| Khamis, Jun 29, 2006 |
| Belia Benci Dadah |

Ramai diantara kita yang masih lagi tidak menyedari dan memahami tentang bahaya dadah kepada diri sendiri dan negara. Walaupun banyak pihak yang tampil mengusul isu ini saban waktu khususnya dikalangan muda-mudi di negara ini, namun ia tetap menemui jalan buntu dalam menanganinya.
Persoalannya kenapa gejala dadah ini semakin menjadi-jadi? Siapa yang harus dipersalahkan?
Bagi saya, semua pihak haruslah bertanggungjawab. Ini kerana, perkara sebegini melibatkan sejagat. Jika sebelah pihak sahaja yang 'bertepuk' ia sudah tentu tidak memberi apa-apa impak atau 'respons'.
Pengalaman saya hari ini di Rumah Pengasih iaitu institusi pemulihan persendirian yang telah diwartakan yang terletak di atas tanah rezab milik kerajaan seluas enam hektar di Jalan Syers, Bukit Tunku, Kuala Lumpur, sedikit sebanyak memberi keinsafan pada diri saya. Sekaligus berjanji pada diri untuk menjahui apa-apa yang berkaitan dengan dadah.
Ramai diantara penghuninya adalah dari kalangan remaja yang merupakan pelapis negara pada masa akan datang. Bayangakan sahaja dari setiap enam jam sekurang- kurangnya dua orang atau lebih penagih akan 'dilahirkan' di negara ini. Masyah'Allah, tak taulah apa akan jadi jika ia tidak dibendung.
Dalam pada itu, ketika ditugaskan 'cover' berita mengenai pelancaran rancangan Ikhlas 3 (kesinambungan dari Ikhlas 1&2), terbitan Metronews yang akan ditayangkan di RTM,TV2 pada pertengahan Julai ini, saya difahamkan empat hari yang lepas salah seorang penghuni pusat itu telah meninggal dunia akibat AIDS akronim bagi acquired immune deficiency syndrome (sindrom kurang daya tahan penyakit) iaitu penyakit atau keadaan yg dianggap disebabkan oleh sejenis virus yg menjadikan sel-sel putih dlm tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya drpd serangan penyakit.
Pada waktu itu juga saya baru menyedari rupa-rupanya saya berbual dengan pesakit AIDS. Sedih mendengar ceritanya!
Masih terngiang-ngiang ditelinga ku setiap perkataan yang diungkapkannya. Tetapi yang lebih sedih apabila dia pernah ditegur dan dimarahi kerana tidak menggunakan pakaian khas ketika membantu menyempurnakan mayat seorang pesakit AIDS. Teguran itu sebenarnya bagi mengelakkanya dari dijangkiti virus AIDS.
Namun dengan slamba dia menjawab, dia tak perlukan baju pelindung itu kerana dia juga menghidap penyakit itu. Apa yang saya faham cara dia bercakap seolah-olah dia sudah tidak ada pilihan dan maut sahajalah yang akan menantinya. Cuma menunggu masa dan ketika sahaja.
Saya tahu daripada cara dia bercakap dia berpuas hati kerana, dia sempat bertaubat dan berbakti di pusat itu. Sekurang-kurangnya pengalamannya dapat dikongsi bersama.
Justeru, untuk muda-mudi ayuhlah sama-sama menjaga dan membangunkan agama, bangsa dan negara. Jangan leka dan lalai, marilah menuju ke puncak jaya.. Banyak lagi tanggungjawab yang belum kita sempurnakan. Jauhi dadah, jauhi maksiat!
:.BELIA BENCI DADAH.: |
posted by . @ 6:51 PM   |
|
|
|
| Selasa, Jun 27, 2006 |
| Diagnosa Genetik - Hukumnya? |

Penghasilan 'bayi rekaan' iaitu merancang jantina serta ciri-ciri fizikal bayi yang masih di dalam rahim melalui 'Diagnosa Genetik Pra-Implantasi' telah lama diamalkan oleh masyarakat di barat. Penerangan itu menarik minat kita untuk mengharap agar bila mana kita mendapat anak peluang kita mengubah sesuatu pada genetik anak melalui kaedah ini sangat tinggi.
Persoalannya adakah kaedah itu baik atau bersesuaian dengan kita. Atau dalam erti kata lain adakah perbuatan itu tidak melanggar hukum alam? Jika ditanya pendapat saya, ia memang jelas melanggar hukum. Kenapa? Dalam al-Quran, Surah Ali 'Imran, Ayat 6, yang antara lain maksudnya: " Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Soal fatwa atau kesahian haram dan halal itu Wallahualam.. Namun, terdapat juga kebaikan untuk teknologi ini khususnya bagi bayi yang di kesan berhadapan dengan kecacatan mental dan fizikal jika dilahirkan. Tetapi ini adalah pengecualian. Kerana teknologi ini membantu walaupun tidak sepenuhnya membetulkan genetik bayi yang akan dilahirkan.
Cuma apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah Allah S.W.T telah berjanji menjadikan manusia sebaik-baik makhluk tetapi, kenapa kita sebagai hambanya masih tidak berpuas hati? Tepuk dada tanya iman.... Untuk maklumat lanjut sila KLIK Di SINI
*** Saya bukanlah baik sangat tetapi bersama-samalah kita saling pesan berpesan. |
posted by . @ 7:21 PM   |
|
|
|
| Isnin, Jun 26, 2006 |
| Generasi Baru Utusan Malaysia |

26 Jun - Rasanya telah lama aku tidak mencoretkan apa-apa dalam blog aku ini. Yelah selepas praktikal kat Utusan tahun lepas, aku lansung tidak berpeluang untuk melayari internet. Bukanya tak ada kemudahan tetapi, wireless aku buat perangai. Malas aku nak repair lagi.
Tetapi untuk yang terbaru ni, aku dah kurang menumpukan kepada mengaut keuntungan dalam web. Bukannya apa, jenuh nak peroleh pendapatan yang setimpal dengan usaha kita.
Jadi, biarlah blog ini aku jadikan wadah untuk aku mencoretkan apa-apa sahaja yang aku nak. Cuma nama " Kekayaan Online" itu aku tetap akan kekalkan kerana keUNIKAN namanya yang anda sendiri tidak pasti apa bendalah yang unik sangat tu.
Anyway, selamat bertemu kembali dan bergembiralah hehehe....
Gambar: Dari kiri |
posted by . @ 6:21 PM   |
|
|
|
|
|