| Khamis, Februari 23, 2006 |
| Free Radio Streaming |
Jika sebelum ini anda sibuk dengan kerja-kerja harian anda yang sangat menyebalkan. Apa kata jika anda "merilekskan tension" anda dengan melayari laman web Putra Fm yang diiktiraf sebagai stesen radio digital kampus yang pertama di Malaysia.
Sebenarnya Putra FM merupakan stesen radio milik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan terletak di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Untuk keterangan lanjut berkenaan stesen radio digital pertama ini sila klik pada gambar berikut ini....
 |
posted by . @ 1:18 PM   |
|
|
|
| Selasa, Februari 21, 2006 |
| Program Affiliate |

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana program menjana wang melalui online boleh membawa banyak keuntungan. Jika sebelum ini anda melihat kandungan blog saya kebanyakannya mengenai kehidupan sehari-harian saya yang membosankan.
Tetapi kali ini saya ingin berkongsikan tentang program menjana wang hanya dengan menyertai laman web tertentu yang menawarkan program seumpama ini hanya dengan mempromosikan laman web mereka kepada teman-teman anda dan sesiapa sahaja yang melayari web/blog/Myspace , Friendster , Blogdrive , Ringo, Photoblog atau apa-apa sahaja.
Caranya mudah sahaja, anda pelu menjadi affiliate mereka. Jika anda berjaya menyakinkan pelawat laman web yang anda promosikan, sudah tentu anda akan menerima komesyen. Tidak kurang juga ada sesetengah web yang menawarkan bayaran hanya dengan sekali klik url mereka ataupun membaca artikal mereka.
Namun, buat masa sekarang saya masih lagi dalam tempoh percubaan sekaligus mengkaji tentang progarm ini. Harap anda semua dapat memberi kerjasama dan cubalah explore sendiri untuk mengetahuinya...
GOOD LUCK!!! |
posted by . @ 6:09 PM   |
|
|
|
| Ahad, Februari 19, 2006 |
| MENJANA WANG sederas TSUNAMI |

Pada mulanya saya rasa site ni menipu sahaja. Tetapi setelah membaca beberapa artikal melalui buku FORMULA TSUNAMI WANG yang di beli oleh rakan saya, saya mula tertarik. Bukan sebab apa, CUMA hanya dengan bermodalkan RM50 SAHAJA, itupun duit boleh claim kalau rajin usaha.
Yelahkan kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. RM50 tu tujuannya untuk membeli buku FORMULA TSUNAMI WANG yang juga menyediakan tips-tips bagaimana menjana wang dengan hanya melayari web site tertentu. Tetapi janganlah anda berniat semata-mata memiliki buku FORMULA TSUNAMI WANG kerana nak menjana wang untuk menjadi jutawan segera.
Yang penting sekali niat anda kerana hendak ilmu yang terdapat dalam buku FORMULA TSUNAMI WANG. Saya pasti kita semua akan beroleh kejayaan.
SEMOGA BERJAYA... dengan ilmu yang terdapat dalam buku FORMULA TSUNAMI WANG hasil karya,
Mohd Akmal bin Ariff Formula Tsunami Wang Luar Biasa Pengarah Urusan Success Streams Education |
posted by . @ 4:29 PM   |
|
|
|
| Rabu, Februari 15, 2006 |
| Interview |

Hari ini macam biasalah aku kerja tetapi sampai pukul 1pm sahaja sebab pukul 2pm aku ada temuduga pertukaran pelajar ke Jepun. Harap berjaya "Gambate Kudasai Rakisu San".
Aku berharap sangat untuk pergi ke Jepun. Tetapi yang merisaukan aku tahun ni aku dah habis belajar means tibalah masa untuk aku cari kerja. Kalau dapat kat Utusan ni memang sedaplah.
Tunggu dan lihat sahaja bagaimana.. |
posted by . @ 12:05 PM   |
|
|
|
| Isnin, Februari 13, 2006 |
| Hari Kekasih |
Ketika orang lain berkasih-kasihan aku pula berkasih-kasih dengan komputer kesayangan aku. Almaklumlah terpaksa juga kerja. Buat kekasih ku, kalaupun valentines day tak wujud, kita tetap saling menyintai.
Hari ni aku tak de assignment!
Selamat Hari Kekasih Semua... |
posted by . @ 5:53 PM   |
|
|
|
|
| Sambutan Thaipusam |

THAIPUSAM merupakan salah satu festival yang disambut oleh masyarakat Hindu di Malaysia. Walau bagaimanapun, seluruh masyarakat Malaysia juga menyambutnya dengan penuh kemeriahan. Lihat sahaja gambar di atas betapa sesaknya kawasan di Batu Caves. Melayu, Cina dll juga meraikannya.
Apa yang penting sebenarnya di kalangan penganut Hindu, kedatangan upacara Thaipusam membawa satu kesedaran iaitu penghambaan diri kepada Tuhan yang mereka pohonkan melalui dewa Muruga untuk mencapai apa yang dihajati disamping kesejahteraan hidup.
Semoga kita juga seluruh rakyat Malaysia bertambah aman dan makmur....Selamat menyambut Thaipusam untuk kaum Hindu Malaysia dan seluruh dunia. |
posted by . @ 1:41 PM   |
|
|
|
| Isnin, Februari 06, 2006 |
| Pening |
Aku tak tahulah nak buat apa lagi. Masaalah bertimbun tetapi jalan penyelesaian aku buntu. Kan bagus kalau masaalah tidak ada, tidaklah aku pening macam sekarang. Masaalah apa, akupun tak pasti.
Bukannya apa aku cuma malas nak kongsi dengan orang lain. Yelah hanya aku yang boleh selesaikan masaalah sendiri. Bukannya sesiapa!
Semoga ia cepat berakhir... |
posted by . @ 11:26 AM   |
|
|
|
| Sabtu, Februari 04, 2006 |
| Cantik |
Aku sangat teruja coz hari ini my senior kat Utusan ni tolong aku buat story yang aku dah buat tetapi still kena reject. Hampeh!
Sejak dari mula lagi aku praktikal kat Utusan ni aku dah memang syok kat dia. Almaklumlah kecantikan yang dia ada nampak asli. Malah dia bukanlah jenis yang suka menunjuk-nunjuk walaupun dia bolehlah dikatakan berduit jika dibandingkan dengan aku ni.
Aku paling suka dia apabila senyum dan gelak. Lawa siut.....
Tetapi aku tak sesuai dengan dia bukan sebab perbezaan umur. Mungkin sebab dia berduit kut...
Hayoo... jiwang pula... apapun aku memang kagumi kecantikannya yang asli... |
posted by . @ 6:49 PM   |
|
|
|
|
|