Kekayaan Online
Khamis, Jun 19, 2008
SAPP - Ku Li dalam kecewa ada takut?
Ku Li (dua dari kiri) bersama ketua-ketua Cawangan UMNO Titiwangsa menyanyikan lagu tema UMNO sebelum memulakan sesi dialog di Hotel De Palma, Ampang di sini malam semalam
AMPANG – "Saya kecewa''. Demikian luahan ringkas dan spontan calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah sejurus ditanya media berhubung tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengisytiharkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri menjelang sidang Parlimen Isnin ini semalam.

Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang merasa agak terkilan dengan tindakan nekad tersebut dan hanya mampu mengatakan "saya serahkan kepada UMNO untuk membuat keputusan".

Walau bagaimanapun, beliau membuat gambaran tentang pendiriannya berhubung perkara itu dimana ahli parlimen dipilih atas kuasa undi rakyat dan sekiranya rakyat tidak berpuasa hati dengan kepimpinan sedia ada, jawapan tersebut seharusnya diwakili oleh ahli parlimen terbabit untuk diketengahkan dalam sidang parlimen.

" Maksud saya disini, ahli parlimen boleh membuat keputusan nekad tetapi biarlah keputusan itu merupakan suara rakyat yang memilih mereka dan bukannya bulat-bulat mengikut telunjuk atau atas arahan parti mahupun pihak-pihak tertentu.

" Kita perlu dengar tetapi soal pendirian terpulang sama ada menyokong, berkecuali atau sebagainya. Cuma dalam hal ini jika ada usul sedemikian rupa perlulah ikut peraturan atau saluran yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira lebih 300 tetamu ketika berucap menjawab persoalan yang dikemukakan oleh salah seorang ahli UMNO pada sesi dialog bersama Ketua-ketua Cawangan UMNO Titiwangsa di Hotel De Palma, Ampang di sini malam tadi.

Turut kelihatan dalam majlis itu ialah pelakon terkenal tanah air, Mustapha Kamal.

Jelas Razaleigh lagi yang sinonim dengan panggilan Ku Li, sukar bagi dirinya untuk menilai sikap setiap ahli parlimen mengenai perkara ini.

Malah katanya, soal jawapan dirinya cenderung ke arah mana juga tertakluk kepada peraturan parlimen atau beliau sendiri bakal menerima hukuman gantung keahlian.

"Sama ada usul itu akan dibentangkan oleh anggota-anggota Parlimen lain ia terpulang kepada mereka. Cuma suka saya tegaskan dalam perkara ini bahawa hanya UMNO sahaja yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Institusi Beraja di negara ini.

" Jadi kalau nak tahu juga apa jawapan saya tentang perkara ini, biarlah UMNO sendiri yang membuat keputusan kerana mereka (ahli-ahli UMNO) ada hak dan pandangan masing-masing untuk menilainya,'' tegasnya.

Ku Li yang juga pernah menyandang jawatan Menteri Kewangan Malaysia menawarkan dirinya untuk bertanding bagi jawatan Presiden UMNO menjelang perhimpunan Agong UMNO pada Disember ini.

Ketika ditanya pandangan beliau sama ada keputusan SAPP itu berkemungkinan besar akan mendatangkan kesan lebih buruk hingga boleh mempengaruhi parti kompenen Barisan Nasional (BN) yang lain untuk keluar parti, beliau menjelaskan kemungkinan tidak.

Tetapi perkara itu katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang, boleh menjejaskan imej parti dan kredibiliti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri secara keseluruhannya.

"Saya tidak fikir tindakan SAPP itu boleh menyebabkan parti komponen lain yang masih berjuang bersama-sama UMNO mengambil tindakan yang sama.

"Tetapi apa yang saya faham di sini ialah tindakan mereka (SAPP) itu sedikit sebanyak boleh menggugat atau menggoncang kedudukan Perdana Menteri dan juga UMNO," ujarnya.

Sementara itu semalam selepas 102 hari berlalunya Pilihan Raya Umum-12 (PRU-12), bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan bahawa partinya hilang kepercayaan dalam kepimpinan Abdullah dengan menyatakan dua anggota Parlimennya (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Abdullah pada sidang Parlimen Isnin ini.

Pengumuman mengejut beliau itu dikukuhkan dengan kenyataan akhbar yang ditandatangani sendiri oleh anggota Parlimen Sepanggar Datuk Eric Enchin Majimbun, berhubung pendiriannya yang dibacakan oleh anggota Parlimen Tawau Datuk Dr Chua Soon Bui di ibu pejabat parti tersebut di Kota Kinabalu di sini semalam.

Dikatakan tindakan SAPP itu dibuat bertitik tolak daripada perasaan tidak puas hati dengan dasar pucuk pimpinan parti selain beberapa faktor termasuk isu kenaikan harga minyak yang dibuat secara mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi kata putus dengan lebih jelas.Dalam pada itu Ku Li seperti dalam kenyataannya ketika mengadakan lawatan di beberapa negeri sebelum ini tetap dengan pendirian beliau bahawa sudah tiba masanya untuk ahli-ahli UMNO merawat BN daripada terus dilanda kemaruk musibah selepas menerima kekalahan teruk dalam sesi PRU12, 8 Mac lalu.

" Kita mungkin masih tidak dapat terima hakikat kekalahan itu. Dan untuk memastikan kelangsungan UMNO berterusan saya meminta agar pemimpin disemua peringkat akar umbi mengadakan perhimpunan khas untuk berbincang dan menganalisis kembali rekod buruk kita pada PRU-12 lepas.

"Saya ada cadangan bagaimana untuk pulihkan imej BN yang telah tercalar pertama, berikan peluang kepada ahli UMNO untuk menguasai demokrasi dalam menetukan calon-calon yang bakal bertanding mewakili parti.

" Ini kerana hanya mereka (ahli UMNO Bahagian) yang lebih rapat dan mengetahui baik buruk bakal ketua mereka. Begitu juga dengan perlantikan Pengerusi Perhubungan UMNO yang perlu dipilih oleh negeri masing-masing dan bukannya oleh Putrajaya mahupun oleh sesiapa sahaja.

" Ini bagi memastikan ketika mesyuarat agong tiada lagi tali barut yang suka bermain politik wang turut hadir dalam berhimpun yang diadakan,'' katanya.
Tambah Ku Li lagi, perlu juga untuk pemimpin-pemimpin UMNO ini dihadkan penguasaanya kepada dua atau tiga penggal sahaja bagi memberi laluan kepada wajah baru yang lebih bertenaga dalam menguruskan parti.

" Kita tidak mahu pemimpin yang kuat tidur," katanya yang disambut dengan gelak ketawa oleh para tetamu dalam majlis itu.

Oleh yang demikian jelas beliau, bagi mencapai hasrat tersebut presiden atau paling tidak 50 peratus daripada bahagian-bahagian khas parti mengusulkan supaya Perlembagaan perlulah dipindah agar kuota pencalonan dapat dihapuskan.
posted by . @ 4:49 PM   0 comments
Sabtu, Mei 31, 2008
Cuit sikit boleh?
"Yusuf, hai orang yang amat dipercayai, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor lembu betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor lembu betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir yang hijau dan lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahuinya."

Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.
Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya, kecuali sedikit dari yang kamu simpan.

- SURAH YUSOF:46-48


Sebut sahaja kenaikan harga (termasuk barangan pengguna, perkhidmatan & etc), orang pertama yang akan berderu darahnya ialah rakyat kelas menengah atau yang perpendapatan rendah. Mana tidaknya dengan gaji yang kadangkala tidak mencapai RM1,000 sebulan (seperti di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak termasuk utara Semenanjung Malaysia) pastinya menggugat kedudukan ekonomi mereka.

Lebih-lebih lagi sekiranya keluarga tersebut cukup sedozen atau lebih bilangan isi rumahnya. Tidak seperti di bandar, sekiranya mahu 'budget' bulanan tidak tersasar dari jumlah pendapatan, mereka boleh kawal bilangan isi rumah melalui kaedah pil perancangan keluarga atau lebih mudah pinjam kepada Ah Long kemudian menghilangkan diri.

Sebaliknya bagi penduduk kampung mereka tidak selesa dengan kaedah tersebut kalau boleh mereka `up' lagi bilangan isi rumah kerana sesungguhnya mereka percaya bahawa itu (anak) adalah anugerah dan rezeki kurniaan Ilahi. Bagi mereka biar miskin harta jangan miskin anak!

Disitulah titik kesyukuran yang patut dicontohi oleh masyarakat barat tentang bagaimana Islam pada dasarnya berjaya mendidik penganutnya tentang erti nikmat dan syukur. Tetapi amat mengecewakan kerana sejak akhir-akhir ini kebanyakan bangsa kita mula menjadikan barat sebagai kiblat dan kebanggaan mereka walaupun mereka sebenarnya sedar institusi kekeluargaan di negara itu ibarat `bear' dalam konsep saham. Percaya atau tidak ini diakui sendiri oleh pengkritik Islam, Michael Nazir-Ali yang merupakan paderi di Bratain.

Berbalik kepada topik asal. Bagaimana pula kalau hidup pendudi kelas mengengah ini terus ditekan dengan kenaikan harga barang konsumer di pasaran. Adakah mereka masih mampu bertahan? Bagi aku mungkin ya, kerana aku tergolong dalam kategori tersebut dan pernah hidup susah seperti mereka. Cuma yang bezanya keluarga aku punya tanah yang luas. Dan pada perkiraan aku kami tidak akan tergugat dengan kenaikan harga barangan selagi hasil kami berbakti kepada tanah terus kami perolehi.

Soalnya di sini bagaimana dengan mereka yang tidak memiliki ekuiti seperti tanah, wang simpanan dan sebagainya? Tentu hidup mereka merana. Hendak mengadu kepada ketua kampung mereka kena sujud dan merayu, kepada wakil rakyat kena tunggu sehingga lima tahun itupun belum tentu hajat tertunai.

Jadi dalam hal ini siapa yang harus dipersalahkan? Bagi aku, tidak perlu persalahkan sesiapa tetapi biarlah pucuk pemimpin negara ini memberi jawapan tentang persoalan tersebut kerana dia sendiri yang mahu agar rakyat memilih dirinya untuk mentadbir dan mengurus negara ini. Cuma apa yang nasihat aku untuk menjadi seorang pemimpin berjaya dan dikagumi contohilah keperibadian Rasulullah SAW serta bijak dan sabar dalam membuat perhitungan seperti Nabi Yusof A.S.

Kompang...

posted by . @ 12:39 AM   0 comments
Isnin, Mei 26, 2008
Novel untuk merawat UMNO

"Cakap politik tak selalu ikhlas,
ragam politik tak selalu indah,
janji politik tak selalu betul,
pentas politik tak selalu adil,
rakan politik tak selalu kekal,
orang politik tak selalu jujur,
matlamat politik tak selalu sampai".


Itulah salah satu ungkapan yang terkandung dalam sebuah novel futuristik yang dilancarkan hari ini. Bunyi tajuknya "Politik Hantu" seolah-olah memaksa atau mengingatkan kita agar memfokus kepada pengundi-pengundi hantu yang seringkali dikaitkan dengan musim PRU atau paling tidak mempersoalkan ketelusan SPR.

Namun, bagi mereka yang telah membaca novel ini, intipatinya ialah menyindir secara sinis pengamal politik atau pemain politik di negara ini khususnya Umno yang mula diterjah dengan pelbagai kontroversi hingga tiang seri parti yang kononnya merupakan `Zorro' Melayu itu sedikit goyah.

Apatah lagi kegoyahan itu berlaku disaat-saat ranting parti itu mula bercabang-cabang rentetan tersungkur pada PRU sebelum ini yang kemudian diterjah pula dengan dentuman halilintar setelah pengunduran Tun Mahathir bersama beberapa ahli Umno lain disifatkan sebagai memulau P.Lah atau setidak-tidaknya disifatkan sebagai mengikut taboo kepimpinan parti sebelum ini. RAHMAN adakah 'A' & 'N' akan mengikut jejak?

Padahal sebaliknya, ada udang di sebalik batu. Apapun sebagai peminat dan pencinta novel aku `mark' bacaan ini sebagai cuba trylah..

KAMPUNG BARU - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Datuk Muhammad Muhd. Taib berharap penerbitan novel politik futuristik bertajuk politik hantu hasil karya Datuk Raja Ahmad Niza yang dilancarkan hari ini bakal menjadi panduan kepada ahli-ahli Umno untuk merawat masalah dalaman parti dominan Melayu itu.

Ini kerana katanya, walaupun banyak pandangan yang diterima oleh Umno berhubung kaedah dan cara merawat parti tersebut sejak berlalunya krisis kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum awal tahun ini namun, pandangan yang diketengahkan melalui karya novel ini sangat berbeza.

`` Saya sedar terdapat sindiran sinis di dalam novel ini yang boleh menyentuh perasaan seseorang tetapi percayalah ubat yang pahit pasti adalah ubat paling mujarab untuk merawat pelbagai penyakit.

`` Dan untuk itu saya berharap benar agar semua ahli Umno dapat membaca dan menghayati isi kandungan buku ini kemudian mengambil iktibar daripada situ bagaimana cara untuk memantapkan semula kedudukan parti supaya ia kembali kepada landasannya,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan novel setebal 303 muka surat itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Yayasan Ikhlas, Datin Pangeran Juliana Pangeran Tambi, Sasterawan Negara, Datuk Dr. A. Sama Said dan Pengerusi Majlis Pelancaran novel Politik Hantu, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman.

Jelas Muhammad, dalam pun demikian beliau meluahkan rasa yakinnya bahawa Umno akan kembali kepada perjuangannya yang sebenar apabila polemik dalaman yang melanda parti buat masa ini bakal reda tidak lama lagi.

Hal ini kerana, katanya, sejak Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, tidak kira apapun yang melanda parti sama ada ribut atau taufan, Umno akan tetap mara dan menyelesaikan setiap masalah dihadapi demi untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

`` Jadi untuk memperkatakan Umno akan berkubur menjelang tahun 2057 sebagaimana yang terkandung dalam tulisan novel ini adalah amat mustahil kerana hanya Umno sahajalah yang benar-benar memperjuangkan nasib orang Melayu.

`` Walaupun terdapat parti-parti lain yang mengistiharkan perkara sama tetapi mereka harus ingat bahawa perjuangan yang dibawa oleh mereka itu adalah bersifat umum dan tidak memfokus kepada kaum Melayu berbanding Umno itu sendiri,’’ ujarnya.

Jelas beliau lagi, mengimbau saat-saat penubuhan Umno suatu ketika dahulu, Tun Hussien Onn pernah berkata, orang Melayu akan selamat sekiranya mereka kuat dan bersatu sebaliknya jika mereka berpecah belah nescaya ia akan mendatangkan masalah besar.

`` Jadi dalam hal ini tidak kira apa jua keadaan orang Melayu perlulah bersatu. Kerana perpecahan dikalangan orang Melayu kelak menjadikan bangsa ini tidak lagi dominant dalam arena politik pada masa depan dan tiada lagi kuasa dalam pemerintahan.

`` Untuk itu, apa yang penting di sini ialah pastikan semua ahli Umno sudah bersedia menjalani pembedahan bagi membuang ‘virus’ kerana terdapat diantara anak-anak kita sendiri bertindak membunuh Umno,’’ jelasnya.

Dalam pada itu beliau turut menyelar tindakan sesetengah ahli parti yang bertindak mendesak agar syarat-syarat pemilihan dalam Umno diubah kerana ia dilihat sangat bertentangan dengan pegangan parti.

`` Seharusnya mereka yang mahu bertanding dalam pemilihan pada penghujung tahun ini bertanding dengan cara baik. Ini bukan perlawanan bola sepak apabila separuh masa terakhir peraturan boleh diubah begitu sahaja. Mereka perlu faham situasi sekarang.

`` Kalau kita berpecah belah dan suka mencantas antara satu sama lain kita akan menjadi lemah,’’ jelasnya.


Muhammad Muhd. Taib ketika merasmikan novel berjudul Politik Hantu karya Raja Ahmad Niza
posted by . @ 12:03 AM   0 comments
Ahad, Mei 25, 2008
Which one is more better

Middle Rock

OR

Pulau Batu Putih


You have no choice regarding to disputed islands between Malaysia and Singapore because after long process, finally the decision has been made by the vice-president of ICJ on 23rd May 2008 (Friday), at 4.00-6.00 p.m.(Malaysian time)telecatsed on RTM 1. Here's are the result;

Pedra Branca aka Pulau Batu Puteh owned by Singapore (12 votes - 4 Votes)
and the Middle/Ledge Rocks aka Terumbu Tengah/Selatan has been awarded to Malaysia (15 votes - 1 vote).

More information you can play the video provided by youtube which been roported by TV3




Implication of the ICJ Decision

The decision by the ICJ to award Pedra Branca to Singapore but to decide that Middle Rocks belongs to Malaysia is seen as a Pyrrhic victory. This is because the issue now turns to ownership of the surrounding territorial waters which would be hotly contested due to the close locations of both geographical features. Nevertheless, it is estimated that Malaysia has lost 13km² of territory due to the ICJ decision.

The Malaysian Foreign Minister, Dato Sri Rais Yatim, on 23 May 2008 in a live interview after the ICJ’s announcement, described the ICJ decision as a “win-win” situation. Further, he announced that a technical committee would be set up between Malaysia and Singapore to decide whether South Ledge falls within the the territorial waters of either Malaysia or Singapore.

It may be argued that the ICJ ruling construes a partial victory for Singapore given that while it affirmed its sovereignty over Pedra Branca, the ICJ decided to give Middle Rocks to Malaysia while the ownership of South Ledge is in dispute. Further, Malaysia’s continued sovereignty on Middle Rocks and the probability of continued Malaysian occupation of South Ledge means that Singapore’s maritime boundary may be limited and the latter’s territorial waters would be constrained around the immediate vicinity of Pedra Branca only.

The decision of the ICJ is final and not subject to appeal. The judgment never totally resolved the dispute for it only determined the ownership of the main islet but not where the maritime boundary is. As a response, the two countries set up a joint technical committee to enforce the judgment.


Where exactly do we win? look at the red circle, thats belong to us...

I think most of us, really disapointed with the ICJ result but do remember although Middle Rocks seem to be smaller than Pulau Batu Putih, do remember Middle Rocks consists of two clusters of rocks which is similar with two island. And you know in this situation our areas is more lager then the island belongs to Singaporean.

**Why do we loosed against Pulau Batu Puteh. ICJ told..
The court found that the Malaysian sultanate-turned province of Johor had held the original title to the island, but had taken “no action at all” regarding Singapore’s operation of a lighthouse there for more than a century.
posted by . @ 10:03 PM   0 comments
Isnin, Mei 19, 2008
Mahathir & Sanusi quite Umno. Who else?
Accroding to The Star report, Tun Dr Mahathir announced in his home state of Kedah that he has quit Umno, and he urged other party members to quit too, as a way of pressuring Abdullah into vacating his post.

HOWEVER, he advised those who do quit not to join any opposition party, so that they can all rejoin Umno once Abdullah is removed.

In an immediate response to the breaking news, Musa Hitam's protege Shahrir Samad advised people to "prepare for another general election".

AND u know, Sanusi Junid has also quit Umno. Sound scared right?

More info u can find-out from this url http://malaysianinsider.com/mni/mahathir-resigns-deepening-cracks-in-umno.html

What say you P** Lah

"I was surprised that he resigned and does not want to be in Umno anymore," the premier told reporters, after years of feuding between the pair. "I had never thought that he would actually take the step to leave the party.

“Mahathir is a popular leader and there will be some impact from him quitting the party. But I don’t foresee many party leaders following his footsteps,” said Abdullah.

“If the members love Umno, they won’t leave the party. I didn’t quit the party despite all the difficulties I went through.”

Asked whether he would step down to take responsibility for disastrous results in March 8 elections, he replied: "Why should I? I still have a lot of work to do."

"The important thing is that Umno has to remain calm and understand that its members have to be loyal to the party and be strong and continue to carry out the struggle," he said.

Lets get back to the times where people especialy Malays & bumi's cried together when this 'che det' touched our heart with his poems
posted by . @ 10:18 PM   0 comments
Is your 1st job is a Nightmare?
Here some tips for you provided by Yahoo which i think may bring up our self confident to get back to the stand and work hard as what we wish to be before we hired by the company we belong to righ now. Hopefully it'll help us. Thanks for Yahoo!

You just started a new job. It's like a dream come true -- except when it's not. What's a professional to do when she accepts a job that seems like a living nightmare? Read on for solutions and advice from a career coach.

1. Assess the Situation (and Yourself)

There are a lot of different reasons why your new job may seem less than ideal. Perhaps your boss is a micromanager. Maybe your duties are different than what you'd thought they'd be. Or a client may have jumped ship, leaving you and your coworkers suddenly scrambling. Consider what's making you miserable before taking any kind of action.

Lynn Berger, a Manhattan-based career coach and counselor, agrees. "I think you have to really scope it out." She urges her clients, "See if there's any way you can take any self-responsibility for this. Also, ask yourself, is there a way you can grow from this? Maybe you've never worked for a boss with a particular personality type, but you may be able to deal with it over time and learn from it."

2. Open a Dialogue

If your supervisor seems happy with your performance while you're not happy in the position, it may be very easy to start a conversation about what's making you miserable. She may be willing to shift your responsibilities or provide you with additional support.

If your boss seems displeased, it can be a bit more difficult, says Berger, a member of the International Coach Federation. "You've still got to open a dialogue, and the earlier the better." She urges dissatisfied employees to talk to management, saying, "Get clear on what you need from them and what they need from you."

Are you without the proper tools and support to do your job? "Throw it out there to your boss and see if he will help. You have to let people know what you need," advises Berger, a graduate of Columbia University.

If you can't talk to your boss because she's the root of your problem, Berger says, "Check it out with other people you work with. Watch how they're handling this person. And if you find out from coworkers that everyone else who's had this position has been out of there in three months, that could be very revealing."

3. Patience Is a Virtue

When Berger works with clients who fear they've made a mistake in accepting a new job, she reminds them, "It takes three to six months until you're comfortable in a new job. There are going to be growing pains, especially if you haven't started a new job in a long time."

New job starters, she says, should be prepared for a bit of anxiety as they roll up their sleeves and dig in to a new position. "It's overwhelming! You're going to be exhausted and you need to give yourself room around that."

While you're ramping up, "Observe as much as you can and not only learn the job, but learn about the company and the way it works, the way things are done," she says. That can go a long way in helping you feel more comfortable.

4. If You Leave...

Do you still feel like you have to leave? Berger tells workers to ask themselves, "Is this a perceived nightmare or a real nightmare? If you're a victim of verbal or physical abuse at work, no one should have to live that way."

However, even if you're not subjected to those horrors, you may still feel as though you're in a nightmarish situation. If you feel you've given it time and your best efforts, you may choose to move on. "No one should feel tortured or sick over a job," concedes Berger.

When looking for another position, you can explain your brief time in this job by saying, "I realized early on this wasn't the right situation." Berger says that job seekers should make the experience seem as positive as they can. Also, she wants professionals to learn from their mistakes. Before accepting another offer, "Ask questions. Visit the company a few times. Speak with employees there. Make sure you understand the full scope of the position and what the day-to-day will be like."

"You never want to regret that you walked away from an opportunity too quickly," Berger says. "As long as you know you gave it your best shot and tried, that's what really counts."
posted by . @ 12:51 PM   0 comments
Khamis, Mei 01, 2008
Shocked for Labor Day


The Pix represent myself feelings as today we celebrated a labor day. Happy Labor Days buddy!

Ahaks.. we might be shocked reading newspaper this morning - especialy for those who missed the first sitting of the House yesterday which been telecasted by RTM, the appointed Dewan Rakyat almost fighting themself when some of them make a jeers and heckling, shouting, table thumping and the brandishing which makes other speaker unsatisfied.

Here some headline from a local mainstream and tabloid newspaper regarding to the matter.

The Star
THE Dewan turned into a “zoo” after the seating position of Datuk Ibrahim Ali (Ind – Pasir Mas) became a bone of contention between the Speaker and the Opposition.

Razali Ibrahim (BN – Muar) was trying to ask the first question of the sitting when Karpal Singh intervened on a point of order, prompting Datuk Bung Mokhtar Radin (BN – Kinabatangan) to stand up and interject.

When Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia allowed the latter to intervene, Karpal Singh said he hoped that the “bigfoot from Kinabatangan won’t disturb me”.

You-lah, big monkey,” Bung Mokhtar retorted loudly.

Pandikar Amin then ticked off both MPs, telling them to stop this line of argument.


News Straits Time
PATIENCE was the biggest factor that kept Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia in check yesterday.

Speaking to the media after a long day, Pandikar Amin said he would not use his powers to suspend or order any members to leave the House unless he is pushed to the extreme.

The sitting of the first day of Parliament after the 12th general election was a raucous affair, with name-calling.

"Anyone in my place would have felt tested. Half a day was wasted by MPs arguing on technicalities of oath-taking and order of questions raised.

"Taking the oath in the right manner is not a national issue. How are we supposed to debate on current issues if MPs waste the time of Parliament to argue trivial matters?" said Pandikar Amin.


Sinar Harian
KUALA LUMPUR – “Sememangnya Pakatan Rakyat (PR) selalu mengadakan pertemuan sesama ahli bagi memberi lebih tugas kepada mereka untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai sebuah parlimen yang hebat.” Begitulah antara intipati ucapan yang dinyatakan Penasihat Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap kepada ahli yang terdiri daripada tiga parti komponen iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP.


Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 30 April - Para pelajar yang menghadiri hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini tidak menyangka mereka akan dikejutkan dengan tingkah laku dan perkataan kurang sopan daripada ahli-ahli Parlimen.

Mereka sama sekali tidak menduga perjalanan persidangan di Dewan yang sepatutnya dihormati selaras dengan kedudukannya sebagai institusi pembuat dasar, dicemari dengan tindak-tanduk ahli-ahli Parlimen.

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Hari pertama sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, yang julung kali disiarkan secara langsung menerusi RTM1 semalam, hangat dan kecoh apabila pembangkang sering mempersoalkan beberapa peraturan mesyuarat sehingga hanya tiga soalan, dijawab dalam tempoh sejam setengah.

Kekecohan yang bermula apabila Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mempersoalkan peraturan mengangkat sumpah Ahli Parlimen, Isnin lalu, semakin hangat apabila ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut mencelah.
posted by . @ 5:55 PM   0 comments
Selasa, April 29, 2008
Zero or Hero?
This article actually been published in Sinar Harian which exactly i wrote based on my obeservation and interviewed towards Tian Chua. Lets find out...

`` Tak perlulah formal sangat dengan saya, panggil saya dengan nama Tian, itu lagi menyenangkan saya berbanding anda panggil saya Yang Berhormat (YB),’’ demikian luahan spontan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, 45, acapkali disapa orang ramai pada setiap majlis yang dihadirinya. Malah, sikap merendah diri beliau itu tidak pernah berubah lebih-lebih lagi apabila penduduk di kawasannya datang mengadu masalah di pejabatnya di Jalan Sentul.

Hatinya sentiasa terbuka mendengar apa sahaja luahan penduduk tanpa mengira sama ada penduduk berkenaan mewakili kaum Melayu, Cina mahupun India. Baginya semua masalah yang diperdengarkan kepadanya merupakan kemahuan, janji dan harapan kolektif rakyat. Dan adalah menjadi tanggung jawabnya untuk berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang membelenggu penduduk tersebut.

Terkenal sebagai seorang pemimpin politik yang lantang dan berani, Tian Chua kerap dilihat keluar masuk mahkamah termasuk ditahan pihak berkuasa kerana tindakannya yang begitu aktif terlibat dalam perhimpunan-perhimpunan jalanan.

Namun perkara yang membawa kepada popularitinya meningkat secara mendadak berpunca daripada, aksi kontorversi duduk beliau ketika era Reformasi di hadapan jentera Unit Simpanan Persekutuan (FRU) lewat tahun 1999.

Tetapi itu semua tidak membantu dirinya memenangi Kerusi P115 Batu dalam Pilihan Raya Umum (PRU-11) pada tahun 2004.Sungguhpun kecewa, dia tidak pernah pernah kenal erti berputus asa malah, kekalahan pada PRU-11 itu dijadikan sebagai peluang untuk memperbaiki diri bagi membuat persiapan menghadapi sesi PRU ke-12. Kemuncaknya dia berjaya membuka satu lembaran sejarah untuk dirinya dan penduduk kawasan Parlimen Batu setelah menerima jumlah `pangkah’ sebanyak 29,785, 8 Mac lalu.

Kejayaan tersebut sekaligus mengiktiraf dirinya dan sebahagian pemimpin sayap Pakatan Rakyat (PR) sebagai pemerintah di Kuala Lumpur setelah menang majoriti (kecuali Setiawangsa) walaupun ibunegara Malaysia itu menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Latar Belakang.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang lahir pada 21 Disember 1963 di Melaka dan membesar bersama tiga adik beradiknya, Tian Chien, 43; Thien See, 38 dan Thein Ting, 35. Ibunya bernama Chan Yuet Chein merupakan bekas guru bahasa Cina sementara bapanya, Chua Neo Lai, 71 pernah bekerja sebagai pemborong beras.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Siang Lin dan Sekolah Tinggi Katolik Melaka sebelum berpindah ke Sekolah Tinggi Gajah Berang untuk menyambung pelajaran di tingkatan enam.

Kini beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Falsafah dari Universiti New South Wales, Australia. dan telahpun menyambung pengajiannya untuk peringkat Sarjana dalam jurusan Kajian Pekerjaan dan Buruh di Institut Pengajian Sosial Hague, Belanda beberapa tahun selepas dia berhijrah ke Hong Kong.

Menariknya tentang Tian Chua ialah, sebelum mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Falsafah beliau pada asalnya merupakan pelajar dalam bidang Sains Pertanian di Universiti Sydney. Namun, masuk tahun ketiga pengajiannya dalam bidang tersebut, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat pertukaran kursus ke bidang Falsafah pada tahun 1980-an yang membawa kepada pertemuannya dengan pengasas berita online Malaysia (malaysiakini.com), Premesh Chandran dan Steven Gan.

Bermula dari detik-detik itulah Tian Chua berkecimpung dan bergiat aktif sebagai seorang aktivis sosial dan masyarakat yang seringkali di lihat turun di jalan-jalan raya bagi mengadakan demonstrasi.

Penjalanan politik

`` Permulaan perjalanan saya dalam bidang politik sebenarnya bertitik tolak dari penglibatan saya sebagai seorang aktivis sosial.

`` Dunia seorang aktivis dipenuhi dengan banyak liku-liku yang perlu dihadapi dengan pasrah kerana kita sendiri tidak tahu apa yang menanti kita di masa hadapan,’’ katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis tidak formal bagi meraikan kemenangannya di Plaza Pekeliling, Sentul di sini baru-baru ini.Sepanjang penglibatannya sebagai seorang aktivis, beliau telah ditahan beberapa kali. Namun, sejarah penahanan pertama beliau berlaku di Sydney iaitu ketika dia dan rakan-rakan sepengajiannya cuba memperjuangkan kadar bayaran yuran pengajian untuk pelajar-pelajar luar negara yang dikenakan pihak pengurusan universiti sekitar tahun 1985.

Di Malaysia Tian Chua melalui banyak pengalaman getir sejak penglibatannya dalam bidang politik secara aktif pada tahun 1999 iaitu ketika dia menawarkan diri sebagai wakil kaum Cina dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional sebelum bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia pada tahun 2004.

Dia pernah ditahan secara berperingkat di bawah Akta Hasutan Dalam Negeri (ISA) bermula tahun 1996 sehingga kemuncaknya pada 10 April 2001 di mana dia ditahan selama dua tahun di Kem Tahanan Kemunting, Perak kerana terlibat dalam gerakan Reformasi yang tercetus rentetan daripada perlucutan jawatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1999.

Tatkala itu dia telah menggemparkan seluruh dunia apabila gambar beliau yang duduk di hadapan sebuah lori meriam air milik Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik seluruh negara.

Namun, dia akhirnya dibebaskan dari tahanan ISA pada 4 Jun 2003.
Pun begitu menjelang bulan Februari 2004 iaitu sembilan bulan selepas pembebasannya dia ditahan kembali oleh pihak polis atas beberapa kesalahan termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan.

Sebulan selepas itu dia menentang calon Gerakan, NG Lip Yong pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tetapi tewas dengan majoriti undian sebanyak 11,000.

Pada 10 November tahun lalu, Tian Chua yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR sekali lagi terlibat dalam perhimpunan jalanan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang tidak mendapat permit dari pihak berkuasa di ibu kota.Dalam siri perhimpunan itu di beberapa lokasi di ibunegara dia dikatakan cuba mencetuskan kekecohan ketika cuba menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Negara.
Rentetan daripada itu, pada bulan Februari 2008 dia sekali lagi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk soal siasat kerana didakwa cuba menghalang tugas polis pada perhimpunan Bersih tersebut.

Perancangan

`` Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’ begitulah perjuangan kental Tian Chua yang akhirnya berbaloi apabila dia dinobatkan sebagai wakil rakyat baru pada PRU-12 untuk kawasan dia bertanding setelah menewaskan calon dari parti kompenan Barisan Nasional (BN ) - Gerakan, Lim Si Pin dengan majoroti undian sebanyak 9,455.

Kini berbekalkan semangat utuh hasratnya untuk memperjuangkan harapan kolektif rakyat menanti dihadapan.

`` Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memperjuangkan hak penduduk kerana kepercayaan yang mereka beri kepada saya pada seisi PRU sebelum ini adalah tanggungjawab besar yang harus saya lunaskan.

`` Dan untuk merialisasikan hasrat tersebut, saya telah mengenal pasti tiga perkara yang sering kali menjadi rungutan penduduk di kawasan Batu ini iaitu masalah banjir, rumah dan kesesakan lalu lintas,’’ jelasnya yang mudah senyum.

Mengulas lanjut katanya, daripada ketiga-tiga perkara tersebut masalah Projek Perumahan Rakyat (PPR) antara yang paling banyak diutarakan oleh penduduk baik kaum Melayu, Cina mahupun India.

`` Mereka (penduduk) masih berharap untuk mendapat kediaman sendiri yang jauh lebih baik dan pilihan mereka adalah PPR memandangkan ia lebih murah dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

`` Justeru, dalam hal ini saya akan memastikan semua penduduk bakal mendapat rumah sendiri dengan memperbanyakkan PPR dibangunkan di kawasan Batu dalam tempoh ima tahun ini,’’ ujarnya.

Menyentuh soal mengatasi masalah banjir dan kesesakan lalu lintas (trafik), jelas Tian Chua, dia akan melihat perkara ini dari pelbagai sudut dan berusaha sebaik mungkin untuk mencari jalam penyelesaian agar ia tidak terus menyusahkan penduduk.

`` Sentul sering kali berdepan dengan masalah banjir dan kesesakan lalu lintas. Begitu juga dengan kawasan Selayang dan Jinjang yang merupakan kawasan penempatan lama di Parlimen Batu.

`` Oleh yang demikian, saya akan mencuba pelbagai pendekatan termasuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap masalah berbangkit ini,’’ tegasnya.


He is truely hero nor a zero. Do we dare to be like this guys
posted by . @ 11:10 PM   0 comments


Siapa Aku?

Blog aku tulis
Bebaskan Suara
Tinta Lepas
Arkib
Borak

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Aku Baca Blog Si..
Media
Online TV
Komuniti
Artis VS Penulis
Tutorial
Portal
Muat Turun
Artikal
Powered by


Blog saya bernilaiRM11,307,840.
Berapa nilai blog anda?

Web Terbaik Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog My Blog Juice
Powered by IP2Location.com
Locations of visitors to this page Page copy protected against web site content infringement by Copyscape Free Blogger Templates Subscribe to RSS Feed Subscribe in NewsGator Online EatonWeb Blog Directory
Michael Buble Lyrics
Michael Buble Music Codes
Music Codes by SongArea.com