sebagai rakyat negara ini perlu menjaganya. Bak kata Pak Lah di
  • sini
  • dan di
  • sini
  • posted by . @ 6:50 PM   0 comments
    Sabtu, November 25, 2006
    Indecent Proposal
    Last night I was watching movie with my housemate that been played in TV3, 11pm-0130am. It was after our dinner in Pataya's restaurant about 2 miles from our house in Taman Bukit Teratai, Cheras.

    Here you are,
  • Indecent Proposal
  • . Interesting about this movie actually coz it seem like my prev life. But, i'm not even use to sell my girl as what this film did. Watch it, coz it is not the worst film I've ever seen before. However, it is my most hated film and nah here what i'm saying about this film. ambik kau...!

    It's a cliche but also true. It's just like two best friends saying "we can sleep together and still be best friends and not ruin the friendship".

    And this movie is more complicated than that, and it's about a wealthy businessman (Robert Redford) who makes an INDECENT PROPOSAL to a young poor couple (Woody Harrelson and Demi Moore) and it's an offer of one million dollars for one night with David's (Harrelson) wife (Moore).

    It's amazing what rich people do with their money, and even more so it's amazing what poor people will do for money. In this case, the couple believes they have it all figured out, NO feelings, NO mind, NO heart just her body, just sex, for the money they need for their future that could last a lifetime.

    And the saddest part is when David actually wakes up, and realized he made a terrible mistake and runs all over the hotel looking for her, and then off she goes in a helicopter with Mr. Wonderful.

    Right then and there you know what's going to happen later on. Bitter feelings, jealousy, guilt, and hating her for doing it when it's himself who he hates more for actually letting her do it.

    No man should ever sell his wife, for one night, for one minute it just isn't right even for all the money in the world if you love her, never let someone try to steal her for cash. It's sleezy no matter how you look at it.

    In this film, I guess Demi Moore is absolutely gorgeous. And there was excellent acting by her and woody, and this is a very romantic movie.

    Moral.

    A little sad here and there but a nice message about what money can do. They say money has power over people, it's evil, and greed will always get you the short end of the stick no matter what. And even doing the wrong thing for the right reason doesnt mean it will turn out ok. I rated 4 star for this film.
    posted by . @ 9:09 AM   2 comments
    Jumaat, November 24, 2006
    Bukit Bintang, Pat Pong Malaysia?
    Semalam aku kerja malam kemudian diarahkan untuk membuat tinjauan di sekitar Bukit Bintang mengenai gejala pelacuran yang semakin berleluasa. Ada juga mengaitkan kawasan tersebut kononnya dah hampir sama dengan Pat Pong, Thailand. Nah ambik kau baca kat
  • sini
  • apa yang datuk tu kata.

    Tetapi sebenarnya memang betul pun. Kawasan tu dah macam sarang pelacuran. Amoi-amoi berkeliaran plus mak nyah. Tetapi lebih dasyat bapa ayam terang-terangan offer kat aku dan tiga lagi rakan kenalan main dgn ayam2 jagaannya. Hebat tuh! aku hampir2 tertarik nak main hehehehe....

    Sayangnya bapa ayam tu DD sangat hingga aku tak sanggup nak bayar itupun duit aku lunas juga RM50 untuk pengeras kawan bawa masuk spa & kelab. Tak pelah!

    Tiada wanita pelacur ‘bersidai’ tetapi penuh dengan bapa ayam, begitulah ‘panorama’ di Bukit Bintang terutama menjelang malam.

    Kawasan Bukit Bintang terkenal dengan pusat membeli belah terkemuka yang menjadi tarikan utama para pelancong dalam dan luar negara tetapi kehadiran ramai ‘bapa ayam’ di kawasan tersebut kini mula menimbulkan tanda tanya.

    Walaupun terdapat banyak serbuan yang dilakukan oleh polis dan pihak Imigresen di Bukit Bintang sejak akhir-akhir ini namun kehadiran semakin ramai ‘bapa ayam’ di situ menunjukkan imej ‘kawasan pelacuran’ yang pernah dikaitkan dengannya suatu ketika dulu, kini mula kembali diperkatakan.

    Biar pun tiada gadis berpakaian seksi di tepi jalan atau menawarkan perkhidmatan seks kepada orang ramai yang lalu lalang, namun kehadiran ramai bapa ayam secara tidak langsung memberikan gambaran yang negatif kepada orang ramai atau pelancong yang berada di kawasan tersebut.

    Malah sewaktu melalui Jalan Bukit Bintang kira-kira pukul 11 malam tadi, wartawan Utusan Malaysia telah didekati tidak kurang daripada tiga orang bapa ayam yang menawarkan gadis-gadis untuk dilanggani.

    Salah seorang daripadanya yang memperkenalkan diri sebagai Lim berkata, mereka menawarkan `amoi-amoi’ dari Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina, China dan juga rakyat tempatan berumur lingkungan 17 hingga 30 tahun untuk khidmat seks dan urut badan.

    Katanya, pakej urut badan dan seks itu bagaimanapun bergantung kepada permintaan pelanggan kerana harga yang ditawarkan adalah berlainan.

    `` Untuk seks sahaja bayaran dikenakan adalah RM180 sejam, tetapi kalau mahu itu ‘amoi’ lepak dengan awak dari malam sampai pagi, kita ‘caj’ RM500.

    `` Tetapi kalau awak mahu `amoi-amoi’ Malaysia boleh, cuma mahal sikitlah kawan, satu jam saja RM250 sampai RM800,’’ katanya.

    Semalam Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof mendakwa kawasan di Bukit Bintang hampir menyamai Pat Pong di Thailand kerana terkenal dengan identiti pelancongan seks khususnya kepada pelancong dari kawasan Timur Tengah.

    “Baru-baru ini ketika saya membuat umrah, seorang rakan dari negara berkenaan bercakap kepada saya bahawa di Malaysia, iaitu di Bukit Bintang, pun ada (kawasan seperti) Pat Pong yang menawarkan khidmat seks.

    “Jangan jadikan Bukit Bintang sebagai Pat Pong Malaysia. Malu saya bila orang (Arab) bercakap begitu mengenai negara ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2007 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan pada sidang Dewan Rakyat semalam.

    Selepas beredar, tiba-tiba seorang lagi bapa ayam berlari ke arah kami dan turut menawarkan perkhidmatan yang sama kepada kami.

    Dia yang memperkenalkan diri sebagai Wong berkata, tidak perlu gusar kerana dia mampu
    ‘melindungi’ pelanggannya daripada serbuan pihak berkuasa.

    `` Soal keselamatan awak tak perlu risau kerana kami sudah lama dalam bisnes ini, kami pun ada pelanggan VIP,’’ ujarnya.

    Dia turut memberi jaminan pulangan wang jika `servis’ yang disediakan oleh wanita jagaannya tidak memuaskan pelanggannya.

    Kami yang tidak mengendahkan rayuan Wong kemudiannya beredar dari situ namun tidak sampai 200 meter berjalan, seorang lagi bapa ayam menghampiri kami.

    Malah dia yang memperkenalkan diri sebagai Seng turut menawarkan diskaun sekiranya kami melanggan `anak ayamnya’

    Dia juga memberi jaminan kesemua pelacur di bawah jagaannya bebas daripada penyakit kelamin.

    Walaupun kami tidak mempedulikan rayuan ketiga-tiga bapa ayam itu, namun timbul persoalan sama ada Bukit Bintang telah ‘bebas’ daripada sarang pelacuran atau kini kembali ‘hangat’ dengan kegiatan maksiat seperti mana yang diperkatakan di Dewan Parlimen semalam.

    Yang pasti kehadiran ramai bapa ayam di kawasan ini seolah-olah memberi satu mesej jelas kepada pelancong, iaitu jika mereka mahukan khidmat seks, Bukit Bintang mampu menawarkannya!
    posted by . @ 6:27 PM   0 comments
    Isnin, November 20, 2006
    Macam-macam
    Lagi sebulan lebih aku akan meninggalkan KL untuk bertugas di Utusan Kelantan. Tak tahulah nasib aku kat sana. Namun bak kata orang `jauh perjalanan luas pemandangan'. Biar ku sahut cabaran ini walaupun aku sedar kelak aku akan bersendirian di sana tanpa keluaraga & teman2.

    Semalam wedding Nana, rakan sejawat kt crime desk. Tahniah! semoga jodoh berpanjangan dan dimurah rezeki.

    Untuk parents angkat aku pula, TQ jamuan semalam yang juga merangkap open house keluarga hehehe :) Letih juga dibuatnya. Namun aku puas hati kerana semua orang bekerjasama dan bergumbiraaa lalalala...
    posted by . @ 9:37 PM   1 comments
    Sabtu, November 18, 2006
    Erti persahabatan
    Gambar dari kiri, As, Zu, Azhar (arwah), Azua, Aku & Arin - Konvo UPM 2006

    HARI ini masuk hari ke-3 teman seperjuangan ku pergi menemui Penciptanya. Dan kami beransur-ansur menerima ketiadaanya untuk terus berjuang mencapai impian sebagaimana yang pernah kami titipkan tika belajar dahulu.

    Yang jelas aku amat kagumi kecekalannya untuk membantu keluarga dan rakan2 yang seringkali menghadapi masalah, baik yang berat hinggalah yang ringan2. Sehingga pada satu tahap dirinya langsung tidak terurus dek kerana setia dan sayangnya kepada kami semua. TQ Azhar... semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh mu dan menggolongkan dirimu ke dalam golongan orang2 yang beriman dan bertakwa. (al-Fatiha)

    Perpisahan.

    Kali terakhir aku bertemu dengannya ketika awal ramadhan. Saat itu sempat juga aku memohon kemaafan baik zahir @ batin. Tetapi aku still tertanya2 punca kematiannya kerana sehingga saat ini forensik masih tidak memberi apa2 maklumat sejak kematiannya 16 Nov lepas.

    Namun, aku tetap sayu kerana sebelum ini arwah pernah banyak kali mengajak kami (course-mate) keluar berlibur kerana kebosanan dan rindu bangat. Tetapi kami semua sibuk! Tak sangka pula ajakan itu rupanya petanda yang dia akan pergi buat selamanya. Subahanallah...

    Arwah antara sahabat aku yang paling rapat. Manakan tidak, sejak dari tahun satu pengajian di
  • UPM
  • dialah menjadi teman `seroomate' aku kt KPZ. Pendek kata makan, tidur, mandi malah kemana2 sahaja kami tetap bersama termasuk dengan Azua & As sekali.

    Semalam aku sempat menghubungi keluarganya di Perak. Alhamdulillah arwah telah selamat dikebumikan petang semalam selepas solat Jumaat.

    Sebelum itu ketika diberitahu kematiannya oleh kakak sepupunya, aku sempat datang ke rumahnya di Taman Midah Ria, belakang HUKM selepas balik dari kerja pukul 9pm. Teman2 yang lain ada juga menjenguk selepas mayatnya di hantar ke bilik mayat HUKM untuk bedah siasat kira-kira pukul 12am.

    Namun kami balik pukul 2.15am selepas melihat jenazahnya dan singgah untuk minum di Maluri.

    TQ kepada rakan2 yg datang, Kacuk, Kamel, Wazir, Intan, Mark, Amy dan As. Juga abang angkat aku Din. Hanya Allah dapat membalas kebaikan korang semua.

    Buat sahabat karib ku, hingga akhir hayat InsyahAllah korang tetap jadi sahabat sejati ku...!
    posted by . @ 9:10 AM   1 comments
    Jumaat, November 17, 2006
    Ritual untuk roh Altantuya
    KUALA LUMPUR 17 Nov. _ Keluarga wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 28, yang mati ditembak sebelum mayatnya diletupkan tiga minggu lalu mengadakan upacara ritual di kawasan penemuan mayat di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam hari ini.

    Ia bagi memberi penghormatan terakhir kepada Altantuya sebelum kesemua mereka kembali ke Mongolia dalam masa terdekat ini.

    Shaariibuu Setev, 56, tiba untuk upacara itu kira-kira pukul 12.45 sambil ditemani anak saudaranya, Burma@ Amy, 28, dan Ochir,29, bagi menjalankan upacara sembahyang roh yang dilakukan oleh tiga sami Buddha dari Kuil Mahavihara, Brickfields.

    Dalam upacara tersebut, tiga sami berkenaan menabur gandum di kawasan pembunuhan Altantuya diikuti dengan pembacaan mentera.

    Shaariibuu berkata, tujuan upacara itu dilakukan bagi membolehkan roh anaknya tenteram.

    `` Ia perlu dilakukan mengikut kepercayaan agama Buddha memandangkan kami adalah penganut agama tersebut.

    `` Saya harap selepas upacara ini selesai, roh anak sulung saya itu akan berada dalam keadaan tenteram,'' katanya di sini hari ini.

    Turut hadir Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi.

    Pada 7 November lalu, mayat Altantuya ditemui dalam keadaan berkecai di tepi empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor selepas operasi mencari oleh 50 anggota forensik dijalankan di tempat berkenaan.

    Tiga hari selepas itu, cebisan tulang Altantuya dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk dipadankan dengan DNA keluarga mangsa.

    Kelmarin cebisan tulang yang ditemui itu disahkan milik Altantuya.

    Dalam pada itu, Shaariibuu dan Amy tidak henti-henti menitiskan air mata sepanjang upacara tersebut berlangsung

    Katanya lagi, kematian Altantuya disifatkannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

    Bagaimanapun dia berpuas hati dengan siasatan pihak polis yang menurutnya telus dan tidak berat sebelah ketika menjalankan siasatan berhubung kes ini.

    Sementara itu, Amy turut meluahkan rasa puas hati dan terima kasihnya terhadap pertolongan pihak berkuasa Malaysia sepanjang mereka berada di negara ini.

    Shaariibuu dan anak saudaranya itu akan kembali ke Mongolia dalam tempoh dua tiga hari lagi dengan membawa cebisan tulang Altantuya untuk disemadikan di Ulan Bator.
    posted by . @ 9:25 AM   0 comments
    Selasa, November 14, 2006
    Cabaran media
    Bukan mudah untuk bergelar seorang wartawan tersohor apa lagi menjadi wartawan jenayah. Pengalaman mengajar aku erti kehidupan dan ketekunan!

    Aku ingatkan semalam, semasa dipanggil oleh Insp.Wan sekadar untuk mendapatkan maklumat baru berhubung Altantuya. Sebaliknya kami pula terpaksa keluar statement kononnya ada maklumat yang wartawan buat tu tak betul.

    Tetapi insp. tu kata, Utusan, Kosmo! & Star tak ada masalah kecuali akhbar berbahasa lain (bukan bahasa Melayu)dan beberapa media lain yang mengaku diorang hebat sehingga nekad memburuk-burukkan kitorang kepada pembaca & penonton diorang yang tak tahu apa2.

    Tak kisahlah apa yang diorang nak buat janji kitorang tahu etika kewartawanan dan tak kacau diorang2 tu!

    Terbaru menurut
  • Bernama
  • , Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana dituduh bersubahat dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

    Abdul Razak, 46, yang mengetuai sebuah kumpulan pemikir tempatan, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

    Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

    Abdul Razak didakwa melakukan kesalahan bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Kpl Sirul Azhar Umar, 35, antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi 18 Okt lepas di tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, di sini.

    Semalam, Azilah dan Sirul Azhar, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas Bukit Aman, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam kerana dituduh membunuh Altantuya, 28, yang mayatnya diletupkan di satu kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam, tiga minggu lalu.
    posted by . @ 12:35 AM   0 comments
    Isnin, November 13, 2006
    Masih ada harapan

    10 Nov baru-baru ini, Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi mengadakan PC di pejabatnya berhubung kes yang tengah hangat sekarang ini. Time tu meja berita yang cover coz kami tak cukup orang.

    Dalam PC tu bapa Altantuya, Shaariibuu Steve , 56, yang juga merupakan pengarah di Pusat Informasi dan Pendidikan, Universiti Antarabangsa Mongolia masih lagi menaruh harapan bahawa anaknya yang mati di tembak sebelum diletupkan itu masih hidup.

    Debaran menanti keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Jabatan Kimia, PJ juga semakin terasa. Apapun kelihatan Shaariibu masih lagi terharu dengan insiden yang menimpah anaknya.

    Disini saya sertakan temubual antara media dan konsul, ayah mangsa dan sepupunya (Amy).
    posted by . @ 12:31 PM   0 comments
    Sabtu, November 11, 2006
    Minat
    Mungkin aku gila! atau mungkin juga minat aku mula memutik terhadap bidang kewartawanan jenayah. Semasa mula-mula join Utusan, aku hanya ingin kekal di meja am. Tetapi bila dah ditempatkan di meja jenayah, aura untuk terus kekal dalam meja ni 'dasyat'. Hinggakan malam tadi entah aku sanggup bermalam di Puncak Alam sampai pukul 0400am dengan rakan2 Kosmo!. Itupun nasib baik ada kejadian bakar di Chow Kit kalau tak 'on' lagi.

    Awal pagi bos aku dah call tanya kalau paper lain dapat gambar bapa Altantuya. Alhamdulillah 'aman' coz semua tak dapat. Tapi bos aku seorang lagi risau BH pakai story BPR. Aku dah jadi 'kluang man' malam berjaga pagi plak kerja awal.. Gambate kudasai !
    posted by . @ 8:36 AM   0 comments
    Jumaat, November 10, 2006
    Doa untuk Tun M

    Teperanjat aku dengan berita Tun M masuk IJN. Semoga Allah memanjangkan usianya dan kesihatannya sentiasa dalam kondusi yang memuaskan. Mengikut laporan media semalam Tun M yang kini masuk usia 81 tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) pada pukul 4.30 pagi yang turut ditemani isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

    Harap2 tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atasnya. Beliau telah banyak menabur bukti untuk bangsanya. Malah, pemimpin dunia yang lain mengkagumi kebolehannya membawa Malaysia terkenal di arena antarabangsa. Dan sebab beliau juga aku berbangga dan tidak malu lagi memperkenalkan diriku sebagai anak jati Malaysia dengan rakan2 internet aku dari luar negara. Sebut sahaja namanya, mereka kenal dan kagum dengan `auranya'.

    ** Jamuan Hari Raya Aidilfitri di pejabat Utusan Malaysia hari ini sangat merih. Terasa suasana raya pertama bila mana takbir dilaungkan...
    posted by . @ 3:27 PM   0 comments
    Bila mahaguru buka kitab

    Malam ini sekali lagi aku bekejar-kejar mendapatkan maklumat baru tentang keluarga Altantuya yang dijangka berada di bumi Malaysia malam ini. Kira-kira pukul 1050pm aku menerima panggilan daripada mahaguru juga bos aku untuk segera dengan jurufoto ke IPKKL. Aku yang blurr seketika terus menghubungi van dan foto untuk ke sana.

    Sesampai sahaja di sana, Along (RTM) gtau diorang baru sahaja lepas. Kiranya kami berselisihlah tadi dengan keluarga mangsa. Melepas... nasib baik rakan media yang lain tidak kedekut kongsi maklumat. Cuma yang aku keliru, kadang kala repoter ni bagi maklumat yang salah dengan repoter yang lain. Kejap cakap macam ni kejap pula lain. Keliru dan bengong aku dibuatnya. Tak pa ini cabaran!

    Yang pasti esok banyak follow-up kena buat.

    Time minum pagi (0210am) dengan segala mahaguru yang terdiri daripada senior2 aku (A.Syahir, A.Mus, dll) mereka kongsi segala pengalaman mereka selama bertugas menjadi repoter kat Utusan ni baik dari hal peribadi, kerja dll.

    Paling menyentuh perasaan aku ialah bila mereka buka kitab 26Dis04 iaitu tsunami paling dasyat berlaku di dekad ini. Apa yang mereka ceritakan itu adalah based on pengalaman semasa ditugaskan di sana.

    Aku ingat lagi semasa kejadian tersebut, ketika itu aku berada di Genting untuk sambutan tahun baru. Namun hati tatkala mendengar berita itu, hatiku seolah-olah kecut. Amalan masih belum cukup, sedangkan ajal seringkali mengintai. Masa tu aku seperti hilang arah!

    Ia benar-benar menginsafi diri ku... SUBAHANALLAH! ALLAHU AKHBAR.
    posted by . @ 3:17 AM   0 comments
    Khamis, November 09, 2006
    Dunia watarwan sebenar

    Sejak beberapa hari dalam minggu ini kami pasukan Jenayah Utusan amat sibuk sekali. Mana taknya takut kena skop dengan paper lain mengenai kes warganegara Monggolia yang mati ditembak sebelum diletupkan dengan beberapa butir peledak di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam (19hbOkt06) lalu.

    Sejak ia didedahkan media, aku terpaksa bekejar ke tempat kejadian dengan rakan sepasukan aku Yusnilah (Kosmo!), Sharifuddin (jurufoto)dan Pak Abu (driver Kumpulan Utusan Melayu)untuk menunggu di tempat kejadian lebih 9 jam dengan harapan dapat maklumat daripada forensik (hari pertama mereka menjalankan misi pencarian cebisan-cebisan mayat Altantuya Shaaribu, 28).

    Namun, penantian kami selama berjam-jam itu tidak berbaloi kerana kami ditinggalkan forensik tanpa sepatah haram. Lantas kerana tanggungjawab sosial ingin mendedahkan kepada publik apa yang berlaku sebenarnya, kami daki juga bukit itu yang jaraknya 2KM dari jalan besar.

    Letih teramat sangat! Mana taknya, niat hari tu nak puasa sunat terpaksalah aku berbuka awal. Sesampai sahaja kami di lokasi di mana Altantuya diletupkan, bau seperti daging hangus menusuk-nusuk hidung kami. Kejam sangat manusia berpelajaran tinggi masa kini!

    Lebih kurang pukul 6.30 petang kami kembali semula ke ofiz untuk ketuk story. Di pertengahan jalan menuju ofiz, hujan pula semakin lebat seolah-olah marah dengan kejadian bunuh kejam ini. Petir sambung menyambung malah banjir semakin menenggelami jalan menuju ke Parlimen. Otak aku pula bagaikan nak pecah dek kerana terlalu lama menunggu di tempat kejadian.

    Alhamdulillah selamat juga kami balik ofiz. Esok, yang pasti bos aku sudi berkongsi byline dengan aku disini. Dan untuk seterusnya tugas kami mungkin lebih mencabar kerana kes bunuh ini penuh dengan teka teki
    posted by . @ 11:52 PM   0 comments


    Siapa Aku?

    Blog aku tulis
    Bebaskan Suara
    Tinta Lepas
    Arkib
    Borak

    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x

    Aku Baca Blog Si..
    Media
    Online TV
    Komuniti
    Artis VS Penulis
    Tutorial
    Portal
    Muat Turun
    Artikal
    Powered by


    Blog saya bernilaiRM11,307,840.
    Berapa nilai blog anda?

    Web Terbaik Malaysia
    Ukhwah.com :: Top Blog My Blog Juice
    Powered by IP2Location.com
    Locations of visitors to this page Page copy protected against web site content infringement by Copyscape Free Blogger Templates Subscribe to RSS Feed Subscribe in NewsGator Online EatonWeb Blog Directory
    Michael Buble Lyrics
    Michael Buble Music Codes
    Music Codes by SongArea.com