Kekayaan Online
Sabtu, Januari 21, 2006
Kerja
Seperti biasa aku kerja walaupun hujung minggu. Assignment hari ini tentang PERKESO yang enggan meluluskan keilatan seorang lelaki yang menghidap diabetis. Sebenarnya lelaki itu datang dari Johor ke Utusan Malaysia semata-mata ingin mendapatkan haknya. Akulah yang buat story tentang perkara itu.

Tapi aku sedih pula pasal hari ini aku ada gethering dengan mamber lama. Semua orang datang. Cuma aku terpaksa tunggu berita aku release yang tak realese2 lagi. Dalam pun aku sibuk aku sempat pula menghubungi adik aku bertanyakan khabar mereka di sana.

Friendster aku dah update...
posted by . @ 8:16 PM   1 comments
Khamis, Januari 19, 2006
Press Nite



Rasanya sudah berapa hari aku tak buat apa-apa dalam jurnal ni. Almaklumlah asyik sibuk dengan tugasan. Kalau cuti pun saja menyibukkan diri. Cuma aku hairan ada sesetengah repoter yang rajin sangat datang office. Aku pun patut tunjukkan effort seperti itu kut.

Pagi tadi assignment di Grand Palza Parkroyal, KL, jln. Sultan Ismail pasal majlis penyerahan cek "Chrismas bear charity tree" kepada tiga orang kanak-kanak kronik dan rumah kebajikan Yayasan Sunbeans. Aku pastilah datang awal seperti biasa.

Selepas story aku siap, aku dapat assignment daripada OC aku, yang kami akan pergi ke Press Nite... cayalah. Tapi aku tak pasti lagi sama ada membosankan ataupun tidak. Seperti yang aku dengar daripada senior-senior aku boleh tahn jugalah. Tak taulah apa maksud mereka boleh tahn tu...?

Apa-apa hal aku pergi juga hopefully takdelah seperti apa yang aku jangkakan... Dekat je kat Mines Wonderland kat Serdang....
posted by . @ 5:22 PM   1 comments
Ahad, Januari 15, 2006
Cuti
Kerja sehari atau dua hari selepas tu aku akan bercuti. Begitulah kerja aku setiap hari semenjak berpraktikak du Utusan ni. Memang seronok dunia wartawan. Kata orang buat kerja biar dengan minat bukan kerana terpaksa kelak hasilnya tidak memberansangkan.

Biasa masa cuti aku akan buat tinjauan sekitar KL kalau pun tidak aku akan ke KLIA lepak dengan member sekerja dulu.

Assignment hari ini berkenaan Mingguan Malaysia melancarkan wajah baru di Plaza Tol Jalan Duta, KL yang menyebabkan aku kehilangan hampir RM 30.00 kerana bayar tambang teksi. Sabar jelah....

Untung masa balik boleh tumpang senior (photographer, Rahman) siap bos-bos (Pengarah Eksekutif Kump. Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Pengurus Besar Pemasaran dan Pengedaran Kump. Utusan, Zulfifli Bakar) belanja lunch kat Nasi Kandar dekat coloseum, kl.



Esok aku cuti...
posted by . @ 8:05 PM   1 comments
Jumaat, Januari 13, 2006
Luahan 9
Sebelum ini aku mememang bercita-cita ingin menjadi seorang doktor. Entah bagaimana aku tercampak dalam bidang penulisan ini. Mungkin sebab ketandusan dorongan daripada keluarga aku yang rata-rata tidak berpendidikan tinggi. Kalau adapun mememang boleh dihitung dengan jari.

Namun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang. Ini pun atas dorongan keluarga aku juga walaupun pada asasnya aku mampu memotivasikan diri sendiri. Kata orang biar berdiri di kaki sendiri.

Sebab itulah selesai sahaja form six aku tidak pernah meminta pertolongan sesiapa pun pasal bab mencari kerja. Hasilnya aku berjaya...

Opss.. aku merapu dah.. untuk lebih lanjut berkenaan tugas-tugas seorang wartawan, aku sertakan beberapa artikal yang korang boleh browse melalui laman aku di SINI.

Semoga anda yang berminat dalam bidang kewartawanan ini, bertambah-tambah lagi semangat anda apabila membaca artikal yang telah aku muatkan.

*** Hari ini langsung tiada assignment...
posted by . @ 3:26 PM   0 comments
Risau 1
Pagi ni gembira sangat coz story yang aku buat semalam keluar hari ini dalam ruangan "Dalam Negeri". Oklah walaupun tak ada byline, aku tetap happy. Kata senior aku yang juga baru akt sini, yang penting berita keluar tak apa kalau tak dapat byline. Sebagai wartawan, kami hanya mencari dan menulis berita terpulang kepada editor nak keluarkan ke tak.

Oh ya, setakat ni story aku yang dah keluar dah lima selama hampir dua minggu aku bermagang kat Utusan ni. Overall oklah walaupun kekadang tertekan. Tapi sebab aku suka bidang ini, segala-galanya dapat aku atasi. (Alhamdulillah)

Hari ini tak tau pula assignment pasal apa. Rasanya aku kena buat press-realese lagi kut. wakaka... selamat duit aku yang tinggal rm10. Alamat tak makan aku kalau duit ni juga habis. Esok kut duit yang aku bank-in semalam masuk kat akaun aku yang selalu gak susut dek tak cukup duit.

Hutang dahlah banyak hampir 25 ribu. Mujur boleh bayar ansur. Maklumlah aku orang susah jadi untuk meneruskan kesinambungan pengajian aku, semestinyalah buat pinjaman. Kalau tak, masih lagilah aku di takuk yang lama. Yang pasti aku tak kan dapat membahagiakan ibu bapa dan adik-beradik aku yang kebanyakannya dah dewasa.

Syukur ada PTPTN kalu tak, ke nayah aku kekeringan. Apa pun semoga aku gred tahun ini...
posted by . @ 11:01 AM   0 comments
Rabu, Januari 11, 2006
My Birthday
My Birthdate: January 11
Spiritual and thoughtful, I'm tend to take a step back from the world.
I'm very sensitive to what's going on around me, yet I remain calm.
Although I'm are brilliant, it may take me a while to find my niche.
I'm creativity is supreme, but it sometimes makes it hard for me to get things done.

->I'm strength: Your inner peace
->I'm weakness: You get stuck in the clouds
->I'm power color: Emerald
->I'm power symbol: Leaf

My power month: November

You Are 31 Years old
Under 12: I'm are a kid at heart. I'm still have an optimistic life view - and i look at the world with awe.

13-19: I'm are a teenager at heart. I question authority and are still trying to find your place in this world.

20-29: I'm are a twentysomething at heart. I feel excited about what's to come... love, work, and new experiences.

30-39: I'm are a thirtysomething at heart. I've had a taste of success and true love, but I want more!

40+: I'm are a mature adult. I've been through most of the ups and downs of life already. Now I get to sit back and relax
posted by . @ 6:42 PM   1 comments
Selasa, Januari 10, 2006
Hari Raya Qurban


Allahu Akhbar... Allahu Akhbar... Allahhu Akhbar...

Itulah laungan suci di pagi raya Aidiladha yang aku sambut di Kuala Lumpur. Sebelum pergi kerja aku sempat juga untuk pergi Masjid di Pandan Indah bersama-sama housemate aku menunaikan solat Aidiladha.

Selesai solat aku dan housemate makan di kedai makan mamak. Sedihkan sebab time ni sepatutnya makan rendang ataupun ketupat. Kalau tidakpun di tempat aku di Semporna, Sabah pasti ada yang buat jamuan makan yang menjadi kemestian setiap daripada kami.

Rindu masakan mak, bapa, kakak dan adik yang sangat pandai masak pelbagai masakan. Cuma aku kurang pasti sama ada masakan melayu, keluarga aku tahu memasaknya. Sabar...

Hari ini assignment aku pasal tinjauan perkhidmatan LRT STAR dan PUTRA yang dikatakan bermasaalah dan seringkali lewat sebagaimana yang dilaporkan oleh Pemuda Gerakan. Lokasi assignment aku pilih di KL Central (korang boleh tengok peta kat laman ni di bahagian bawah, just klik) sebabnya semua pengguna train ada kat sana.

Aku siap ketuk berita dalam pukul 5.00pm. Tak pasti bila pula akan balik.

Bagaimanapun, aku doa semoga Hari Raya Qurban tahun ini tidaklah bertambah-tambah manusia terkorban sepanjang tahun 2006 ini.

*** PEACE World....
posted by . @ 5:41 PM   0 comments
Isnin, Januari 09, 2006
Syahdunya...
Esok Muslimin-muslimat akan bertakbir menandakan "Aidiladha" berkunjung tiba. Tapi yang sedihnya malam ni aku akan bertakbir seorang-seorang. Lagilah esok aku akan kerja whuwaa... sedihnya.

Tapi aku dah biasa dengan semua ni. Tak ada maknanya aku nak nangis-nangis. Pun begitu sebak juga sebab semua member dengan keluarga masing-masing. Aku pula seorang. Tak apalah untuk jadi seorang yang matang dalam menempuh liku-liku ini semua aku tak kisah pun. Bukanlah bermaksud yang aku ni seorang yang keras hati pula.

Hari ini aku buat dua assignment pasal MPAJ dah hantar bil cukai pintu dan pasal PLKN yang dok sibuk nak beraya diingatkan agar tidak lupa diri dan beringat untuk pergi latihan semula. Harap-harap berita aku realese awal hari ini.

Kepada rerakan aku yang lain aku nak ucapkan selamat menyambut " HARI RAYA AIDILADHA " maaf zahir dan batin....

*** Berkorban apa sahaja.
posted by . @ 5:50 PM   0 comments
Hari Lahir ke-23


.
Hmmm... Sedar tak sedar tahun baru menjengah lagi. Umur pun dah semakin meningkat. Kata orang tua-tua semakin matanglah. Harap-harap begitulah! Oklah sebenarnya saya nak cerita kat mane saya sambut hari lahir saya yang ke...?

Mesti ramai yang tidak tahu tentang Naili's Place. Kawan saya yang recommend sambut kat situ. Saya pun ON jelah. Ialah ada orang yang nak belanja (TQ). Memang pelik tempat ni hanya beroperasi selama beberapa jam sahaja bermula pukul 6.00pm-3.30am. Masaalahnya boleh untung ke?

Opss... saya silap rupanya. Memang ramai orang yang datang kat tempat ni. Apa tidak nya selain makanan yang banyak pilihan dari Estern, Western dan macam-macam lagi, murah pula tu. Haa... saya cadangkan kepada anda yang merancang untuk menyambut BIRTHDAY yang seterusnya...silalah ke tempat ini...Naili's Place kat outlet Sentul. Alamat? cari sendiri. Kita orang pun penat gak cari.. anyway good luck dude. Jutaan Terima Kasih Kepada rakan saya yang dikasihi dan dicintai kerana membawa saya ke tempat tersebut...
posted by . @ 11:55 AM   0 comments
Ahad, Januari 08, 2006
Kesedaran AIDS
Semalam sahaja aku telah hubungi OC (orang yang bertanggungjawab di meja umum setiap hari)berkenaan assignment aku hari ini. Namapaknya aku ditugaskan di Petaling Street, Kuala Lumpur pasal kempen kesedaran HIV/AIDS anjuran Pergerakan Belia Malaysia (YMM).

Dari Pandan Jaya aku paln terus ke Maluri ambil bas untuk ke Kota Raya. Malangnya aku dapat massage daripada Ultra yang aku tak ada assignment. Tanpa ku sedari aku dah sampai ke Stesen LRT Chan Sow Lin. Apa lagi aku call OC yang bertugas pagi tadi, confirm aku ada assignment kat Petaling Street pukul 1130am. Hampeh betui Ultra..!

Patah balik ke Maluri dan ambil bas terus ke KL. Dengan tergesa-gesa aku pergi ke lokasi assignment aku. Tiba je, oklah taklah late sangat. Siap dapat cakap personal dengan YB Datuk Dr. Lee Chong Meng pasal isu kononnya polis tahan beberapa orang wanita yang memiliki kondom yang diberi YMM hinggakan wanita-wanita terbabit di syaki sebagai pelacur.

Hebat jadi wartawan dapat tahu banyak benda. Akupun jadikanlah isu tersebut sebagai lead aku. Entahlah ANE (Assistant News Editor)approve atau tak.

Paling best aku terserempak dengan junior aku masa form 6 dulu kat Semporna, sabah. Opek namanya... Oklah Opek, aku doa moga kau dan yang lain sukses... perjuangan belum selesai.

Well, aku nak ucap selamat menyambut AidilAdha yang akan kita sambut tidak alam lagi...

*** Sedih beraya seorang-seorang di perantauan.
posted by . @ 7:26 PM   0 comments
Jumaat, Januari 06, 2006
Risau
Rasanya dah lama kut aku tak tulis apa-apa kat blog ni. Almaklumlah, aku setiap hari letih dan banyak assigment yang patut disiapkan. Pasti Jaja time ni baca blog ni... ahh.. malas nak cite pasal perasaan lagi.

Aku bukannya apa, risau semacam dalam diri. Boleh katakan setiap hari. Entahlah mungkin peralihan kut sebab kurang sebulan lagi umur aku genap 2.? bukannya nak berahsia. Tapi malas nak bagi tau. Aku ingat nak buat pembaharuan dalam diri. Sediahnya, aku tak tahu pula pembaharuan apa.

Oklah biar aku bercerita pasal enviroment kerja kat Utusan Malaysia
ni. Setiap hari memang kerja kita kat sini, kalau tak 12 jam alamatnya baliklah pukul 11 malam. Memang meletihkan! Itu tak kira lagi pasal pergi cari berita kat luar yang berpanas dan berhujan. Demam pun tak larat nak layan agaknya...

Kadangkala happy gak bila berita dah release. Lagi happy kalau berita tu dapat byline dari editor, bila dah publish keesokan harinya. Sebaliknya pula jika berita tak publish hinggakan nak hantok kepala kat dinding.
posted by . @ 6:53 PM   0 comments
Selasa, Januari 03, 2006
Tinjauan
Selasa, 03 Jan 2006, 0141pm

Awal pagi ini aku semacam kurang bersemangat untuk datang kerja. Tetapi aku gagahkan diri juga untuk datang. Apa tidaknya semalam sahaja berita berkenaan "MyKad:Syor kerajaan dibantah- Pemohon 12 tahun wajar dikecualikan daripada dikenakan bayaran" muka depan akhbar Utusan Malaysia yang sepatutnya aku berkongsi "byline" dengan penulis yang dinyatakan itu tidak jadi.

Bengang pun ada! Tetapi sebagai orang yang berkerja dalam bidang profesional aku harus berfikir secara rasional. Aku cuba buat berita yang lain tetapi isu yang sama dengan harapan editor dapat melihat kesungguhan aku dalam bidang yang aku minati semenjak aku kecil lagi.

Setibanya aku kat office, aku dapat assignment pasal kenyataan media: Prof.Dr. Abu Abdullah dilantik sebagai Timbalan Rektor (Akademik & Pengantarabangsaan) Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) yang baru. Selesai sahaja assignment tu aku dapat satu lagi assignment bersama dengan budak praktikal baru, Ultraman aku gelar dia, dari UTAR untuk follow-up syor bayaran denda MyKad remaja 12 tahun - bantah (tinjauan luar). *** Harap dapat byline kali ini.

Masa pergi breakfast dengan member praktikal dari UITM kat kafe Utusan, mereka sempat bertekak dan menyimbah air pasal rasa tidak puas hati. Tak apalah itu hal peribadi masing-masing aku malas nak menyibukkan diri. Semoga hari ini akan menjanjikan kejayaan untuk hari-hari yang akan mendatang.

Hari ini assigment aku dengan budak baru dekat Ampang Point. Yelah kena dengar cakap senior photographer dan repoter Kosmo kalau nak kabel "baik punya cilok". Ceh! walaupun aku tak tengok cerita tu sebut tajuk dah kira ok.

Masa nak dapatkan maklumat tu dengan melayu dan india ok jerr. Tetapi bila turn orang cina bukan main payah. Aku tak faham apa masaalah mereka yang tidak sporting ni. Sampai sahaja kat meja berita, aku terus buat berita tu sebaik mungkin.

Gambate Kudasai....
posted by . @ 1:21 PM   0 comments
Isnin, Januari 02, 2006
Hari Lahir
Rasanya sudah melepasi seminggu aku bemagang di Utusan malaysia sebagai journalist. Sedikit sebanyak aku mempelajari banyak perkara disini. Namun yang paling penting bagi aku, dapat mengenali banyak orang kenamaan dan rakan wartawan dari agensi lain.

Minat sebagai wartawan sebenarnya sudah lama menjadi impian malah, aku yakin dan pasti dapat sampai ke tahap itu cuma semasa kecil aku ingin menjadi wartawan penyiaran (pembaca berita TV). Kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Maksud daripada quote itu, aku ingin bermula dari bawah dahulu biarlah nampak aku mencari inisiatif untuk berjaya.

Rasanya lagi sembilan hari aku akan mencapai umur 24 tahun. Pergh... aku dah semakin dewasa. Oleh sebab itu aku harus berperangai menjadi seorang dewasa. Dalam pada itu biarlah aku menjadi diri sendiri!!!

Buat Su (UITM)rakan sepraktikal aku di Utusan aku ucapkan "Selamat Hari Lahir" semoga tahun 2006 menjanjikan kejayaan yang gemilang....
posted by . @ 7:30 PM   0 comments


Siapa Aku?

Blog aku tulis
Bebaskan Suara
Tinta Lepas
Arkib
Borak

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Aku Baca Blog Si..
Media
Online TV
Komuniti
Artis VS Penulis
Tutorial
Portal
Muat Turun
Artikal
Powered by


Blog saya bernilaiRM11,307,840.
Berapa nilai blog anda?

Web Terbaik Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog My Blog Juice
Powered by IP2Location.com
Locations of visitors to this page Page copy protected against web site content infringement by Copyscape Free Blogger Templates Subscribe to RSS Feed Subscribe in NewsGator Online EatonWeb Blog Directory
Michael Buble Lyrics
Michael Buble Music Codes
Music Codes by SongArea.com