Kekayaan Online
Rabu, September 27, 2006
Demi kerja
Kejamnya bos aku... begitulah luahan rakan setugas aku seorang jurugambar ketika mendapat tugasan baru pada petang semalam di Sungai Buloh. Terdetik di hati ku benar juga kata-katanya. Apa tidaknya, kurang 15 minit lagi kaum muslim akan berbuka puasa, kami ditugaskan pula untuk cover kes papan iklan jatuh sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan menuju ke Kepong itu.

Namun, demi tugas dan atas dasar tanggungjwab sosial, kami relakan walaupun terpaksa berbuka puasa di atas motor dengan sebiji kurma setiap seorang. Itulah pengalaman pertama aku berbuka dalam keadaan sedemikian yang boleh dikatakan setakat nak membatalkan puasa jer (berbuka pada waktunya.

Sebenarnya semalam aku ditugaskan ke Penjara Kajang untuk majlis berbuka puasa bersama-sama menteri KDN. Tetapi batal atas sebab-sebab tertentu. Lebih malang lagi abang angkat aku yang aku ajak bersama-sama ke majlis itu terpaksa balik kehampaan walaupun sudah di pertengahan jalan di Pandan Indah, KL. (Thanks uchu) hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik mu. Apapun terima kasih kepada bos aku (A.Shahril) yang bagi aku options untuk tidak ke Penjara Kajang. (bukan tak mahu tapi jauh dan jam)

Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-empat berpuasa. Semoga puasa kali ini mabrur hendaknya. Disini aku selitkan sedikit puasa Rasulullah ketika bulan Ramadhan yang aku copy dari suami kakak angkat aku di JB. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua;

Rasulullah s.a.w. adalah role model atau idola kemakmuran.

1].Amalannya:
Amalan yang disukai oleh Rasulullah s.a.w. ialah yang terus menerus
(istiqomah) sekalipun sedikit.
(Riwayat Termizi dan Nasa`i daripada Aisyah dan Ummu Salamah.)
2].Tahajjud:
Rasulullah s.a.w. bangun menghidupkan malam(Tahajjud) hingga bengkaklah
kedua kaki baginda.
(Riwayat Bukhari,Muslim,Termizi.Nasa`i,Ibnu Majah kepada Mughirah.)
3].Puasa:
Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.
(Riwayat Ibnu Majah).
4].Pakaian:
Adalah pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w. ialah gamis.
(Riwayat Abu Daud,termizi,Hakim aripada Ummu Salamah).
5].Berserban:
Apabila Rasulullah s.a.w. berserban ia akan melabuhkan ekor serbannya
antara dua bahunya.
(Riwayat At-Termizi daripada Ibnu Umar).
6].Bertemu:
Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mendatangi rumah seseorang, ia tidak
akan menghadap dihadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri
disebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan,Assalamualaikum,
Assalamualaikum.
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah Ibnu Bisr).
7].Sujud Syukur:
Apabila Rasulullah s.a.w. didatangi dengan berita yang mengembirakan
hatinya, baginda akan terus sujud sebagai tanda syukur pada Allah s.w.t.
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah).
8].Berbaring:
Apabila Rasulullah s.a.w. hendak berbaring(tidur), beliau akan
meletakkan tangan kanannya dibawah pipi kanannya.
(Riwayat Tabrani daripada Hafsah).
9].Makan:
Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau makan tengah hari baginda tak
akan makan malam lagi dan jika beliau makan malam beliau tak akan makan
tengahari.
(Riwayat Abi Na`im daripada Abi Sa`id).
10].Berwudhuk:
Apabila Rasulullah s.a.w. berwudhuk, baginda akan menyelati janggutnya
dengan air.
(Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar).
11].Ketawa:
Apabila Rasulullah s.a.w. ketawa, baginda meletakkan tangannya diatas
mulutnya.
(Riwayat Bughawi daripada Walid Murrah).
12].Istighfar:
Apabila Rasulullah s.a.w. menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun
meninggalkannya, baginda akan beristigfar sebanyak sepuluh hingga lima
belas kali.
(Riwayat Ibnus Sinni daripada Abi Umamah).
13].Berani:
Adalah Nabi S.a.w orang yang paling baik,paling pemurah dan paling
berani.
(Riwayat Bukhari,Muslim,Termizi dan Ibnu Majah dari Anas).
14].Benci Dusta:
Adalah perangai yang sangat dibenci olehnya(Nabi s.a.w.) ialah dusta.
(Riwayat Baihaqi dari Aisyah).
15].Marah:
Apabila Rasulullah s.a.w. marah dan baginda dalam keadaan berdiri
baginda akan duduk,dan jikalau sedang duduk baginda akan berbaring,
hingga hilanglah marahnya.
(Riwayat Tabrani daripada Ibnu Mas`ud dan Ummu Salamah).
16].Beri salam pada kanak-kanak.
Apabila Rasulullah s..a.w. lalu dihadapan anak-anak,Rasulullah s.a.w.
akan beri salam.
(Riwayat Bukhari kepada Anas).
17].Memotong Kuku:
Rasulullah s.a.w. memotong kuku dan mengunting misainya pada hari jumaat
sebelum keluar sembahyang.
(Riwayat Baihaqi kepada Abi Hurairah).
18].Menerima berita:
Apabila Rasulullah s.a.w. didatangi dengan berita yang
mengembirakannya,baginda akan berkata "Alhamdulillahillazi bi
ni`matihi tatimmus solihat", dan apabila baginda didatangi berita buruk,
baginda akan berkata"Alhamdulillahi`ala kulli hal".
(Riwayat Ibnus Sinni dan Hakim daripada Aisyah).

Wallahualam...
posted by . @ 9:17 AM   0 comments
Selasa, September 26, 2006
AS, Israel hampa, EU bersikap terbuka


WASHINGTON: Presiden George W Bush semalam menegaskan tidak akan
bekerjasama dengan pergerakan Hamas yang meraih kemenangan besar
pilihan raya Palestin, selagi kumpulan itu tidak menamatkan
perjuangannya memerangi Israel - sekutu utama Washington.

AS sendiri turut menyenaraikan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.

"Sebuah parti politik yang berwibawa perlu membuktikan sikap
perdamaian, yang saya anggap dapat memastikan keamanan," katanya
dalam temubual dengan Wall Street Journal yang disiarkan semalam.

"Anda sendiri dapat bayangkan bagaimana saya dapat berurusan dengan
Hamas jika mereka berkuasa. Jawapannya, sudah pasti tidak
sehinggalah ia mengumumkan menamatkan perjuangannya menghancurkan
Israel. Jika itu berlaku, barulah kita akan berurusan dengannya,"
tegas Bush.

Di Baitulmaqdis, pemangku Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert
semalam berkata kerajaannya tetap tidak mempercayai tampuk
pemerintahan Palestin jika Hamas berkuasa.

Di Brussels, badan eksekutif Kesatuan Eropah (EU) menyuarakan
kesediaannya bekerjasama dengan kerajaan baru Palestin, asalkan ia
berhasrat meneruskan usaha damai bagi meleraikan konflik Asia Barat.

"Kita sanggup bekerjasama dengan kerajaan Palestin yang berazam
meneruskan usaha dengan cara keamanan," kata Pesuruhjaya Hubungan
Luar EU, Benita Ferrero-Waldner memberitahu Jawatankuasa Hal Ehwal
Luar Parlimen.

Ulasannya dibuat ketika laporan menyatakan pergerakan Hamas
mendahului Parti Fatah yang memerintah, dalam pilihan raya Parlimen
Palestin.

"Ini bukan soal parti politik...tetapi hak asasi manusia, undang-
undang dan prinsip demokrasi," kata Ferrero-Waldner. – AFP/AP
posted by . @ 4:40 PM   0 comments
Kita di hina lagi

KUALA LUMPUR, 15 Ogos - Umat Islam melahirkan rasa kesal terhadap tindakan stesen
televisyen swasta, NTV7 menyiarkan secara langsung slot kehebatan dan cara menghidang wain dan champagne dalam rancangan 'The Breakfast Show' pada jam 9.30 pagi tadi.

Umat Islam kesal di atas sikap stesen televisyen itu yang tidak menghormati perasaan
dan sensitiviti penonton yang beragama Islam. Rancangan tersebut dikendalikan oleh
dua pengacara terkenal iaitu, Daphne iKing (bukan Islam) dan Nazarudin yang beragama Islam.

Antaranya Daphne kelihatan berbangga-bangga kerana dapat meneguk minuman haram
tersebut dan mengatakan ia hebat dan menawarkan pengacara Islam tersebut untuk
minum bersama, katanya.

"Akhirnya, beliau (Daphne) menghina pengacara Islam dengan mengatakan "Kau minum
Ribena ajelah" (dialih bahasa ke bahasa Melayu). Ini sesuatu yang amat memalukan
kerana ia disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh ramai penonton khususnya
kanak-kanak dan orang dewasa yang beragama Islam.

Sehubungan itu diminta kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Penerangan supaya
mengambil tindakan tegas di atas sikap pemilik stesen televisyen tersebut. Kerajaan juga diseru turut mengambil tindakan ke atas pengacara dan artis yang tidak tahu menghormati sensitiviti majoriti penonton Islam dan aspirasi kerajaan. Sikap berdiam diri kerajaan akan memberi ruang kepada rancangan-rancangan lain untuk terus berani menguji kesabaran umat Islam di Malaysia.

habis//
posted by . @ 1:17 PM   0 comments
Jumaat, September 22, 2006
Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum... rasanya dah lama aku tak masuk apa-apa info dalam blog ni. Bukannya apa, cuma aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja luar selain kerja harian aku. Apapun untuk masa-masa akan datang maybe tidak akan missed apa-apa story lagi. Cuma satu nak bagitahu cabaran aku kali ini, ialah bagaimana nak tulis story crime coz sekarang aku kat crime desk dah bukan lagi kat news.

Bagaimanpun bagi anda yang ada story mengenai current news, tiada masaalah fowrd kat aku sahaja. InsyaAllah kalau story tu menarik boleh la aku buat story tu sama ada jadi news atau rencana untuk di publish kat UM.

Sebelum terlewat aku nak ucap selamat menyambut bulan al-Mubarak yang akan kita sambut Ahad ini kalau tiada aral melintang. Tetapi just nak mention Penyimpan Mohor DiRaja dah umumkan tarikh melihat anak bulan adalah jatuh pada hari ini serentak di semua negeri seluruh Malaysia.

** Semoga ibadah kali ini benar-benar mabrur. InsyahAllah amin...
posted by . @ 5:53 PM   0 comments


Siapa Aku?

Blog aku tulis
Bebaskan Suara
Tinta Lepas
Arkib
Borak

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Aku Baca Blog Si..
Media
Online TV
Komuniti
Artis VS Penulis
Tutorial
Portal
Muat Turun
Artikal
Powered by


Blog saya bernilaiRM11,307,840.
Berapa nilai blog anda?

Web Terbaik Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog My Blog Juice
Powered by IP2Location.com
Locations of visitors to this page Page copy protected against web site content infringement by Copyscape Free Blogger Templates Subscribe to RSS Feed Subscribe in NewsGator Online EatonWeb Blog Directory
Michael Buble Lyrics
Michael Buble Music Codes
Music Codes by SongArea.com