| Jumaat, November 25, 2005 |
| Luahan 8 |
Jumaat, 25 November 2005, 0646am
Entah sejak dari semalam aku merasakan aku dah bebas. Tak pasti pula “bebas” dalam konteks apa. Mungkin sebab aku dah habis final exam atau mungkin juga diakhir-akhir tahun pengajian ku menjadikan aku berasa cukup senang untuk mengatakan yang aku sangat exited menyambung kehidupan baru di alam pekerjaan. Untung-untung dapat kerja sebelum aku dengan rasminya bergelar alumni UPM. Sebab bulan hadapan aku akan berpraktikal di Akhbar Kosmo anak syarikat Utusan Malaysia sebagai jurnalis selama tiga bulan. Harap-harap dapat meja rencana kalau tidakpun dapat meja yang berkaitan dengan social masyarakat kira puas hatilah. Namun, pada dasarnya aku tidak kisah kalau mereka nak letak aku di mana-mana bahagian apa salahnya belajar benda baru. Hidup ini cuma sekali peluang untuk belajar perkara baru setiap hari yang kalau dihitung satu dunia pasti belum mampu dikhatam . Selagi berkemampuan dan masih mendapat peluang dalam kehidupan ini apa salahnya mencuba sesuatu yang baru!
Kebelakangan ini aku seringkali menyibukan diri di Putra FM bukannya apa, aku jenis yang tidak suka membuang masa. Sekurang-kurangnya masa aku yang tinggal sedikit di UPM ini lebih baik aku gunakan dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah Putra FM menjadi mangsa aku. lagipun staf yang handle program tak ramai. Aku gunakan peluang tersebut untuk mempertingkatkan kemahiran aku sebagai penyampai radio. Seingat aku sudah dua tahun aku berkhidmat di Putra FM walaupun sekadar sukarela tanpa berbayar. Pun begitu aku still lagi berbangga dengan apa yang telah aku lakukan. Apa tidaknya time orang sibuk bercerita tentang digitalization dan technology convergence aku sudahpun pergi ke arah tersebut malah sudah mahir menggunakan teknologi yang ada. Putra Fm bukan sekadar radio pada pandangan aku, malah jauh daripada itu merupakan platform kepada mereka yang ingin berkecimpung dalam media.
Teringat semalam junior aku bercerita filem ‘Kuliah Cinta” lakonan Era dan Yusry yang kebanyakan lokasi penggambaran mereka di UPM termasuk juga stesen radio digital pertama di Malaysia, Putra FM. Setakat ini aku belum berpeluang menonton filem tersebut. Hari Raya baru-baru ini, entah TV mana yang menayangkan filem tersebut. Aku sempat tonton sikit saja sebeb terlelap. Tapi aku ada baca sikitlah synopsis berkenaan filem ini di internet. Junior aku kata filem “kuliah Cinta” wajib ditonton oleh penghuni-penghuni UPM. Ye ke??? Neway aku thanks kepada junior aku yang sayang bangat kat aku Min dan Umi. Selamat berjuang…. Perjuangan kita belum selesai… |
posted by . @ 5:06 PM   |
|
|
|
|
| Luahan 7 |
Ahad, 19 November 2005, 1055am
Terjaga sahaja dari tidur aku plan nak terus mandi, relakskan badan. Sebab hari ini hari minggu. Walaupun aku tak keluar ke mana-mana hari ini, aku memang happy bila tibanya hari minggu. Tak pasti pula sebab apa. Cuma yang pasti aku memang suka sangat. Hehehe…. Oh ya! masa mandi tadi teringat pula cerita “Spanglish” lakonan Adam Sadler , Paz Vega, Tea Leoni, dan Cloris Leachman. Aku siap beli DVD cetak rompak kat Petaling Street, KL, 2 bulan yang lepas. Kira mahal juga RM10, kualitinya pula tak berapa best. Next time aku pasti beli yang ori sahaja. NO cetak rompak lagi dalam kamus hidup aku. Tak mengapa tiga bulan kumpul duit, beli satu DVD yang penting puas hati.
Masa aku gosok gigi tu teringatlah gigi Cloris (anak Sadler dan Leoni dalam filem tersebut) yang siap pakai pendakap-gigi. Mimpi apa entah hari ini ingat pasal Spanglish. Ceritanya berkenaan kekeluargaan yang menemukan dua budaya dan bahasa yang berbeza. Dalam cerita ini secara tidak langsung mengajar para penonton berkenaan komunikasi silang budaya (Intercultural Communication) yang sememangnya sangat penting dipraktikkan khususnya kepada mereka yang kerap kali melancong dan bergaul dengan bangsa asing. Kisahnya bermula dengan Paz Vegas bersama anak perempuannya yang berusia dalam lingkungan 12 tahun berhijrah dari Mexico ke Los Angeles untuk membina kehidupan baru disamping bertemu dengan sepupunya. Sesampainya mereka di Los Angeles, ketibaan mereka disambut dengan senang hati oleh sepupunya.
Menariknya kawasan penempatan mereka di Los Angeles juga terdapat masyarakat Mexico yang bertutur dalam bahasa Spanish. Bermulalah kehidupan baru bagi Paz Vegas dan anaknya. Sebagai lelaki, aku akui memang Paz Vegas wanita yang sempurna, elegant, dan cantik sebab itulah semasa dia dan anaknya berada di sebuah restoran ala-ala bar, terdapat dua orang lelaki yang bersantai sambil minum di tempat sama cuba menarik perhatian Paz Vegas. Dengan tegas Paz Vegas menolak pelawaan mereka untuk di belanja atas sebab moral. Bersesuaian dengan tajuknya “Spanglish” Paz Vegas tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris anaknyalah yang berperanan sebagai translator.
Spanglish bertambah menarik apabila sepupunya menemaninya (Vegas) memohon kerja sebagai pembantu rumah di rumah milik keluarga Sadler. Lawak sungguh bagaimana sepupu Vegas boleh tak perasan dan terlanggar cermin glongsor yang memisahkan ruang rumah dengan kolam mandi hinggakan dia tercedera. Pada masa itu berlaku keributan dalam rumah tersebut dan bagaimana dalam kejadian itu timbul keserasian di antara kedua-dua pihak. Yang peliknya, Leoni menghulurkan $20 dollar kepada sepupu Vegas time hidungnya berdarah. Dengan terpinga-pinga sepupu Vegas ambil duit tersebut walaupun masih blur-blur dengan apa yang terjadi ke atasnya. Nampak sangat orang kaya ni menganggap duit dapat mengatasi segalanya.
Sadler yang merupakan suami Leoni dan bos Paz Vegas sebenarnya merupakan chief di salah sebuah hotel terkemuka dan tak pastilah dah 4 kali aku tonton cerita ni yang aku faham Sadler ada masaalah hubungan intim yang pastinya mengecewakan isterinya Leoni. Leoni pula sudah tentulah mencari orang lain untuk memuaskan kehendaknya. Pun begitu hal tersebut bukanlah yang menjadi pokok cerita ini. Apa yang pasti bagaimana Vegas berkomunikasi dengan keluarga Sadler dan anjing peliharaan mereka. Dengan bahasa dan pandangan yang berbeza, konflik antara kedua-dua keluarga, konflik antara anak dan ibu, suami dan isteri, ibu antara ibu, kecurangan, cinta, cita-cita dan kasih sayang yang akhirnya berkesudahan dengan pemberhentian Vegas dan berakhirnya mimpi anaknya yang bercita-cita tinggi untuk bersekolah. Rating untuk filem ini, bagi saya 3 ½ bintang. Oleh itu aku suggest, tontonlah Spanglish dan alami detik-detik mencemaskan dan humor yang pastinya mencuit hati anda. Ingat beli yang original sebab nanti tak syok bila gambar dan audio buat hal. 1202pm
0930pm. Entah time ni macam nak tulis sesuatu tetapi tak sure topic apa yang patut aku masukkan. Gigi graham aku macam ada masaalah saja. Nampaknya terpaksa jugalah aku berjumpa doctor gigi esok hari. Sekali hantar borang ex-change student pergi HEM atau kalau tidak pun tuntut duit kat HEM sebab duit hari itu tak dapat lagi. Maklumlah kena buat kerja part-time disamping menambah pengalaman. Harap duit loan tak kan cukup punya. Lagi student jenis macam aku yang boros. Tetapi boros aku pun, aku taklah sampai menyusahkan ibu bapa aku di Sabah. Seingat aku sejak aku masuk UPM sehinggalah aku di tahun terakhir pengajian cuma sekali sahaja aku minta tolong ibu bapa aku itupun cuma seratus sahaja sebab duit loan aku mostly aku laborkan untuk assignment asas fotografi yang menelan belanja sehingga seribu lebih sebab kena beli kamera SLR, filem hitam putih, paper untuk cuci gambar juga hitam putih. Pendek kata hitam putih duit aku dibuatnya sem lepas. Hampes betul dahlah terpaksa tahan diri join aktiviti keluarga angkat pergi Sarawak. Tengok-tengok result dapat rendah saje. Tak berbaloi langsung….! 0947pm |
posted by . @ 5:05 PM   |
|
|
|
|
| Luahan 4 |
Sabtu, 18 November 2005, 0307pm
Seawal pukul 1000am hari ini aku dah bergegas untuk ke fakulti sebab nak pinjam nota daripada course-mate yang lain pasal topic lighting dan nota-nota yang lain. Apa tidaknya semalam entah aku buang tebiat malas nak study mungkin ada problem kut lagi gigi gerham aku macam tak selesa saja, sensitif dengan air sejuk. Demam pun ada, sejuk, nyamuk, gatal dan macam-macam lagi. Memang tak selesa! Sebelum tu aku sempat cheek surat aku kalau-kalau ada depan office KPZ. Lagipun masih awal lagi. Cuma plan nak breakfast dululah kalau sempat kat fakulti. Aik macam ada rezeki pula nak pergi Jepun. Surat dari Japan Center for Intercultural Communications (JCIC) untuk aku. Siap dengan cop “DILEPASKAN oleh Kastam -2 NOV 2005 Pusat Mel & Kurier Kastam Diraja KLIA, 64000 Sepang”. Pelik aku dibuatnya! Harap-harap termakbullah untuk aku pergi sana tahun depan (2006). InsyahAllah…
Kandungan surat tersebut adalah CD-Rom yang menerangkan berkenaan Jepun dari segi budaya, perbualan harian yang dibuat dengan perisian Flash, siap dengan translate English dan tulisan Romanji selain Katakana dan Hiragana. Satu lagi surat adalah dari Recharge, sebab aku adalah member dan seringkali mendapat undangan sekiranya ada event besar. Mesti Recharge akan memperkenalkan DJ-DJ popular dari barat dengan muzik-muzik tekno dan disco yang umphh… Baru-baru ni sahaja aku juga dapat 2 free CD-Rom yang mengandungi profile DJ beserta music yang best gilerr.. dan gambar-gambar member yang lain yang pergi ke party besar yang baru bulan lepas sahaja mereka buat. Melepas aku. Itupun diorang hantar melalui pos. Neway hidup ni semestinya bersosial tetapi beringat jangan melebih-lebih!
Selepas exam paper TV & Video Production pukul 1100am-0100pm, Dr. Megat adakan meeting sebab mengikut sumber dari team aku, terdapat hard-disk yang group aku guna hilang semasa cuti raya lagi. Kos dalam lingkungan RM500 juga. Mulanya aku ingatkan meeting untuk jamuan perpisahan sebab sponsor dari fakulti (RM430) dah dapat. Boleh dikatakan projek aku yang kedualah selaku pengarah selepas Bentong, Pahang yang terpaksa kami buat sekitar UPM sahaja (Bukit Ekspo). Malang sungguh dahlah hari itu Dr. Megat buat hal menyebabkan program hari itu terpaksa di tangguhkan ke esokan harinya. Duit sponsor yang aku hendak gunakan untuk jamuan perpisahan dan cenderahati buat Dr selaku pensyarah course tersebut terpaksa burn begitu sahaja sebagai ganti untuk hard-disk yang hilang tu. Entahlah aku nak salahkan siapa sebab aku pun tidak tahu menahu pasal perkara itu sehinggalah hari ini. Geram juga. Tapi apa boleh buat…
Lagi satu pasal group aku yang bijak-bijak semuanya yang konon-kononnya terorlah daripada kumpulan yang lain buat rajin sangat. Cuti pertengahan semester tak balik nak siapkan edit shooting yang kedua yang aku malas nak involved dah. Padahal tak siap-siap juga! Sejak story-board aku di tolak mentah-mentah tanpa pengetahuan aku oleh group TV aku, malas aku nak bagi komitmen sebab diorang kata susah nak shoot. Padahal lokasi dan peralatan sudah tersedia. Masa aku bentangkan hari itu semuanya angguk-angguk bodoh. Aku bukannya tak berfikiran terbuka ataupun cepat melenting. At least sebagai student yang akan memasuki bidang professional kelak, buatlah dengan cara yang berprosedur bukannya main hentam dan last minit tukar plan B yang entah apa-apa hasilnya. Sampai sekarang aku tengok kerja editing untuk projek kedua “drama pendek” tak siap-siap hinggakan kerana cuai sangat ada orang gatal tangan curi hard-disk tu. Tak ke bengang hingga nak hantuk kepala!
Nasib baik esok hari minggu dan paper akan datang khamis depan kalau tidak mesti tak dapat concentrate. Hmmm…. Sabar je lah. Pasal drama pendek yang group aku buat tu aku rasa macam tak best je. Sebab banyak adegan cinta-cintan sama dengan group lain. Rasanyalah aku patut tunjuk story-board aku yang bertajuk “ Hanis” filem seram yang sedikit sebanyak diadaptasi dari filem-filem seram Asia yang lain.
HANIS…
Adegan 1
Lokasi : Kawasan Kampus Waktu : Petang kira-kira 3pm Pelakon : Hanis
Situasi : Gambaran keadaan kampus, pelajar-pelajar bergurau senda dan ketawa. Pelajar berjalan kaki, naik bas, makan, bersukan…
Voice-over….: Hari pertama aku menjejakkan kaki ke kampus hijau ini memang sangat menyeronokkan. Apa tidaknya aku hanya tahu belajar, hadir kuliah, tidur, makan dan rakan-rakan seperjuangan ku. Aku sungguh bernasib baik bertemu kawan yang sangat memahami diriku….Liza……
Adegan 2
Lokasi : Taman kanak-kanak, ( Bukit Ekspo) Waktu : Petang kira-kira 3pm Pelakon : Hanis, Liza dan kanak-kanak (9 thn)
Situasi : Hanis berjalan menuju ke tempat duduk yang berdekatan dengan buaian yang terdapat di taman tersebut. Hanis mengambil tempat duduk dan memerhati kawasan persekitaran taman. Hanis terlihat seorang kanak-kanak perempuan/ lelaki yang sedang duduk dibuaian dalam keadaan sedang tunduk/ berpaling (membelakangi Hanis). Tiba-tiba Liza muncul dibelakang Hanis dan menyergah Hanis. Hanis terkejut dan menjerit (melatah). Liza ketawa. Hanis muka masam.
Hanis : Awak ni Liza tak habis-habis nak kenakan aku. Tak pasal-pasal aku lemah jantung tau. (Muka masam sikit) Liza: Lah sikit je awak ni penakutlah… (Gelak sikit) dah lama tunggu? Hanis : Hmmm…Tak. ( sambil menoleh ke buaian melihat kanak-kanak dibuaian Tadi) “Hanis kehairanan kerana budak tadi telah tiada”. Liza: Ha.. jomlah nak tunggu siapa lagi?
Liza mengajak Hanis menuju ke perhentian bas. Tetapi Hanis masih dalam keadaan terpinga-pinga memikirkan kanak-kanak tersebut. Sambil mengekori Liza, Hanis menoleh ke buaian tadi untuk memastikan sama ada kanak-kanak tersebut ada lagi atau memang telah tiada. Hanis terkejut dan berdebar-debar kerana kanak-kanak tadi berada di buaian semula. Hanis mengejar Liza yang jauh di hadapannya dalam keadaan sedikit seram.
Adegan 3
Lokasi : Panggung Wayang (Mines) & Dewan Za’aba, FBMK Waktu : Pagi, 11am Pelakon : Hanis, Liza dan orang ramai.
Situasi : Suasana di kaunter panggung wayang. Hanis memberitahu Liza untuk membeli tiket wayang sementara Liza sendiri akan pergi membeli makanan ringan (pop corn & minuman). Dalam panggung wayang, jalan cerita “movie “ yang ditonton seperti ada persamaan dengan apa yang berlaku ke atas Hanis semasa di taman. (flash-back adegan 1). Adegan 4
Lokasi : Dewan kuliah, Luar dewan kuliah dan taman termasuk tasik (Bukit ekspo) Waktu : Pagi, 11am Pelakon : Hanis dan pakcik tua
Situasi : Hanis menyalin nota kuliah yang diberi pensyarah. Apabila kelas selesai Hanis bergegas balik menuju ke kolej kediaman dengan berjalan kaki/ berbasikal dan melalui kawasan taman. Semasa Hanis tiba di taman, dia teringat akan kanak-kanak yang dijumpainya semasa menunggu Liza beberapa hari yang lepas. (flash-back keadaan pada masa tersebut, adegan 1) Hanis menuju ke buaian di mana kanak-kanak tersebut duduk. Hanis duduk di buaian tersebut sambil berfikir (background music- seram). Tiba-tiba dia terlihat seorang pakcik yang tinggal di kawasan berhampiran yang sedang memancing . Hanis bertemu pakcik tersebut (berjalan menuju ke arah pakcik) dan berbual-bual dengannya.
Hanis : Assalamualaikum pakcik…..
- Pakcik tersebut tidak memberi tindak balas terhadap salam Hanis. Kerana kurang jelas. Hanis memberi salam semula.
Pakcik : Walaikum salam, Liza : Banyak dapat ikan ke pakcik? ( sambil mendekati pakcik dan melihat bakul ikan untuk memastikan berapa ekor ikan yang telah diperolehi oleh pakcik tersebut) Pakcik: (mengeluh- nafas ditarik dan dihembus sambil menoleh ke arah Hanis) Hmmm… adalah beberapa ekor. Liza : Wah banyak juga ye pakcik. Pakcik: Bolehlah…. (senyap) kamu ni nak pergi mana? (sambil memerhati tepat ke wajah Hanis) Hanis: Oh…(senyum malu) saya baru balik dari kelas nak balik kolej. (senyap) Mmmm…Pakcik ni tinggal kat mane? Pakcik: (senyap) …… dekat kawasan sini juga. Hanis: Oh… maknanya pakcik ni dah lama duduk sekitar sinilah. Pakcik: (senyap)……..Macam tulah jawabnya. Hanis: Oh begitu? Mesti pakcik tahu latar belakang kawasan ini sebelum ia Dibangunkan, lagikan?. Pakcik: Sikit-sikit tu adalah…. Kenapa? Hanis: Hhhaaa… tak adalah saje. Mmmm… pakcik selama duduk sini ada tak benda-benda pelik pernah berlaku…? Pakcik: Maksud kamu? (berkerut dahi dan kehairanan) Hanis: Hantu?..(dengan nada bergurau sambil senyum sinis sementara pakcik terpinga-pinga)
Adegan 5
Lokasi : Taman, dewan kuliah, pondok (Bukit ekspo) Waktu : Pagi, 11am Pelakon : Hanis dan kanak-kanak, Liza, Pakcik.
Situasi :Hanis sebenarnya bermimpi didalam kelas yang dia bertemu Dengan kanak-kanak tersebut. Keadaan pada masa itu, Hanis tengah duduk dibuaian berseorangan. Tiba-tiba apabila Hanis menoleh ke kanan (disebelahnya) kanak-kanak misteri itu duduk disebelah sambil menundukan kepalanya. Kanak-kanak itu menundingkan jarinya ke arah sebuah pondok. Hanis melihat arah jari kanak-kanak itu dalam tanda tanya. Apabila Hanis melihat semula kanak-kanak tersebut, ia telah tiada. Tiba-tiba Hanis di kejutkan oleh Liza.
Liza: Hanis…Hanis bangun…. Hanis: Haa…(dalam keadaan penglihatan kabur).. Aku kat mane ni…? Liza: Budak ni mimpi lagi rupanya.. Kelas dah habislah….Nasib baik pensyarah tadi tak tegur, kalau tak habislah engkau dimalukannya. Hanis: Haaaa….aku tidur dalam kelas? Liza: (kehairanan) Iyelah habis tu?
Hanis mengemaskan buku dan begnya dengan tergese-gesa. Liza pula berasa pelik dengan tindak-tanduk Hanis yang berlainan pada hari itu.
Liza: Hanis awak tak apa-apa ke? (bimbang) Hanis: Tak (jawab dengan bersahaja). Liza kau teman aku…. Liza: Pergi mane? (kehairanan) Hanis: Kau ikut jer….
Hanis mengajak Liza pergi ke taman menuju ke arah pondok seperti yang dilihat di dalam mimpinya sebentar tadi. Hanis kelihatan bersungguh-sungguh menuju ke arah pondok tersebut. Sementara Liza pula terpinga-pinga.
Liza: Kita nak pergi mane ni Hanis…? (pelik dan risau)
Hanis senyap tidak menjawab soalan Liza dan terus memasuki pondok. Sementara Liza ikut sahaja dari belakang Hanis. Hanis memerhatikan keadaan persekitaran dalam pondok tersebut yang gelap dan berbau. Liza pula, ketakutan dan memegang lengan Hanis. (Background Seram)
Tiba-tiba tikus melompat / benda terjatuh. Liza menjerit sementara Hanis terkejut dengan jeritan Liza. Hanis menuju ke satu sudut. Liza masih lagi memegang lengan Hanis dan mengikutinya.
Tiba-tiba Liza tersungkur kerana kakinya tersangkut pada tali botol air yang talinya tertanam dalam tanah. Liza cuba menariknya tetapi tidak larat. Hanis cuba membantu Liza. Apabila tali berjaya ditarik, secebis kain keluar dari tanah, Hanis dan Liza berasa pelik dan cuba memeriksanya. Lantas Hanis mencapai benda tajam (cangkul/besi buruk & etc) yang terdapat dalam pondok itu untuk menggali cebisan kain tersebut.
Tiba-tiba terkeluarlah rangka manusia. Pada masa tersebut “flash-back” berlaku iaitu Hanis berhalunisasi yang dia melihat bagaimana peristiwa tersebut berlaku.
Kanak-kanak tersebut merayu kepada ayahnya agar jangan membunuhnya (menanam) hidup-hidup. Ayah kanak-kanak itu adalah pakcik yang dikenali Hanis semasa pakcik tersebut memancing ikan di taman. Pakcik tersebut mengheret anaknya ke pondok tersebut. Sementara kanak-kanak tersebut meronta-ronta minta dilepaskan. Ayah memukul anaknya dengan cangkul sehingga mati dan menanamnya. ( Cuaca pada masa itu hujan dan gelap)
Adegan 6
Lokasi : Taman, dan pondok (Bukit ekspo) Waktu : Petang, 3pm Pelakon : Hanis, Liza, pakcik, orang ramai, polis
Situasi : Orang ramai berasak-asak dikawasan tersebut disamping polis berada di kawasan terbabit.
Adegan 7
Lokasi : Tanah perkuburan Waktu : Pagi, 11pm Pelakon : Hanis dan Liza
Situasi : Hanis dan Liza berjalan menuju ke tapak perkuburan untuk Menziarahi kubur kanak-kanak tersebut. Mereka menyiram air bunga dan membaca surah.
Adegan 8
Lokasi : Bilik tidur Waktu : Malam, 8pm Pelakon : Hanis
Situasi : Hanis bermimpi kanak-kanak tersebut mengucapkan terima kasih kerana berjaya menjumpai mayatnya…..Hanis lantas terjaga, dengan tidak disangka-sangka, jasad kanak-kanak tersebut berdiri dihadapannya…… Sound-effect menyeramkan…….
Sebenarnya bapa kanak-kanak tersebut adalah seorang pakar psikologi yang kesudahannya kematian isteri kesayangannya semasa melahirkan anak perempuan mereka. Oleh kerana terlalu menyayangi isterinya dia tidak dapat menerima kenyataan berkenaan kematian tersebut. Dan beranggapan anak yang lahir itu adalah punca kematian isterinya. Tekanan perasaan dan sering kali mengalami mimpi buruk tentang anak perempuan mereka membunuh isteri tercinta menyebabkan pakcik tersebut bertindak diluar kawalan dengan membunuh anak mereka pada malam itu juga… Akhirnya pakcik tersebut telah dihantar kerumah sakit jiwa untuk rawatan sebelum dijatuhi hukuman kerana membunuh dengan niat…..
TAMAT…..
/rakis sept 21/05
Itulah dia story-board aku yang ditolak last minit tanpa pengetahuan aku. Walaupun tak berapa best sekurang-kurangnya ada kelainan daripada drama pendek cinta yang kebanyakan group lain buat. Bagi pembaca storyboard aku yang berminat nak jadikan ia movie eloklah emailkan kat aku di akioneo@gmail.com untuk dapatkan permission. Semoga anda enjoy dengan drama pendek aku yang tidak dapat aku jadikan movie sebenar (sedih)… 0408pm.
Time aku hendak balik kolej aku sempatlah borak-borak dengan course-mate aku pasal exam dan cuti sem nanti. Sebagai senior aku bagilah pengalaman berguna aku kepada junior-junior aku yang berminat sebab diorang tahu sem depan aku pergi berpraktikal kat Utusan Malaysia dan banyak pengalaman kerja part-time setiap kali cuti sem. Adalah seorang junior aku tu tanya pasal Praktikal kat Putra FM sebab aku bertugas kat situ sebagai penyampai radio pelajar secara sukarela. Aku berilah komen sedikit dan galakkan mereka cari kat luar sebab tak elok kalau dalam “tempurung” sahaja. Nanti bila dah gred gelabah tak tentu hala sebab tidak terbiasa dengan persekitaran luar yang jauh lebih mencabar. Itu pendapat aku secara peribadi. Lain-lain hal tu biar diorang yang fikirkan. Apa yang aku tahu aku hanya beri pendapat dan jalan bukan penyelesai masaalah.
Satu lagi aku nasihatkan mereka, cari seramai mungkin kawan dan kenalan nanti mudah jika ada hal yang bersangkut paut dengan bidang yang hendak di apply. Lebih-lebih lagi jika kenalan atau kawan tersebut incharge bahagian terbabit. Lepas tu akupun terlepaslah cakap pasal seorang yang aku rasa sangat berkredibiliti tinggi untuk dijadikan role-model, Rudy. Junior aku pula sampuk dia kata Rudy tu handsome. Aku pun pelik dia kenal ke Rudy yang mana satu yang aku maksudkan. Lepas tu dia kata Rudy yang dekat HEM tu. Betullah! Junior aku kenal dia semasa QKB. aku pun kurang pasti apa benda QKB tu. Neway jangan kembang telinga tu Bluehikari. Lagi junior aku kata dia suka sangat tengok Bluehikari. Tak pasti pula part mana yang dia suka tengok. Hehehehe… jangan marah… Yang pasti aku memang respek gilerr dengan Bluehikari!.. 0545pm. |
posted by . @ 5:02 PM   |
|
|
|
|
| Luahan 6 |
Jumaat, 18 November 2005, 0325pm
Sekali lagi jutaan terima kasih kepada Bluehikari yang sanggup menolong aku untuk mengecapi impian ke Negara Matahari Terbit. Tujuan ke BHEM hari ini semata-mata untuk bejumpa dengan Bluehikari sekaligus mengambil borang pertukaran pelajar ke Kokugakuen Univertsiti, Jepun di Bahagian Perhubungan Antarabangsa, tingkat 4. Sebelum ini aku pernah menghubungi Cik Kalbana selaku incharge program tersebut. Mulanya aku ingatkan dia Melayu sebaliknya India. Hahaha… terkena lagi aku rupanya. Sebab time call dia, tak cam langsung slang Tamilnya. Apa pun “gracias senyora” layan aku dengan baik.
Aku sekarang kat library UPM. Bukannya nak study tetapi nak surfing sebab kat sini ada hotspot yang membolehkan aku surf tanpa charge. Malangnya hari ini macam server down jerr… then aku kena baliklah bowring gile kat sini sebab aku bukannya jenis ulat buku. Kalau takat tulis-tulis tu adalah sikit-sikit walaupun taklah sehebat rakan-rakan jurnal yang lain. Tidur kat bilik lagi baik sebab kat luar hujan, sejuk beb kat sini. So aku chin-chau dululah… Gomen 0337pm |
posted by . @ 5:01 PM   |
|
|
|
|
| Luahan 5 |
Jumaat, 18 November 2005, 0900am
Teringat semasa Majlis Anugerah Cemerlang kakitangan UPM. Masa tu awal-awal pagi lagi time aku belum puas tidur En. Fauzi call suruh aku jadi announcer nama bagi anugerah tersebut. Aku dengan rela hati pergi sekali dengan Mas, (nama member bukan Malaysia Airlines) sebab pihak HEM kononnya nak bayar. Mula-mula tu oklah. Selesai sahaja majlis aku dan Mas makan di bahagian meja VIP. Segan juga sebab semua prof dan tokoh akademik UPM yang power-power semua ada kat situ. Silap cakap habis kreadebiliti diri di nilai. Part tu yang tak syok sebab ada sesetengah daripada mereka boleh menilai seseorang hanya dengan sekali pandang macam David dalam filem “The Incredible Hulk” boleh scan! Hebat!
Time makan satu hal dahlah sudu dan garfu besar macamlah mulut aku ni muat nak sumbat sudu sekali dengan makanan. Bukannya tak biasa makan guna benda-benda tu semua. Tetapi dah set dalam fikiran aku tertib depan mereka semua. Jangan ada yang slack. Lagi satu teringat tips Maskulin adab makan kat meja VIP, jangan makan kerana mahu kenyang. Cukup sekadar mengalas perut. Kalau nak kenyang, makan sebelum datang party atau apa-apa event. Coz yang penting how to communicate with others people yang ada kat situ. Meja makan adalah place untuk bertukar-tukar pandangan dan borak perkara yang berisi. Yang penting jangan menyinggung mana-mana pihak!
Macam biasalah pasti Prof. dan Dr. akan tanya jika dia rasa seseorang tu kurang familiar dengan dia. Aku jawab slamba sajalah tetapi dengan penuh hormat. Entah dari mana mereka start tetiba topic traffic-jam kat UPM jadi hangat. Tidak kurang dengan itu mereka kutuk student yang gatal pergi complaint kat media pasal kekurangan dan kelemahan ketara yang ada kat UPM. Lepas tu mulalah mereka cerita sejarah dan pengalaman hidup mereka semasa belajar sama seperti kami yang kononnya kami ni cerewet, tak bersyukur dan banyak lagi tidak seperti mereka. Panas juga telinga aku mendengarnya. Nak juga aku sound prof-prof tu semua yang masih lagi berada entah di abad mana. Tak kanlah nak compare zaman diorang dengan zaman sekarang. Time diorang belajar dulu, fasiliti cukup sekadar apa yang ada dan langsung tidak ada pilihan. Malah saluran untuk part complaint-mengomplaint tidaklah sehebat kini. Mereka tidak sedar ke melalui complaintlah organisasi akan bertambah mantap.
Tidak lama dulu satu Malaysia hangat konon mahasiswa sekarang senyap jadi pak turut dan tak tau berdiri di kaki sendiri. Timbul lagi isu penganggur terhormat yang berlambak bertambah-tambah kutukan yang kami terima. Alahai apalah nasib dan salah kami…? Tetapi jika difikirkan secara logic adakah mereka semua itu telah mengambil kira faktor semasa seperti keadaan pasaran kerja, course yang diambil bersesuaian ke tak , pengalaman bekerja pelajar terbabit, kebolehan berkomunikasi yang ada, dan sebagainya sebelum kami dihukum dengan macam-macam tomahan. Aku bukanlah hendak berlebih-lebih dalam hal ini. Tetapi cukup sekadar berkongsikan pendapat aku. Dan bukan juga sebab aku ingin berada dalam golongan ini sehingga berpulun membela mereka. Cuma apa kata mereka yang senior-senior yang bertaraf Prof. beri sokongan kepada junior-junior yang baru sahaja belajar merangkak ke alam pekerjaan.
Ke mereka semua takut nanti timbul isu “bunga! Orkidlah…” seperti anak ketam mengajar ibunya berjalan betul! Ada lagi ke golongan-golongan konservatif seperti ini? Bukannya apa, kebanyakan student yang menganggur pada hemat aku, berdasarkan pengalaman sendiri menjadi student walaupun aku belum lagi dianugerahkan title “penganggur terhormat”, teori yang dipelajari melebihi apa yang dipraktikkan. Malah ada sesetengah course yang berdasarkan teori sahaja. Ibarat membaca novel tentang jenayah. Pembaca berimaginasi berada dalam situasi tersebut tetapi pada dasarnya tidak berpijak dibumi nyata. 1102am |
posted by . @ 5:01 PM   |
|
|
|
|
| Luahan 3 |
Khamis, 17 November 2005, 0920pm
Semalam sahaja aku dah pulun habis baca nota-nota yang Pn. Hamisah, pensyarah Broadcast Management bagi. Aku juga turut siapkan esei yang dia arahkan setiap pelajar buat. Sekurang-kurangnya enam ke tujuh muka surat. Nasib baik aku dah prepared awal-awal siap print-out sekali. Alhamdulillah..! Time aku sibuk layan lagu Spanish sambil baca nota yang aku agak keluar exam esok, (0200pm-0400pm) semalam, roommate dan ex-roommate aku baru balik. Rupa-rupanya mereka bawa tetamu yang juga aku kenali, cuma aku tidak berapa rapat dengan mereka kerana jiwa dan perwatakan kami rasanya tidak sehaluan.
Pun begitu, aku tetap melayan mereka sebagaimana adat kebiasaan melayan tetamu. Setengah jam kemudian mereka mengajak aku bermalam di rumah mereka. Pada mulanya aku menolak kerana risau keesokan harinya aku ada paper. Nak studilah katakan. Entah bagaimana aku boleh berubah fikiran nak join sekali juga akhirnya. Oklah at least taklah menghampkan mereka. Sampai sahaja di rumah, aku terus sahaja masuk sebab diorang hendak makan di luar aku cuma pesan nasi goreng kampong sebab petang tadi belum makan apa-apa lagi. Azhar sama seperti aku rela lepak rumah. Itupun sebab dia kurang sihat (cirit-birit) kalau tidak harap dia hendak berenggang daripada mereka semua.
Aku bawa sekali notebook aku untuk surfing internet dengan harapan kawasan penempatan mereka ada hotspot. TEPAT sebagaimana yang aku jangkakan. Aku pun abaikan sementara nota-nota yang tinggal sikit lagi untuk aku habiskan membacanya. Sehinggalah pukul 0323am barulah aku dapat melelapkan mata. Seawal pukul 0600am alarm aku mula berbunyi untuk aku dan roommate (Megat) balik semula ke kolej kediaman (KPZ). Sebab pukul 0830am rasa-rasanya aku ada exam. Megat pula nak tukar air atau perkataan yang kerap digunakannya cuci. Sebab buah pinggangnya langsung tidak berfungsi justeru kena tukar dan cuci secara manual. Semoga dia cepat sembuh sahaja atau ada penderma buah pinggang yang sesuai yang ikhlas hendak mendermakan satu daripada buah pinggang yang mereka ada…!
Pukul 0730am aku sudah bersiap untuk exam kertas Pn. Hamsah (0830am). Sampai sahaja aku di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), aku terus ke bilik peperiksaan di Bilik Jauhari dengan harapan dapatlah berbincang sedikit ilmu untuk exam hari ini. Peliknya aku langsung tidak nampak course-mate yang lain walau seorang pun. Akupun mulalah menggelabah. Sharifah dan Zura lah yang menjadi rujukan aku setiap kali aku blur-blur. Rupa-rupanya exam pukul 0200pm. Hampess… penat sahaja aku bangun dan datang awal ke Fakulti. Buat malu je! Apa lagi Sharifah dan Zura yang aku call gelak nak nangis hahaha.... sekali lagi padan muka aku.
Seawal pukul 0900am Rudy Bluehikari send massage (sms) pasal program ex-change student yang dah open untuk pemohon-pemohon yang berminat tarikh tutup 13 Januari 2006. Arigato Gozaimasu Rudy san… aku pasti akan memohon walaupun aku sakarang berada pada tahun akhir. Pasti dapat InsyahAllah… 0200pm barulah aku bertarung dengan soalan-soalan Pn. Hamisah… tergelak juga ingat peristiwa pagi tadi. Walaupun soalan banyak mengelirukan, Alhamdulillah aku adalah diantara orang yang paling awal keluar daripada bilik peperiksaan. Apa lagi aku pun terus ke Putra FM chat dengan fly.fm chatters walaupun time tu semua orang sibuk dengan Anuar Zain yang menjadi undangan student-student Master Korporat ke Putra FM. Rasanya aku berada kat situ sehingga pukul 0740pm.
Sebelum aku format semula laptop aku ni, adalah beberapa artikal yang aku buat dah hampir 30 pages tentang kehidupan keluarga. Malangnya semua bahan yang aku simpan tidak dapat diselamatkan melainkan projek paper aku yang dah nak siap. Nasib baik kalau tidak habislah kena start dari awal semula. Syukur… Cuma yang aku kesal, gambar kenangan aku dengan Wahedah, Ning Baizura dan Nasha Aziz serta gambar yang lain erased begitu saja. Sedih betoi… Tak apalah dah bukan rezeki…! 1043am. |
posted by . @ 5:00 PM   |
|
|
|
|
| Luahan 2 |
Rabu, 16 November 2005, 1045am
Masih berlegar-legar dalam fikiran aku kata-kata semangat daripada Pak Ngah. Kalau tak silap aku 3 minggu lagi sebelum Ramadhan menjengah dia bertanya setiap daripada kami tentang negara pertama yang akan kami jejaki suatu masa nanti. Jika dia tanya aku, tentulah Negara Meiji menjadi jawapan aku. Ada juga classmate aku yang menjawab Jepun dan tidak kurang juga Australia, Bratain, USA dan banyak lagi. Aku pun tak pasti sama ada mereka serius ataupun sekadar menjawab soalan Pak Ngah.
Bercerita hal ini, teringat pula peluang ke Jepun yang hampir menjadi kenyataan sem lepas (2004). Tetapi mungkin belum masanya rezeki aku agaknya. Semester 4 aku di UPM, telah mengajar aku banyak pengalaman hidup, kerja, student-life, persahabatan, cinta, enjoy dan banyak lagi. Time tu aku ambil Japanese course level I, yang kesudahannya aku gagal juga sebab malas nak hafal Hiragana dan Katakana. Padan muka aku!.
Sejak aku menjejakkan kaki ke UPM, aku langsung tidak tahu menahu adanya program ex-change student ke Jepun. Ke aku mahasiswa yang pemalas cari info kut hahaha…! Hujung-hujung sem lepas barulah aku dapat info daripada member. Itupun selepas dia dah pergi interview. Sebelum tu dia pernah datang minta ajar bahasa Jepun yang aku sendiri juga kurang expert. Pernah juga aku tanya untuk apa, dia tak nak bagitau. Biasalah…! Akupun malas lagi nak tanya sebab itu hak dia. Sedih juga sebab ada kawan yang macam tu.
Tahun 2005 aku dapat berita daripada Encik Fauzi, HEM, UPM semasa aku sekali lagi bertugas jadi announcer konvokesyen UPM ke-29, member tu dapat chances ke Jepun rupanya. Time tu aku imagine akulah yang dapat peluang tersebut. En. Fauzi tanya kenapalah aku tak apply sem lepas kalau tidak aku juga boleh pergi sebab budak yang seorang lagi tu macam blur-blur. Lagi pula, En. Fauzi salah seorang yang membuat pemilihan student yang layak dan sebaliknya. Apa boleh buat bukan rezeki!
Impian ke Jepun tertanam sejak aku berada di sekolah menegah lagi. Semasa form 6 dulu adalah seorang classmate aku yang berminat kat aku. Aku tak pasti apa daya penarik yang aku ada. Time tu aku tak tau yang aku ni ada secret-admire sehinggalah rakannya sendiri yang cakap kat aku. Apa yang menarik tentang dia, hari lahir kami hampir sama cuma bulan dan tahun sahaja berbeza. (11Jan82 dan 11Feb83). Dia juga mempunyai impian yang sama seperti aku, NIHON! Lagi satu dalam diam dia pernah sisipkan gambar kenangan kami sekelas ke dalam buku PA (Pengajian AM) milik aku sebab aku belum beli “romantiknya”. Malas nak sambung lagi. Aku stop cerita pasal tu.
Serious tak serious aku pasal nihon tunggullah masanya aku pasti akan menjejakkan kaki ke sana. Sebab kata Pak Ngah, kalau kamu selalu mengimpikan sesuatu dan seringkali membayangkannya InsyahAllah pasti akan tercapai juga. Menurutnya dahulu diapun ada impian hendak ke oversea. Masa tu, peluang ada tetapi faktor-faktor lain tidak mengizinkan (terlepas). Namun atas semangat dan instinct yang kuat akhirnya beliau dapat menjejakkan kakinya ke England. Hebat! Aku harap miracles seperti itu berlaku juga ke atas aku. Amin…
Makin seronok pula rasanya jadi penulis. Ditambah lagi dengan major aku yang sememangnya cenderung ke arah ini – Journalis. Opss… aku kena bersiap untuk exam bagi paper Pak Ngah 200pm ni. Good Luck for myself…. 1210pm. |
posted by . @ 5:00 PM   |
|
|
|
|
| Luahan 1 |
Rabu, 16 November, 2005, 0147am
Terdetik pula hari ini menjengah semula ke laman web Rudy Bluehikari untuk memuat turun buku-buku online beliau di www.bluehikari.com. Sebenarnya niat hari ini nak study sebab pukul 0230pm ada paper Pak Ngah, Kewartawanan Foto. Biasalah, aku bila dapat peluang surfing internet sahaja, tangguhlah jawabnya perkara-perkara lain tu. Tempat yang selalu aku lepak di www.fly.fm dengan member-member fly chatter. Seronok juga layan mereka. Kat situ aku gunakan Kaki Tukul sebagai pengenalan diri. Itupun sebab akioneo (Rakis Orang Boneo) yang sering kali aku gunakan tidak berjaya menambat hati fly.fm chatter.
Petang tadi sempat ke Alamanda, Putrajaya dengan roommate (Megat) konon-kononnya nak pergi lunch. Memang betulpun! Pelik, apasal roommate aku beria-ia sangat nak pergi Alamanda rupa-rupanya kawan lama (Teddy) nak belanja. Almaklumlah orang dah kerja. Sebelum tu, aku tak berapa rapat dengan Teddy malah, aku kenal dia pun melalui roommate aku itupun sebab aku kerap jadi “pak turut” ex-roommate aku Azhar yang “kamcing gile” dengan Megat. Mulanya ingatkan Teddy senior daripada aku, rupa-rupanya dia lagi muda 2 tahun daripada aku. Apapun aku senang dengan keraktornya yang berjiwa dan bersemangat kental dalam mencapai cita-citanya. “Good Luck”
Hmmm… kepala aku seperti terhuyung-hayang. Patutlah dah pukul 0228am! maknanya aku ada 10 jam lagi nak study exam pukul 2.00pm nanti dan selepas tu aku nak menyibukkan diri ke Putra FM sebab Siti Nurhaliza nak datang sekitar pukul 0300pm. Tadi baru saja selesai baca Bluehikari2000 sambil layan lagu “Tears” oleh kumpulan X-Japan. Baca sekali harung, “Alang-alang mandi biarlah basah”. Untuk Bluehikari2001-2003 rasanya lusa baru boleh khatam.
Aku memang kagumi pengalaman Rudy dan semangat juang beliau dalam Bluehikari2000. Aku juga ingin sepertinya maksud aku, belajar ke negara sakura sepertinya. Sebelum ini, aku kerap berjumpa dan berbincang dengannya tentang Jepun itu sendiri, pengalaman, kerja dan banyak lagi. Untungnya mengenali Rudy Bluehikari! Minat dan kecenderungannya sedikit sebanyak sama seperti aku. Bila melihat wajah Rudy teringat kawan karib aku, Wan yang baru aku kenali 2 tahun yang lepas semasa bekerja part-time di Jusco, Cheras tahun 2003. Seolah-olah ada iras! Patutlah macam pernah jumpa Rudy sebelum ini hehehe…
Rasanya aku terpaksa tangguhkan jari-jemari aku meneruskan tariannya pada keyboard notebook kesayangan aku ini. Pukul 900am nak pulun study. Gambate kudasai… (berusaha bersungguh-sungguh) Esok kan masih ada, InsyaAllah… 0306am. |
posted by . @ 4:57 PM   |
|
|
|
| Jumaat, November 18, 2005 |
| Blog Baru |
Hari ini merupakan hari pertama untuk web blog terbaru aku. Sengaja aku pilih nama aku yang sebenarnya sebab aku fikir ini adalah hasi kreativiti aku. Jadi untuk apa kau harus menyembunyikan identiti sendiri kata orang biarlah aku berpijak di bumi nyata dan tidak mengaburi mata orang khususnya pembaca-pembaca web blog ini kelak.
Apa yang menarik minat aku menjadi seorang penulis adalah mungkin kerana aku berjiwa sastera agaknya. Tapi yang penting serasa aku, aku memang ada kebolehan dalam bidang penulisan. Harap-hara satu hari nanti bolehlah aku menandingi wartawan tersohor Bob Woodward, The Washington Pos.
Cuma perlu kekentalan dan ketelitian dalam bidang penulisan ini. Kira elok juga dengan course yang aku ambil sekarang Mass. Comm major, Journalisme. Hmm... tak sabar rasanya nak pergi praktikal bulan depan kat Utusan Malaysia. Itupun kalau dapat. Sebelum ini pernah applied kat TV3, selepas tu tukar fikiran kerana banayk faktor.
Cuma aku nak ucapkan terima kasih kepada junior aku yang berjaya mengubah pendirian aku terhadap bidang kewartawanan. Sebelum ini pernah give-up sebab seperti bosan hendak cari berita malah, semakin malas nak tulis. Semoga semangat ini berkekalan.
Juga kepada Bluehikari.com yang memberi info berkenaan ex-change student ke Jepun - Malaysia. Aku amat menghargainya... semoga aku berjaya menjejakkan kaki ke Negara Fuji itu.... |
posted by . @ 6:18 AM   |
|
|
|
| Jumaat, November 04, 2005 |
| Luahan |
Khamis, 03 November, 2005, 0824pm
Pada tahun ini terpaksalah aku menyambut Aidilfitri untuk kali ke duanya di Sepang, Selangor. Walaupun aku bersama-sama dengan abang dan adik ku di sini tetapi aku tidak merasakan bersama-sama dengan mereka. Mungkin sebab kami bertiga lelaki jadi sifat tidak kisah dan ambil tahu dengan hal masing-masing kurang menjadi priority setiap daripada kami ataupun, mungkin kerana hubungan kami tidaklah serapat mereka yang lain.
Kadang kala aku berasa serba salah dengan abang dan adik ku. Yelah setakat ini aku sahaja seorang yang mampu sehingga ke tahap ini. Maksud aku, masa depan yang aku ada sangat cerah berbanding mereka. Abang aku pula langsung tidak memahami dan memikirkan masa depannya. Itu terpulanglah kepada pendirian masing-masing. Apa yang pasti, apabila aku dah berjaya ke alam pekerjaan aku akan buat sedaya yang mungkin membantu keluarga dan sesiapa sahaja yang terdaya oleh aku. 1041am |
posted by . @ 4:08 AM   |
|
|
|
|
|